Wednesday, February 4, 2015

Testimoni Hamidah - "percubaan set eczema dan set hamil berjaya "

Salam Kak Cery,

Arini, Midah nak bayar hutang eh.
Satu testimoni daripada saya.

Asalnya beli set percubaan untuk eczema konon nak try la. Lepas lebih kurang tak sampai sebulan ada Nampak perbezaan, elok takat gatal jadi bernanah, bengkak kat area eczema kat kaki tu. Siap gi jumpa dokter kat opis ni hari-hari kena jumpe sbb nak cuci luka. Tapi tak bagitau pun sebab makan suplemen sebab tak tau kan.
Pastu demam panas 2 hari, elok baik demam 2 hari demam lagi sampai kena masuk hospital. Dokter suspek kata appendix dan2 malam tu juga operate. Tak penah2 kena symptom appendix tetiba terus kena operate. Serik mak ni dik non nak makan Shaklee punya pasal. Bila dpt report dokter kata acute appendix je kan tak pasal2 jadi spesel sbb tak appendix.
Balik dr spital dok terkenang lagi belen2 vitamin tu, nak dibuang sayang tapi nak dimakan takut plak jadi mende lain. Teruslah dok tanye upline apsal la makan vitamin bukan tambah sihat tapi bagi sakit lagi adalah. Nasib baik upline pandai pujuk suh abeskan kalau tak dah menyumpah seranah bagai. Katanya tu mungkin healing crisis, omak aihh teruk bonar den terkono.
Lama gak kot sebulan tak makan suplemen, pastu tgk balik botol2 shaklee tu mcm memanggil2 suh makan kite pun sambunglah makan dahla tu makin bertambah pulak membelinya, asalnya makan alfalfa, b complex ngan vit c beli lagi herbalax sebabnya kita pun susah nak uk uk.
Asal ada promosi je beli, asal beli je promosi haha mana taknya mcm best je bila baca fb mama cery. Pastu kita try la pulak nak conceive sbb dah dekat 2 tahun kawen tapi belum punya zuriat. Lama gak dalam setahun kita makan Shaklee – ESP, B Complex, GLA, Vitalea untuk conceive Alhamdulillah hujung bulan 9 2013 kita disahkan mengandung.
Masa mengandung kita tak banyak sangatlah alahan Cuma adalah sekali dua tu tak larat nak bekerja, dokter pun cakap biasanya kalau badan kita cukup zat sebelum dan semasa mengandung jarang nak rasa morning sickness. Kita pun sepanjang kehamilan, HB cantik je tak pernah turun ke paras bahaya itupun culas makan Vitalea sebab asal makan je muntah. Disebabkan berat badan kita ni paras obesity kenalah minum air gula masa minggu ke 8 kot eh tak bape ingat sangatlah. Dapat result ok je takde masalah. Sampai penghujung nak bersalin pun maintain. Check up sampai nak bersalin sebulan sekali je. Berat badan pun maintain daripada awal mengandung smp sebelum bersalin naik 4kg je. Rahsianya? Amalkanlah OmegaGuard.
Nak citelah, sepanjang 9 bulan mengandung, sekali 2 je kita kena simpul biawak a.k.a kaki kramp itu pun sebab culas tak makan OSTEMATRIX, so sesapa yang selalu kena tu mmg highly rekemen oste. Masa pantang makan oste pun best sgt sbb tak sembelit! Ohh sapa yang dah alami pengalaman berpantang ni tau la azab nye kannnnn.
Lepas bersalin, kite teruskan ngan set berpantang dan penyusuan. Ok Alhamdulillah baby tak banyak ragam, sebab susu ibu dia sentiasa ada. Yelah betul bila badan kita rasa sihat dan segar barulah rasa semangat dan tak penat nak menyusukan baby. Bila baby menyusu badan, barulah kita dapat kuruskan badan. 2 bulan pantang turun 15kg wehh! Baby pun kurang meragam, lepas menyusu tidur lena. Malam bangun pun nangis tak kuat, dapat nenen tidur balik. Jarang sangat demam, adalah sekali tu je baby (3bulan) kena selsema & batuk. Itupun kita rasa sebab bapak dia yg perokok ni suka cium2 anak dia tak cuci mulut dan tangan bersih2. Pastu biasalah demam nak tumbuh gigi sekali, yang lain ok tak pernah lagi kena batuk2 dan selsema.
Pendek kata, tak rugi nak melabur duit beli suplemen lebih2 lagi Shaklee sebab banyak faedah yang Midah dpt. Drp nak merawat eczema sampailah berpantang dan penyusuan semua berbaloi dan berhasil. Yang penting diri sendiri nak kena ada usaha untuk kekal sihat. Bila kita rasa sihat, apa je pekerjaan kita nak buat menjadi dengan izin Allah.
Sekian, terima kasih.
Hamidah Abd Rahman
016-313 0533
SID 910982
Senior Supervisor Feb’15

Wednesday, January 28, 2015

Testimoni sue - " saya mengalami masalah jerawat dimuka akibat tersalah penggunaan produk kecantikan yang salah"

Asssalamualaikum..

Saya nak kongsi Testimoni yang saya sendiri alaminya..Apa yang saya dapat dengan Shaklee?? Inilah hasilnya setelah saya konsisten pengambilan vitamin Shaklee..
Agak lama juga saya mengalami masalah jerawat dimuka ni..Akibat daripada menggunakan produk kecantikkan yang salah..Teruja dengan gambar yang mereka iklankan tanpa mengambil tahu apa bahan yang terkandung dalam produk tersebut..Akhirnya,jerawat bukan semakin baik,malah semakin teruk..
Saya terus berusaha lagi mencari produk yang sesuai dan saya bertemu dengan Shaklee..Percubaan pertama saya ialah vitamin E,kemudian GLA complex,ESP,Vitamin C,Alfalfa dan yang tebaru saya tambah Zinc..Saya ambil GLA untuk stabilkan hormon,sebab haed saya pun tak berapa teratur,Alfalfa untuk detoks segala toksin dalam badan,Vitamin C,Vitamin E dan ESP untuk pemulihan yang cepat dan menghasilkan sel2 baru..Zinc saya ambil sebagai tambahan untuk imun.
Alhamdulillah,berkat kesabaran dan konsisten,akhirnya masalah jerawat yang saya alami semakin pulih..saya sangat gembira dan teruja..saya jatuh cinta dan sayang dengan produk Shaklee..saya juga suka berkongsi dengan semua orang tentang Shaklee..Produk Shaklee adalah terbaik dan setanding dengan harganya..Tak salah kita melaburkan sedikit wang untuk kesihatan..
Saya sudah,anda??Saya juga pengedar sah Shaklee di Johor.Saya sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaik untuk anda semua..


Sue
Supervisor in March'15
Sid 1171106 | 0137398748

Testimoni sarah - " starting with the very first: Breastfeeding Set and then continued with Weight and Slimming Set, and Beauty Set."

Assalamualaikum wbr Kak Cery,

It is now the year of 2015. Dah banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui

since I took that leap of faith to do Shaklee as a part-time online business. The

year of 2010, is the year Sarah first knew about Shaklee from a close friend. Dan

Sarah mula jatuh cinta with not just the products but also the Brand ‘Shaklee’

itself. Unlike any other products, Sarah betul betul dapat merasai perbezaan

selepas consume Shaklee. It was a dream come true. As a consumer, I fell in

love with the ‘Effect’. The ‘Effect’ that changed not just my life, but the changes

I could see with the people around me. I was filled with postiveness and soon it

became like a ‘Ripple Effect’ without me knowing, I began to share this

excitement with my loved ones. The first thing I would do whenever receiving

my ‘Shaklee Package’ fresh from the Mailbox was tell my husband. Telling and

showing him the amount of time invested into researching on the internet, finding

legit information and compliing the real-life testimonials on Shaklee sehingga

Sarah sanggup tidor 2am atau 3am just to keep on reading and reading. Of

course, the energy and time spent into investing this information and knowledge

that I have gained. A question came into mind? What am I going to do with all

this information? The best way to measure up all this information is to do self-
experiement on myself. The first thing that I needed to do was ‘Prove’ to my

husband that all the time and energy invested into this ‘Treasure Box’ was worth-
while. And I began to slowly experiment with other products inline with Shaklee,

starting with the very first: Breastfeeding Set and then continued with Weight

and Slimming Set, and Beauty Set. Dengan izin Allah, all my efforts on

researching on the difference between Healthy Naturally and Healthy

Synthetically, Sarah di uji dengan bermacam-macam types of health conditions

seperti Hepatitas A, lump found on breasts, inflammatory of heart chamber,

bronctitas and most recent is Impetigo. Through-out my experience, Shaklee

has been a loyal companion to me through-out my trials and tribulations. And

has proven to me many times, over and over again that Shaklee is the REAL-
DEAL. With the blessings of my husband and much discussion with my Mentor,

Kak Cda, I have taken that leap-of faith to do Shaklee Online and I am still here

till this very day with Shaklee. It is a blessing to be able to hear the many positive

feedback that I have heard from loved ones, cilents, family and friends. The

experiements, time and energy invested into building a home of healthy-lifestyle

is not easy, trying to change the mindsets of others is not a breeze, trying to

educate the society on the difference between Healthy-Naturally and Healthy

Synthetically is not an easy task. But I know in my heart that Shaklee can make

a difference if we ‘SHARE’ the goodness of Shaklee with others. Try to vision

that beyond every Shaklee Seal that is broken around the world, tells a story of

an individual, a family or even a group. That Shaklee broken seal is like a pen,

the pen that will mark a change into someone’s life. From the moment the person

receives their package, opening the products till finishing the bottle or

canister.Each individual tell their own story of how Shaklee made a significant

difference to them. And that is the ‘Ripple Effect. They will soon share that effect

with others. And you can be apart of that Ripple Effect.

As I share a quote from one my posts on ‘Beautiful & Charming Group’, Shaklee

is not here to conquer the Ocean, but to make the Ocean a better place for

everyone in it. We all have a choice of being healthy by watching what we invest

in our bodies.

Here I leave you with one of my favourite quotes:-

“The Human Being is unique, only it alone can create, recognize and exceise

options. It is part of human uniqueness that we are endoweded with the faculty

of Choice” – Norman Cousins

Testimoni nurul shuhada- "Doktor sendiri agak terkejut, saya mampu hasilkan susu badan yang banyak dari ibu-ibu yang lain berada di Wad tersebut "

Assalammualaikum K.Cery..

Maaf atas kelewatan..

Bermula kisah ku ini..

Saya telah disahkan mengandung kali kedua sewaktu anak saya berumur 10 bulan.. Agak Suprise... Mungkin rezeki awal kan.. Cuma kesian sebab anak pertama terpaksa diberhentikan menyusu badan atas nasihat doktor.. Tapi alhamdulillah, anak pertama berhenti menyusu badan sepenuhnyer setelah Setahun.. Sebabnyer, masih ada lagi Susu Stok yang disimpan untuk anak saya nie.. Nie gara-gara terjebak / terjeles melihat Mama Shaklee saya iaitu Siti Nor Farina MAMPU menghasilkan susu badan yang banyak.. hehehehe..

okeh, berbalik cerita termengandung tue, setelah diperiksa & di scan saya disahkan mengandung KEMBAR.. Kerana mempunyai 2 bebola di dalam rahim saya.. Giler memang tak pernah terjangka.. Tak pernah tefikir.. Tapi tak mustahil sebab belah ayah memang ada keturunan kembar dari moyang lagi.. Dari 2 bulan sehingga 8 bulan, saya hanya menggunakan Shaklee semata.. Saya hanya menggunakan Vitalea + B Complex + Ostematrix + Vit C SR + Garlic.. Hb..??? Memang menarik.. 12 ke atas.. Nurse pun selalu puji akan kesihatan saya yang sentiasa sihat.. Yelah tau jelah, sewaktu mengandung nie, dahlah tak leh telan antibiotik.. Ubat batuk.. selesema memang saya akan elakkan walaupun sakit macam mn pun..

Setelah 34 minggu..

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Pada mulanyer, saya memang checkup di swasta.. Sajer, konon nak special cikit.. Last-last sewaktu usia kandungan dah masuk 34 minggu, terdapat sedikit komplikasi.. iaitu, anak tak membesar ikut usia yang dijangka.. sepatutnyer sewaktu usia mereka begini, anak-anak saya sepatutnyer dah mencapai berat dalam perut lebih kurang 1.5kg ke atas tapi kurang dari itu.. Doktor terus buat surat untuk refer ker HKL.. 

Bermulalah saya di HKL..

Doktor HKL memberi masa 2 minggu untuk melihat perkembangan anak-anak saya.. Setelah 36 minggu, saya checkup & di scan doktor terus tahan saya sebab baby still tidak membesar dengan cepat walaupun telah dicucuk untuk matangkan paru-paru mereka.. Dan saya akan bersalin Czer kerana kedua-dua anak songsang.. Ya Allah, memang meleleh air mata bila doktor cakap camtue.. Bila doktor cakap, takut anak saya ada masalah berada di dalam rahim so better dikeluarkan dan mereka membesar di luar.. Memang besar dugaan.. Hari tue, jugak saya terus kena admit HKL..

Pukul 10 pagi keesokkan harinya..

Saya dimasukkan di dalam dewan bedah, dibius dengan epidural untuk bius separuh badan.. Pukul 11.25 / 11.27 saya selamat melahirkan puteri-puteri saya.. Saya cuma sempat cium sekejap kerana mereka perlu duduk dalam akubator kerana meraka pramatang/premie sementara berat mereka hanya 1.6/1.7..

Untuk 3 hari duduk di hospital, saya hanya dapat melihat mereka untuk 2x sahaja.. Memang kesian.. di cucuk wayar.. di masukkan tiub.. tapi kalau itu untuk menyelamatkan mereka, x pelah saya redha.. Dan untuk memberi semangat kepada saya jugak, hari kedua, saya terus mengepam untuk merangsang susu keluar dengan cepat.. Kalau selalu, baby yang akan hisap kan.. Tapi untuk saya, untuk pegang pun tak boleh sebab takut mudah dijangkiti.. Jadi saya memang bergantung kepada pam sahaja.. Doktor memang tekankan, untuk baby preemie susu paling terbaik adalah susu ibu.. Memang cabaran sangat-sangat..

setelah dibenarkan keluar hospital..

Saya berusaha keras setiap 3 jam untuk mengepam sebab kena hantar susu pada anak-anak.. bermula dapat dari 1/2oz sehinggalah saya mampu mengepam sehingga 5oz.. Sehinggalah pada hari ke 10, anak-anak saya dipindahkan ke Wad Pediatrik KK9.. Pembesaran mereka, alhamdulillah semakin membesar cuma berat mereka on off.. Sepanjang mereka ada di sana, saya memang ke hulu ke hilir.. Macam dah tak pantang kan, tapi untuk kuatkan semangat saya pergi jugak.. Setiap kali hantar 25oz memang untuk anak-anak.. Masa tue, saya cuma ambik ESP + B Complex + Vit C + Vivix + Ostematrix..

Hari ke 15

Saya boleh menjaga mereka cuma saya perlu duduk sekali dengan mereka.. Memang ada disediakan katil untuk ibu supaya mereka dapat membesar bila ibu ada disamping mereka.. Alhamdulillah, sepanjang berpantang baru nielah saya mampu memeluk, cium, bercakap dengan mereka.. Selama 10 hari berada dengan mereka, setiap hari kenaikan berat yang mendadak.. Memang syukur sangat-sangat.. Doktor sendiri agak terkejut, saya mampu hasilkan susu badan yang banyak dari ibu-ibu yang lain berada di Wad tersebut.. Lagi pulak anak kembarkan.. Pada mulanyer saya agak prejudis dengan bersalin czer, sebab takut susah nak urus dengan luka, dengan penyusuan ditambah lagi hendak kurus.. Tapi saya percaya hikmah yang berlaku ini buatkan saya semakin kuat..!!!

Sekarang sudah 5 bulan.. 

Alhamdulillah, sekarang anak-anak saya semakin kuat.. Semakin sihat.. Tapi bila orang tengok tak macam 5 bulan sebab itulah mereka digelar baby preemie.. Kecik molek jer.. Alhamdulillah juga, saya mampu menyusukan anak-anak saya termasuk yang sulung sekali ( walaupun masih bercampur) tapi sekurang-kurangnyer Iman mampu menikmati khasiat susu ibu.. Alhamdulillah juga, saya juga mampu menurunkan berat badan dari selepas bersalin 68kg - 58kg ( berat sewaktu baru kawen) heheheehhee.. Syukur sangat saya ditemukan orang-orang yang sering memberi semangat pada saya terutama keluarga, suami dan kawan-kawan.. Syukur sangat, saya still lagi menggunakan ESP+B Complex+Vit C+Garlic+Vivix+Lecithin+Alfalfa untuk sentiasa sihat dan dapat menghasilkan susu badan yang banyak untuk anak-anak saya sehingga berumur 2 tahun.. In Sya Allah..

Sekian..

Nurul Shuhada Mohamada Raduan ( Nurul )
pm/Whatsapp/Telegram : 011-11532515
SID : 1001453
FB : Nurul Shuhada

Testimoni Dalina - " Kisah saya dan set Menyusu SHAKLEE"

Kisah saya dan set Menyusu SHAKLEE

Kisah saya dan SHAKLEE bermula sejak saya mula makan set 3M Menyusu yang HOT

tu.

Masa dalam pantang, anak saya yang kecil tu kerap batuk. Saya beranggapan kerana

cuaca, asap dari menyalai daging dan keadaan rumah saya yang betul2 di tepi jalan

utama. Kuning anak saya juga lama, 1 ke 2 kali bawa hospital untuk cucuk di kaki utk

dapatkan darahnya. Suami tak sanggup lagi, jadi ikhtiar cara lain. Daun beli di sensei

la dan akhirnya kami cuba Homepati. Masa tu jamu set bersalin tak boleh nak makan

atas saranan doktor. Jadi badan pun lemah. Jadi kami pun pergi Homeopati di Bangi.

Rupanya ramai ja ibu2 yang dalam pantang bawa anak ke situ untuk masalah kuning ni.

Jadi masa rawatan tu, tiba2 Ustaz tu tanya saya. “Anak awak ni kerap minum ke? Macam

tak kenyang2. “ Saya pun hairan lah sebab saya tak beritahu pun hal tu. Jadi saya kata

YA. Kemudian Ustaz Hassan kata lagi, “ Susu awak ni nak tak berkualiti” Tersentap

saya. Saya macam aaaa.. Sebab semua kata susu ibu yang terbaik lah. Jadi saya senyap

je la, takde pulak nak tanya lebih lanjut.

Kemudian hari berganti hari. Anak saya dah masuk 5 bulan. Masa tu susu macam tak

cukup. Puas saya perah, susukan dia macam tak cukup juga. Sampai ada 1 malam tu

saya dah bancuh susu formula. Rasa sedih sangat masa tu sebab saya sebolehnya nak

eklusif breastfeeding selama 2 tahun. Air masak pun saya cuba elakkan. Walaupun

mak saya selalu je bagi solusi suruh campur susu formula. Sebab saya bekerja penat

lagi. Sampai rumah pun dah malam. Nak menyusukan pun macam tak larat. Tapi saya

kuatkan semangat sebab memang dah azam saya untuk menjayakan penyusuan anak ke 3

ni.

Jadi saya GOOGLE la cara nak banyakkan susu. Saya jumpa banyak sangat topik

penyusuan dengan set Menyusu dari SHAKLEE. Testimoni-testimoni yang ada memang

memberangsangkan. Lepas tu baru saya tahu pasal susu yang pekat warnanya. Baru

perasan memang susu saya agak cair. Teringat saya kata-kata Ustaz Hassan. Betul la

dia kata. Susu saya kurang berkualiti dan lebih tepat lagi kurang bernutrisi untuk istilah

sekarang. Saya memang seorang yang memilih makan. Sayur dan buah memang takde

dalam piramid makanan saya. Boleh dikira la berapa jenis sayur yang saya makan,

bayam dan kobis sahaja itu pun kalau dimasak dengan cara tertentu.

So saya nekad la nak cuba set 3M Menyusu. Masa tu saya kata saya nak amik set yang

paling lengkap sebab nak dapatkan hasil terbaik. So next cari agen SHAKLEE. Terus

teringat kawan seuniversiti saya Yati Omar pernah PM saya pasal produk SHAKLEE.

Masa tu saya fikir kalau benda ni sebagus yang digembur2 kan saya nak jadi ahli terus

supaya saya dapat beli secara murah.

Bermula lah kisah saya makan Vitalea, B Complex, Vita C, Osteomatrix, ESP dan

Alfalfa.

Secara istiqamah saya makan set 3M Menyusu ni selama genap anak saya 2 tahun. Saya

perasan sejak makan set 3M ni susu bertambah pekat dan anak tidak menyusu lama

macam dulu. So tak da la luka cik B saya. Anak saya tidur lebih lama waktu malam.

Jadi takde la saya asyik nak kena bangun je macam dulu. Saya ni jenis cepat penat dan

tak boleh tak cukup tidur. Kalau saya tak cukup tidur, saya akan tertidur masa memandu

dan saya pernah accident kerananya. B complex memang membantu saya untuk mudah

bangun keesokan harinya. Kalau tidak dulu, lepas Subuh saya akan sambung tidur

semula dan saya memang masuk keje lambat sebab bekerja di tempat customer. Muka

memang tebal je la setiap hari. Osteomatrix pun sangat membantu saya tidur dengan

lebih di waktu malam dan memudahkan saya membuang. Saya ni ada sembelit dan

sakit kepala yang kronik sebenarnya. Nanti saya cerita tu dalam entri yang lain. Dan

paling saya suka masalah resdung saya pun bertambah baik, kepala kurang sakit dan rasa

bertenaga. Dulu hampir setiap hari saya sakit kepala tapi takut nak gi check doktor. Saya

cuma merawat dengan bekam sahaja jika saya tidak mampu menanggung sakit kepala

saya. Paling mudahnya saya tidur, tapi kekadang bangun pagi, peningnya tak hilang juga.

Yang paling tak tahan bila suami mengadu selalu tidur sahaja. Dah sakit kena bebel

pulak kan. Yang jadi mangsa anak2 la bila kepala dah sakit.

Kesimpulannya SHAKLEE memang banyak membantu saya memperbaiki kesihatan

saya dan sekaligus anak saya Ahmad Fawwaz yang dapat khasiat daripada penyusuan.

Kini anak saya sudah berumur 2 tahun 8 bulan dan masih menyusu :) Dan yang paling

saya suka, leader SHAKLEE ni memang islamik. Secara tak langsung saya banyak

memperbaiki cara hidup saya juga.

Nanti saya cerita lagi tentang kisah kurus saya bersama OmegaGuard dan semua vitamin

SHAKLEE yang saya dah cuba, kisah anak2 saya dengan Mealshake, kisah suami, ayah,

adik beradik dan semua customer kesayangan saya.

Dalina Ismail 010.2264635

Coordinator jan 2015 (3pts)

《 Help me to help you 》

Ardina2u-vitamin4me.blogspot.com

Testimoni fatima - " Sebelum ni saya tidak pernah tahu pun apa itu slipped disc"

Assalammualaikum kak cery.

Nak berkongsi cerita pasal slip disc.
Sebelum ni saya tidak pernah tahu pun apa itu slipped disc. Sampailah suatu ketika saya sendiri yang menghidapinya. Simptom yang saya alami tidak terlalu ketara. Selalu juga saya mengalami sakit pinggang terutamanya ketika datang bulan semasa menuntut di kolej. Walhal sebelum-sebelum itu saya tidak pernah mengalami senggugut. Namun, dek kerana kurangnya ilmu, saya abaikan saja kesakitan tersebut dan menganggap ia hanya masalah senggugut.
Dan saya terus melakukan kerja-kerja harian seperti biasa tanpa menyedari yang saya sebenarnya telah pun mempunyai masalah slipped disc tersebut.
Antara simptom-simptom yang saya alami sebelum saya dibedah adalah sakit pinggang yang keterlaluan, tidak boleh berdiri tegak ataupun tunduk, sakit kaki seperti cramp dan jalan terdengkut-dengkut.
Ianya berlaku dengan sangat pantas. Suatu pagi saya bangun dari tidur untuk bersiap pergi kerja, terkejut bila bangun tidur seluar, tilam basah. Tak sedar pun buang air kencing dalam tidur. Mungkin disebabkan saraf rasa itu kurang berfungsi saya pun tak faham. Saya cuba bangun...tetapi saya tidak mampu untuk berdiri tegak hatta tunduk sekali pun. Akhirnya saya mengambil cuti sakit dan ia beransur pulih menjelang petang. Seminggu selepas itu, saya alami lagi kesakitan itu. Namun memikirkan bekalan ubat masih ada, saya hanya meneruskan pengambilan ubat tersebut tanpa merujuk pada pakar.
Dua minggu seterusnya, apabila bangun pagi, saya dapati kaki kiri saya sakit dan tidak mampu untuk berjalan seperti biasa. Pada mulanya saya menjangkakan kaki saya sakit akibat terlampau banyak berdiri untuk tempoh yang lama sewaktu bekerja kerana sampel terlalu banyak...masuk tanpa henti, ataupun mungkin akibat cramp sewaktu tidur. Kebetulan sehari sebelum itu, sampel untuk blood test memang overload. Saya bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. Jadi, kaki saya memang terasa lenguh yang amat sangat. Balik rumah, saya mandi solat dan sapu minyak angin pada kedua-dua belah kaki dengan harapan esoknya semakin pulih.
Tapi rupa-rupanya bermulalah episod penderitaan kesakitan akibat slip disc. Saya meneruskan aktiviti harian seperti biasa, menunggang motosikal ke tempat kerja seperti biasa. Ianya berlarutan hampir seminggu sebelum semua persoalan itu terungkai. Dalam tempoh seminggu itu juga saya pergi dan balik kerja dengan kaki yang terdengkut-dengkut.
Saya turut merasa hairan, andai kata hanya mengalami cramp ianya tidak akan mengambil masa yang akan lama untuk pulih seperti sediakala. Dan seingat saya, saya tidak mengalami cramp pada malam tersebut. Rata-rata rakan di ofis turut melahirkan rasa bimbang dan memaksa saya untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan akhirnya saya dibawa oleh seorang rakan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun sangat menyedihkan, doktor tersebut hanya memberikan panadol sebagai ubat tahan sakit dan pil kalsium sahaja.
 Dan yang membuatkan saya agak terkilan apabila doktor tersebut mengatakan "awak baru seminggu sahaja jalan terdengkut-dengkut macam ni. Tidak mengapa, seminggu lagi awak datang, kita buat blood test."
Bila saya bersoalan jawab balik dengan doktor tersebut dengan menyatakan tahap kalsium saya  adalah normal kerana saya telah pun membuat ujian darah. Apatah lagi saya bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan, masa kan saya tidak mengetahui bacaan kalsium saya sendiri. Namun, beliau berkeras menyuruh saya datang seminggu lagi untuk pemeriksaan lanjut.
Saban malam saya menangis kesakitan dan tidak dapat tidur akibat kesakitan yang tidak tertanggung. Pun begitu saya tetap pergi ke tempat kerja. Pada malam yang sepatutnya saya oncall, saya tak dapat buat oncall dek kesakitan yang melampau. Walaupun begitu, saya dah standby di hospital untuk tunggu masa oncall.. Saya disarankan oleh rakan pergi mendapatkan rawatan kecemasan. Semasa menerima rawatan kecemasan, saya disuntik dengan ubat penahan sakit yang agak tinggi dosnya. Namun, kesakitannya sedikit pun tidak berkurangan bahkan semakin sakit. Saya dihantar pulang ke rumah sewa oleh rakan sekerja. Keesokkan paginya dalam kesakitan dan kepayahan, saya pulang ke rumah kakak yang mengambil masa hampir 1 jam dengan menunggang motosikal. Kemudian, pada petang itu saya kakak dan abang ipar membawa saya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Saya diberikan lagi suntikan yang juga tinggi dosnya namun kesakitannya tidak langsung berkurangan.
Doktor menjangka sesuatu yang tidak kena pada kaki saya dan beliau mendraf sepucuk surat rujukan untuk dirujuk kepada pakar ortopedik.
Ya, saya masih ingat hari itu... hari itu hari Jumaat. Setelah 2 hari diberi cuti sakit, saya kembali bekerja dari rumah kakak. Saya sepatutnya masuk bekerja pada shif petang. Sampai di makmal,rakan-rakan sekerja berkeras menyuruh saya terus berjumpa pakar ortopedik di Putra Specialist Melaka. Dalam kepayahan untuk berjalan saya menapak juga untuk menemui doktor pakar tersebut. Pertemuan dengan doktor, saya sekali lagi diberikan suntikan tahan sakit yang tinggi dosnya dan Usai doktor memberikan suntikan tersebut, beliau bertanya adakah kesakitan tersebut beransur reda atau sebaliknya. Saya hanya menjawab ianya tetap sama..kesakitan tetap terasa. Ini bermakna, saya diberikan ubat tahan sakit yang sangat tinggi dosnya selama 3 hari berturut-turut.
Doktor tersebut mencadangkan saya agar masuk wad untuk tujuan pemeriksaan lanjut. Malam itu, saya menjalani pemeriksaan melalui MRI. Dan malam tu juga, doktor berkehendakkan saya melakukan traction untuk tujuan release saraf tersebut..malangnya tak juga berhasil. Keesokkan hari, doktor datang untuk pemeriksaan dan beliau bertanya "Apa yang kamu buat sampaikan disc kamu pecah macam ini...badan kamu kurus mustahil disc kamu jadi teruk macam ni."
Dalam keadaan pemikiran yang agak blur saya hanya mampu menjawab memang dari kecil saya selalu kemalangan. Saya pernah kemalangan dengan bas kilang sehingga kaki kiri saya patah sewaktu berusia 8 tahun. Saya juga pernah dilanggar motosikal daripada belakang sehingga tercampak dan mengalami patah pada pergelangan tangan kiri sewaktu berusia 12 tahun. Dan saya pernah jatuh daripada motosikal sewaktu hendak curi-curi bawak motor waktu usia saya 15 tahun dan mengalami keretakan pada pergelangan tangan kiri. Kira saya ni jenis tak serik. Saya nangis sekejap saja.. esoknya dah boleh tersenyum macam biasa. Tapi jawapan itu buatkan doktor bertambah marah. “Biasanya orang mempunyai saiz tubuh yang besar sering alami masalah slip disc tapi kamu, kalau setakat accident takkan jadi teruk macam ini”.
Beliau menerangkan bahawa slipped disc boleh berlaku jika kita mengalami hentakkan yang kuat, postur badan yang salah sewaktu mengangkat barang, jatuh dari tempat yang tinggi dengan hentakkan yang kuat. Saya langsung tidak teringat akan insiden saya jatuh daripada batu yang agak tinggi ke bawah sewaktu mandi di Air Terjun Lata Kinjang, Tapah akibat tergelincir. Bila saya fikir-fikirkan balik aktiviti harian saya sewaktu remaja juga mungkin menyumbang masalah slip disc ini.
Dulu saya jenis buat kerja semua sendiri, saya nak ubah susun atur bilik saya, saya tolak almari, katil seorang diri. Nak buang sampah yang kadang-kadang agak berat pun saya angkat sendiri sebab saya tak suka tunggu atau nak minta bantuan orang lain. Takbur sangat rasanya waktu tu....sebabnya selalu fikir “aku boleh buat semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain....nak minta tolong orang lain lambat.” Tulah kot Allah tarik nikmat tulang yang penting ni.
Ok sambung balik pasal slip disc tu...lepas doktor tu tengok keputusan MRI saya, beliau menyatakan bahawa saya perlu melakukan pembedahan dengan kadar segera, jika tidak saya akan menjadi lumpuh buat selamanya. Ini kerana disc plate saya rosak teruk dan jika tidak dibuang ianya akan terus menekan dan menghimpit saraf tunjang tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan kelumpuhan. Saya masuk ke hospital pada hari Jumaat untuk tujuan pemeriksaan melalui MRI...hari Isnin (1/4/2010) berikutnya adalah hari pembedahan saya.
Agak sedih juga tiada sedara mara kerap datang menjenguk. Sehari sebelum pembedahan, mak ayah datang dari kampung ke rumah kakak dengan menaiki bas dengan hasrat nak melihat anak bongsunya menjalani pembedahan. Pada malam sebelum pembedahan, saya lakukan solat taubat dan hajat memohon agar Allah permudahkan. Pada hari, pembedahan mak ayah, dan kakak saya datang untuk memberi kata-kata semangat. Namun begitu, saya sikit pun tidak berasa takut. Saya hanya senyum dan ketawa...tatkala saya meminta maaf pada semua yang hadir, mak memeluk saya sambil menangis tapi ajaibnya saya sikit pun tak menangis. Mungkin Allah berikan kekuatan sebab waktu saya buat solat taubat dan hajat tu saya dah menangis semahu-mahunya.
Jadi, saya dibawa masuk ke dewan bedah dengan hati yang sangat tenang dan damai seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walhal kalau diikutkan teori pembedahan melibatkan tulang belakang adalah berisiko tinggi. Kemungkinan besar boleh koma sepanjang hayat sebab saya dibius seluruh badan dan risiko-risiko yang lain. Tapi Alhamdulillah saya tenang saja. Pembedahan tersebut dilakukan untuk mengeluarkan disc yang telah pecah yang menekan saraf tunjang tersebut.
Dan kini, saya tidak lagi mempunyai disc plate yang mencukupi seperti insan normal lain. Ianya menjadi kecacatan kekal. Ia juga tidak digantikan dengan mana-mana disc plate tiruan kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan berbahaya. Mana tidaknya, jika penggantian disc plate tersebut dilakukan setiap 5 tahun saya perlu menjalani pembedahan lagi.
Ianya berlaku terlalu drastik. Pejam celik pejam celik 4 tahun sudah berlalu . Pada awal pembedahan, saya bagaikan robot...berjalan tegak, tak boleh tunduk-tunduk. Mana tidaknya pakai corset untuk support belakang badan. Bila tak pakai corset saya dapat rasakan tulang belakang saya seakan hilang, saya cenderung untuk kebelakang.  Hatta saya bersolat secara duduk selama setahun sehingga ada mak cik menegur “Kenapa solat duduk ye, bukankah anak masih mampu berjalan dengan baik. Saya hanya menjawab saya mempunyai masalah tulang belakang.” Dari situ banyak saya belajar cara bersolat cara orang sakit dan sebagai.
Setelah kembali daripada cuti sakit selama 3 bulan, saya pergi bekerja dengan menaiki teksi ataupun menumpang kawan. Sampai suatu ketika, kami kekurangan staf untuk membuat tugasan oncall..bermula lah era saya drive sendiri ke tempat kerja. Saya dah ada lesen selama 5-6 tahun tapi disebabkan saya bukan berasal dari orang senang, maka saya tiada mempunyai kereta. Selepas sebulan saya kembali bekerja, saya membeli sebuah kereta tanpa downpayment.
Pada tahun yang sama, saya dapat offer kerja di UiTM Sungai Buloh dan saya terima kerana waktu kerjanya fix  (office hour). Bila kerja di UiTM Sungai Buloh, saya kembali buat pemeriksaan lanjut dengan pakar ortopedik kerana saya kerap sakit belakang. Dan saya menjalani latihan fisioterapi sehingga saya disahkan hamil, saya berhenti buat latihan fisioterapi. Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan, saya jarang sakit belakang dan hanya selalu alami cramp pada kaki. Sehingga hari kelahiran Allah permudahkan segalanya dan bersalin secara normal. Saya hanya sakit pada bahagian pelvik bukan pada belakang. Saya asyik minta nurse tu urutkan peha untuk atasi rasa sakit nak bersalin tu. Bila fikir-fikr balik lawak pun ada. Jenuh juga nurse-nurse tu nak tolong urut, gosokkan walhal ramai lagi patient lain yang dia nak tengok..
Dalam tempoh berpantang saya tak amalkan apa-apa jamu ataupun supplemen sebab anak kuning waktu tu. Saya hanya baca pasal penyusuan saja. Tak jumpa langsung pasal Shaklee..hihi.
Lepas habis tempoh berpantang, saya balik rumah sendiri dengan semangat nak buat stok susu untuk anak sebab masa dah suntuk tinggal sebulan saja sebelum naik kerja. Pump punya pump 2 oz  pun susah nak dapat. Saya pun mesej balik kawan yang pernah share info pasal set berpantang dan menyusu Shaklee. Cerita punya cerita, melayang juga lah dekat RM500. Saya beli Set Penyusuan 3M. Alhamdulillah tak sampai sebulan saya consume Shaklee, stok susu memang meriah.. tak muat fridge biasa terpaksa beli deep freezer. Memang seronok la....emosi pun stabil je. Sebab saya ni jenis cepat marah. Lepas beberapa bulan, saya dihantar untuk mengikuti attachment di LPPKN selama 3 bulan atas urusan kerja. Selama 3 bulan tu, stok susu mula merudum mungkin sebab penat travel hari-hari dari Sungai Buloh ke KL naik LRT...supplement pun jarang-jarang makan sebab bajet kurang.
Slowly saya stop ambil B complex, Vitalea. Yang maintain makan alfalfa, ESP dengan ostematrix je sebab saya ni alergik minum susu...minum je muntah tu pun makan kadang-kadang tak konsisten. Nak jimat punya pasal. Makin lama, stok makin kurang. Berat anak pun tak naik-naik...hati dah risau dah lagi 2 bulan dah masuk bulan puasa time tu.
Balik kerja saya ada terbaca iklan dekat rumah cara nak atasi masalah susu merudum.. saya pun jumpa orang tu dan beli ESP dengan mealshakes...jadi saya maintain consume 4 benda ni tadi tapi badan memang mudah penat.
Sampai lah suatu hari, saya rasa macam terdesak sangat nak pakai duit, saya google dan terjumpa satu blog cerita pasal Shaklee dan saya pun join member dengan harapan nak cari income. Lepas join member, time tu promosi Advanced Joint Health (AJHT), saya pun beli 6 botol...mungkin Allah nak bagi saya sihat dulu kemudian boleh kongsikan dengan orang lain. Lepas saya makan AJHT dan ostematrix tu, saya dapat rasakan belakang saya jarang sakit dan tak lagi rasa tegang. Saya google set untuk slip disc dan dapat tahu pengambilan omega pun membantu masalah sendi.
Walaupun kadangkala sakit masih menjengah, alhamdulillah saya masih mampu berjalan seperti biasa, melakukan kerja seperti biasa bahkan lebih aktif dari dulu. Selepas menjalani pembedahan, saya tidak mampu untuk duduk dalam tempoh yang lama dan saya juga tidak kuat untuk jalan jauh. Alhamdulillah dengan pengambilan set sendi Shaklee, saya kini lebih cergas seperti saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah slip disc dan melakukan pembedahan. Pun begitu, ada juga yang terbatas, saya tidak digalakkan untuk angkat benda yang berat-berat. Bahkan dukung anak pun jarang. Cuma dari aspek kecergasan memang berbeza dari dulu. Dulu selalu terlantar sakit akibat sakit belakang.
Jadi, saya ingin bantu lebih ramai orang di luar sana yang mengalami masalah yang sama untuk hidup dengan lebih sihat tanpa melakukan pembedahan.

Sekian.

Testimoni kak nina - " kak Nina mak rasa kebas kebas kat tangan macam dah kurang lah"

Bagaimana saya kenal shaklee dan apa testimoni saya dan shaklee? okay here it goes.


Bulan 9 tahun 2013 saya diperkenalkan shaklee oleh k. Hana Syed, saya tertarik dengan shaklee sebab nak belikan supplement untuk suami yang memang suka makan suplement. takut sakit katanya.jadi bila belajar SHaklee ni natural , safe and berkesan saya decide untuk mencuba.lebih lagi bila tengok kak hana yang ada SLE tapi dah sihat alhamdulillah..

Saya mencuba alfalfa. setelah 2 minggu makan alfalfa saya mengalami healing crisis. muka berminyak..jerawat tumbuh muka jadi kusam.. tapi saya teruskan makan lama kelamaan kulit dah kurang berminyak dan jerawat pun segan nak keluar. keputihan saya pun dah tak ada. bukanlah tak ada langsung tapi saya tak perlu nak pakai pantiliner 2 ,3 kali tukar setiap hari. sekarang tak payah pakai pun.sangat selesa.bagus Shaklee ni.rupanya kakak ipar saya pun tahu mengenai shaklee dan barulah saya tahu yang shaklee ni dah lama rupanya.
Pada mulanya saya join shaklee  hanya untuk makan sendiri .tapi saya terfikir untuk  jadikan Shaklee sebagai side income.


K. Cery and K. Hana, 
Saya adalah seorang yang sangat pemalu..cepat takut dan sangat introvert. orang akan kata saya nampak macam extrovert tapi hakikatnya saya sangat pemalu. pernah kena reject dengan kawan sampai berhenti efektif sebagai distributor shaklee almost 1 tahun, tapi dalam masa yang sama saya masih consume shaklee.nampak tak saya berada di kedudukan yang sangat tak best dan boleh dikatakan hipokrit. saya tak berani nak promote shaklee kepada kawan2 tapi saya tahu shaklee products memberi kesan positif kepada saya. saya jauhkan diri dari K.hana. sebab saya malu, saya tak ikut k.hana pergi kelas sebab saya malu. tapi tetap k.hana bersabar dengan saya. saya dah join macam2 MLM tapi satu pun saya tak pernah nak sambung. tak ada hati nak effektif.. degil kan saya ni.

sampai satu hari ALLAH gerakkan hati saya untuk aktif balik sebagai SID.Push Faktor saya adalah suami saya sendiri dan saya nak bantu suami saya mencapai cita-cita beliau. jadi saya cari k. Hana balik.. pergi kelas nutrition. Alhamdulillah k. Hana masukkan saya dalam group B&C .Oh segannya saya.tapi saya beranikan diri, cuba sedikit demi sedikit untuk aktif dalam bisnes Shaklee. Saya masih berdikit-dikit dan saya cuba contohi apa yang K. Hana buat and SID yang lain. semangat kalian buat saya lebih berani untuk share banyak info tentang shaklee. saya cuba untuk update blog dan share di FB. saya terpaksa lawan rasa malu dan sifat introvert saya sendiri. saya tabik  SID lain yang dah berjaya. saya akan jadikan kalian contoh untuk terus berjaya dan tak berputus asa. 

Saya beranikan diri beli Vivix untuk mak saya .sepanjang mak makan vivix macam2 sakit timbul. pening lah , penat , kebas tangan. saya pujuk mak makan terus vivix jangan stop . alhamdulillah hari ni saya terima satu komen yang sangat seronok. " kak Nina mak rasa kebas kebas kat tangan macam dah kurang lah"  saya seronok sgt! saya cakap kat mak, mak teruskan Vivix.. nak sihat kan.  mak kata OKAY : )


Sekarang saya fokus set kulit, saya memang nak kulit saya cantik sebab saya malas nak bersolek. saya consume vitamin C, E , Alfalfa. tambah collagen.  betullah supplement punya kesan memang makan masa berbulan. lepas 2 bulan consume muka saya sekarang dah menunjukkan perubahan. duduk JB ni panas, jadi kulit muka n tangan gelap. selepas sebulan konsisten Vit C ..alhamdulillah nampak cerah sikit.heheheheh. alhamdulillah ada kawan nak beli alfalfa selepas tengok kulit saya . "akak makan pe muke akak jadi licin?" ni soalan dia. hati siapa tak berbunga . makin hari saya makin yakin Shaklee  adalah supplement yang Always safe, Always Natura, Always WOrks.
you just need to be consistent. 

saya masih seorang distributor. Bagi saya untuk menjadi supervisor dan ranking yang lebih tinggi . saya harus jadi seorang distributor yang ikhlas, jujur dan menjadikan diri saya sendiri duta Shaklee.Suami saya pun support saya buat shaklee dan consume shaklee jugak. bersyukur ada suami yang memahami , 
Keluarga yang percaya dengan saya dan beli vitamin dari saya, group Jyutawan Hanania, PMT dan B& C. terima kasih semua.

* Masih bertatih  untuk membentuk langkah yang lebih luas , panjang dan jauh :) 

Sunday, January 25, 2015

Testimoni azie suhaimi - " saya jatuh cinta dengan ESP dan Alfalfa untuk banyakkan susu badan "

Ceritanya bermula begini, selepas habis waktu berpantang dan cuti bersalin selama 3 bulan (selepas melahirkan Darwish) pada tahun 2012, setiap hari selepas pulang dari kerja saya akan bergegas mengambil Darwish di rumah babysitter..jauh tak jauh jugala dari rumah saya. Dalam 10 minit kalau tak jammed. Tapi kalau jammed mahu makan 30 minit juga kot. Sampai apartment babysitter tu, saya kena menapak naik tangga sampai ke rumah dia di tingkat TIGA. Tiada sebarang bantuan lift atau eskalator ye tuan puan. Lepas ambil Darwish, terhuyung hayang saya mendukung Darwish menuruni tangga.

Sampailah umur 5 bulan, Darwish semakin debab dan berat berat lebih kurang dalam 6  kg. Bagi korang yang tough2 yang sedang membaca ni mesti kata "apedehal, 6 kg je kott"..Tapii, bagi diriku yang cikeding dan hanya seberat 48 kg ni, mampu telan air liur sajelah. Tapi kalau keluar jenjalan dengan husband, confirm saya tak dukung Darwish. Husbandku yang tough itu akan ambil alih tugas mendukung :).
Darwish Irfan- 4 months old- debab kan

Ok sambung cerita. Disebabkan isu berat Darwish semakin meningkat, semasa nak dukung Darwish dengan tergesa-gesa, tangan kanan saya terseliuh..Prakkk ( saja buat bunyi efek.bagi best sikit drama ni.hihi).Ohh mai..Sakit wooo..Tapi paksa gak dukung bawa masuk kereta. Pastu nak drive ke rumah lagi..Drive kereta manual pulak tu. Hambekk..Terpaksalah bawa kereta macam orang baru dapat lesen L. Bawa penuh slow motionnya. Part nak pusing stereng memang hazab. Tapi bila terpandang je muka si debab montel kat baby seat sebelah tu, terus hilang rasa sakit :)

Sampai di rumah, mengadu kat husband. Dia pun tolonglah urutkan ala-ala amatur...Takde perubahan langsung..Hihi..Lepas tu gi bawa berurut dengan bidan yang ururt semasa saya dalam pantang haritu. Ala-ala profesional. Pun takde perubahan. Bidan tu nasihat --> jangan banyak guna tangan kanan dan selalu urut2 tangan tu. Boleh bayangkan tak?Buat kerja guna sebelah tangan? Camne den nak drive pegi kerja? Confirm tak boleh bayangkan.
Hampir setahun menderita sakit tangan ni...dah tak tahan sangat, saya pergi jumpa doktor kat klinik, minta dia x-ray..Nak bagi puas hati apa yg dah terjadi pada tulang tangan ku ini. Tapii,  hasil x-ray menunjukkan tulang ku sihat2 belaka. Takde yang terkehel atau retak. SO what is the problem with my hand?? Susah kot nak buat kerja sebelah tangan. Nak tak nak terpaksa juga guna kederat tangan kanan. 

Lepas jatuh cinta dengan Alfalfa, saya nekad nak cuba Ostematrix (kalsium). Saya usaha amalkan walaupun tak disiplin. Hampir 2 bulan lebih jugaklah, Alhamdulillah tangan dah takde sakit langsung..dukung Darwish pun guna sebelah tangan je sekarang. See. Percaya tak? Macam percaya je..macam betul je.. hihi.. 


Sekarang saya jatuh cinta dengan ESP dan Alfalfa untuk banyakkan susu badan untuk adik Darwish. Alhamdulillah stok dalam peti ais dah menimbun sampai x cukup ruang nak letak makanan lain.hihi.

Tuesday, January 20, 2015

Testimoni Hasliana Ramlan - " Vivix dan Esp memberi kesan yang baik terhadap kami "

Saya mula menggunakan Vivix apabila saya membelikan nya untuk hubby yang mempunyai tahap gula yang tinggi dalam darah atau lebih di kenali sebagai kencing manis. Masa dapat keputusan itu agak panic juga. Sebab tiada tanda atau simptom menunjukkan ciri menghidap kencing manis. Dan seboleh-bolehnya tak mahu mengambil ubat dari hospital.
Puas juga saya google mencari alternatif untuk merawat penyakit ini. Disebabkan saya memang sudah ada mengambil vitamin Shaklee untuk set basic kecantikan kulit, dan terbukti baik untuk kulit saya, Jadi saya memilih Vivix sebagai suplemen untuk merawat penyakit ini.
Alhamdulillah, memang ada kesannya. Tahap gula menurun selepas 2 minggu pengunaan. Dalam masa yang sama saya juga ada mengambil Vivix kerana teruja dengan warnanya yang merah menarik dan bau anggurnya sangat sedap. Selepas sebulan, saya baru perasan kebas di belakang badan sebelah kiri saya sudah tiada. Rasa ngilu yang menyucuk telah hilang. Saya rasa lebih selesa terutama jika duduk agak lama lepas solat atau ketika melakukan kerja di pejabat. Vivix – memberikan kesan tak langsung kepada saya yang asalnya teruja dengan warnanya yang merah bertenaga. Memang betul-betul memberikan saya tenaga.
Selain Vivix, saya juga mengambil ESP untuk meremajakan kulit saya yang kusam dan berjerawat.  Memang dulu kulit saya terlajak minyak terutama di zon T serta agak kering di pipi, jenis kulit kombinasi. Saya perasan jika saya mengambil ESP, banyak bahagian kulit yang telah diperbaiki. Kulit terasa lebih lembap terutama di bahagian muka. Bonus – tumit kaki yang kasar bergaris telah halus licin. Memang best penangan ESP ni. Tak rugi mencuba. Ditambah dengan Vitamin feveret saya, Vit C memang sangat awesome.
Vit C menguatkan sistem imun didalam badan saya. Rasanya agak lama juga saya tidak mengambil MC. Alhamdulillah, nikmat kesihatan yang Allah berikan pada saya selepas konsistan menggunakan suplemen semulajadi Shaklee.
Sekarang saya kongsikan kebaikan dan khasiat suplemen yang saya ambil kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Berdosa rasanya jika kebaikan hanya disimpan. Saya mahu semua orang sihat, semua orang hebat, semua orang gembira. Alhamdulillah.

Liana
019 6032236 Lianaajwa.com
Supervisor SID: 1167780


Testimoni Dahlia Ayob - Kencing Manis Mak Turun ke Paras Normal

Testimoni 1 : Kencing Manis Mak -Turun ke Paras Normal
Assalammualaikum Semua... Sharing is Caring...Ini bukan OVERCLAIM, ini kisah benar, Kencing Manis a.k.a Diabetes Mak saya turun turun dan turun lagi...Mak memang jenis yang tak nak makan obat spetal..selagi boleh dia akan cari Suplemen untuk masalah atau penyakit nya..Sebelum ni memang mak check up di hospital..kencing manisnya tak lah teruk sangat, tapi kalau ikut doktor, memang dah kena makan ubat la..Mak tak nak bergantung dengan ubat selagi dia boleh. Lepas-lepas beberapa bulan, mak dah tak nak pergi hospital check up lagi...dia gi check kesihatan 3 bulan sekali di Farmasi jer...(agaknya kena marah la tu..tak nak makan ubat)

Mak Istiqamah dengan Suplemen yang memang menjadi amalan Mak selama ni iaitu Berbekam, Madu, HabbatuSauda, Minyak Zaitun, Cuka Kurma, Omega Shaklee. Bawah ni gambar sebelum add on Vivix.
  •   5 Feb 2014 --------  GTest : 7.0 mmol/l
  •  3 Jun 2014 --------  GTest: 6.7 mmol/l
Start bulan Julai 2014 mak start add on  VIVIX SHAKLEE, selepas sebulan result dah jadi NORMAL. Cer tengok resultnya pada bulan September..NORMAL..Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Selepas check up ni, mak stop Suplemen lain kecuali Omega Guard dan Vivix sahaja. Mak masih teruskan consume Vivix sampai hari ini...Mak cakap mak nak sihat sebab senang nak pergi mengaji dan belajar..
  •  2 Sept 2014  --------  GTest : 5.7 mmol/l
  • 11 Dec 2014  --------  GTest :5.5 mmol/l
Nak bebas dari Kencing Manis? Cubalah Vivix...Insya Allah. Kencing Manis tiada, Kulit Mak pun makin cantik jer tengok..jeragat pun dah macam pudar gitu.... 2,3, 4, 5 in 1 botol.
 
 
image
 
 
 
 
 
Dahlia Ayob
Assalammualaikum Semua... Sharing is Caring...Ini bukan OVERCLAIM, ini kisah benar, Kencing Manis a.k.a Diabetes Mak saya turun turun dan turun lagi...Mak m...
Preview by Yahoo
 

Kisah Ajaib Vivix

Selamat Berhujung Minggu Semua...Alhamdulillah..Alhamdulillah.... 
Kisah Menarik Vivix yang terjadi pada kami sendiri. Saya bukan nak OVERCLAIM sebab saya pengedar Shaklee, tapi tu lah kisah benarnya..Semoga apa yang saya kongsikan ini, dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

31 August 2014
Hati Mama mana tidak risau bila anak yang dah lama tidak di serang #semput #asthma menyerang kembali.. hampir2 di tahan wad..nasib baik jumpa doktor yg sempoi.sepatutnya 2 kali gi amik gas memang kena masuk hospital la..Mama dina kalau boleh memang tak nak la dia masuk spetal, mama penat dia pun penat..

Malam tu lepas kena lagi setelah 2 kali amik neb.. bunyi nafas dah mcm bunyi baby nangis dah, bunyi nafas tau bukan bunyi dia menangis.. 2,3 jam bunyi tak hilang..kalu g hospital mesti kena duk wad ni. jam dah pukul 12 malam dah..ubat semua dah sumbat..alahai anak kesian tengok makan ubat bebanyak ni.. mama tak boleh tidur mengenangkan dina..dina pun tidur dengan tidak selesa. 

Mama solat minta Allah tenangkan hati mama dan beri kesembuhan buat Dina, tetiba teringat nak cuba bagi satu sudu kecil Vivix Shaklee. Masa tu kat kampung, nasib baik ler, mak memang makan Vivix, mintak sikit dengan mak. Selapas 15 minit..Alhamdulillah bunyi terus hilang..mama dah tak risau dan dina tidur lena...Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah...segalanya dengan Izin Allah... Cinta dan terus Semakin Cinta dengan Vivix.



Testimoni Hana - Shaklee banyak mengubah kehidupan kami selepas kemalangan

Assalamualaikum kak cery, 

Kisah cinta diantara saya dan Shaklee terlampau banyak. Yess banyak sangat, bermula penghujung tahun 2010 sampai awal tahun 2015 ni. Allahuakbar jatuh cinta berkali-kali. Nasib baik suami tak cemburu lebih. hehehe

Kisah cinta ini mungkin yang paling tak boleh saya lupakan. 

20/9/2013: saya, suami dan anak-anak kemalangan hanya 3 batu dari rumah kami. Tapi Allah telah tentukan segala-galanya. Hatta depan rumah pun boleh jadi kan? Allahuakbar, tak boleh digambarkan. Anak kecil baru berusia 10 bulan ketika itu, duduk dipangku. Allah Maha Besar, Allah Sebaik-baik perancang. Anak kecil ini, abangnya dan hubby selamat. Tiada kecederaan. Tapi saya? Terpelosok terus jatuh di bawah kerusi. (Saya duduk di sebelah driver). Tak boleh digambarkan lagi keadaan sebenar sebab 5 minit sebelum kemalangan, anak kecil ini duduk main di bawah kaki. Allahuakbar. Menangis bila kenangkan betapa Allah sayangkan anak kecil ini, ahli syurga. 

Dalam keadaan terpelosok di bawah kerusi itu, saya mengalami kecederaan yang paling teruk. bibir terbelah, patah peha kanan, dislocate pinggul kiri sahaja pada mulanya. Setelah di x-ray dan ct scan, rupanya pinggul kiri saya pun retak. Perlu dimasukkan besi di kedua2 belah kaki. Peha kanan plate percuma, tetapi pinggul kiri perlukan 2 jenis plate berharga RM1800 dan RM600. Allahuakbar, dalam keadaan ini Allah permudahkan segala urusan. 

Sebelum pembedahan, pakar bahagian tulang cakap kaki kiri saya mungkin akan cacat kekal dan tak boleh pijak. Saya hanya mampu senyum dan saya cakap xpe, operate je masukkan besi. Saya terima. Pakar tu macam nak takut-takutkan saya pulak ek. (Pakar ni pilih bulu tau, masa baru masuk hospital saya masuk wad ke3 habis ditengking2nya saya ni tapi saya senyum je, lepas tukar ke wad ke2 - selepas suami serahkan GL barulaa die nak cakap baik2 dengan saya). Selepas menjalani pembedahan, tekanan darah saya sangat rendah iaitu 80/40 dan hb saya juga turun iaitu 7 sahaja. Tidak dibekalkan sebarang vitamin oleh hospital pada mulanya dan saya ambil 2 biji vitalea, 1biji vit c dan 1 biji b complex untuk upkan bacaan hb saya. Selepas 2 hari, bacaan saya naik kepada 10. Alhamdulillah. Tapi masuk juga darah 2 pine. Takpelah, untuk kebaikan saya juga kan?

Pam susu ketika di hospital.

Dalam keadaan terbaring tak bergerak, saya pam susu di hospital dengan bantuan nurse praktikal, nurse-nurse yang bertugas, adik, ex student semua tolong saya. Alhamdulillah. Sampaikan diorang pegangkan pam. Tapi nak buat macam mana? Terpaksa. Anak masih menyusu badan ketika itu, nasib baik ade stok ebm. Dan Alhamdulillah saya berjaya susukan dia tanpa susu formula sehingga dia berumur 2 tahun 2 bulan sekarang ni. Blm berjaya wean off. SET MENYUSU Shaklee banyak berjasa pada saya. Kalau dah terbaring, rasa2 ada tenaga tak? Suplemen really helps me.

9/10/2013: Setelah 20 hari di hospital, saya dibenarkan pulang setelah berjaya cuba turun dan naik katil dengan sendiri setelah diajar oleh ahli fisioterapi. Dan untuk balik, saya diwajibkan beli kerusi roda dahulu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan urusan ini. Terima kasih mak abah, kakak, adik2 dan suami sebab berkorban untuk saya. Banyak terhutang budi . Doktor beritahu saya dijangka akan boleh mula berjalan sendiri dalam masa 12 bulan akan datang. Allahuakbar, saya senyum je. Takpe, saya redha. Owh lupa nak cerita, masa ni kedua-dua lutut saya tak boleh bengkok. Tegak je, yelah 20 hari tak boleh bergerak mau tak keras? Dan sejak masuk hospital, dah jadi baby pakai pampers. Hihihi. Masa nilaa baru saya tahu, sangat tak selesa kalau pampers penuh then lambat salin. Insaffff, hikmah ni semua. Hikmah, Allah nak tunjuk kat saya. JANGAN LAMBAT SALIN PAMPERS ANAK. 

Saya cepat-cepat order ostematrix, ajht dan omega guard. Ini SET SENDI ye, sambil tu pagi2 lepas subuh saya buat fisIo sendiri. Alhamdulillah, dalam 3 hari makan set ni ada nampak perubahan positif, boleh bengkok sikit walau tak sepenuhnya sehingga saya btl2 berjaya bengkokkan kaki. Tapi sakitnya tu toksah cite laaa kan. 

15/11/2013: Atas semangat yang kuat dan dorongan adik yang jaga saya, saya berjaya 100% tak pakai wheelchair lagi. Saya bergerak dengan tongkat je. Suami tak sokong saya 100% untuk bergerak secepat ini, tapi saya sendiri yang nak. Saya tak nak terbaring je lama. Saya ada anak kecik lagi time ni, kesian sangat kat dia. Saya kuatkan semangat juga, tahan sakit tu sikit-sikit. Sampaikan suami terpaksa juga ikat perut belikan saya vivix. Allahuakbar tak tahu mcm mana nak gambarkan, vivix sangat membantu saya pulih sepenuhnya. Banyak perubahan, mudah nak turun katil, mudah nak bergerak ke sana ke mari, sakit pinggang pun dah takde. 

12/12/2013: Tongkat mula pakai on off. Alhamdulillah, seronok yang teramat sangat. Sebabnya saya dah rasa susahnya bergerak dengan tongkat, lambat sampai. Hahaha nampak macam gelojoh kan saya ni. Tapi tulah saya rasa disebabkan perasaan saya yang tak sabar ni lah saya rasa saya dapat berjalan semula tanpa tongkat dan wheelchair. 

20/04/2014: Check up rutin di hospital, doktor terkejut saya boleh berjalan dan berdiri tanpa tongkat. Walaupun masih slow pergerakan tapi BESAR perubahannya. Doktor pun terkejut sangat-sangat sebab tulang dah bersambung sepenuhnya. Alhamdulillah cukup2 6 bulan, saya berjalan macam orang biasa tanpa tongkat cuma masih berhati2 dalam mengatur langkah. Doktor yang cek pun bukan doktor biasa tapi pakar tulang, Dr Mujahid (bukan pakar yang tengking tadi tu ye, ni pakar baikkk..hehe). Dia terkejut saya boleh berjalan dan terkejut kaki kiri lebih hampir 2cm. Hihihi, ini makan suplemen apa pun memang tak boleh bagi sama panjang semula, bagi sihat pun dah cukup. (haha saya gurau je ye).

Sepanjang tempoh 6 bulan ini, saya makan banyak sangat suplemen, add on dari biasa. 

  • Esp
  • zinc
  • vit c 
  • vitalea
  • b complex
  • alfalfa
  • lecithin
  • ostematrix
  • ajht
  • omega
  • vivix

Semua ni saya makan. Saya ikhtiar untuk kesihatan saya dengan izin Allah. Berurut pun saya pegi, apa sahaja yang orang kata bagus untuk orang yang patah kaki ni, semua saya buat tapi takde lah sampai yang boleh memesongkan akidah. Allahuakbar.

Terima kasih Allah
Terima kasih mak abah, adik beradik, mertua, ipar duai,
Terima kasih suami, anak2
Terima kasih Miera yang sanggup datang jaga hari2 kat hospital
Terima kasih kawan2 yang mendoakan. 

Kini dah setahun 4 bulan selepas kemalangan, Alhamdulillah saya menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Tiada cacat cela di mata suami dan anak2. Bibir yang jahit pun takde tinggalkan kesan. Parut di peha dan pinggul pun tak hitam. Alhamdulillah.

Hana 0127350070 - Sr Supervisor Jan 2015
SID: 866186

Testimoni Maea - Shaklee membangkit semangat untuk berjaya dalam perniagaan

Bismillahirrahmannirrahim...
Kisah saya bersama shaklee pada awalnya bila salah seorang rakan biz perkenalkan pada saya. Kebetulan saya ada kedai, dan kawan saya ni mengesyorkan saya untuk menjual shaklee di kedai saya. Saya hanya mengiyakan tanpa mengetahui lebih lanjut pasal shaklee ni. Tambahan lagi, saya dah ada biz yang agak kukuh masa tu...so, saya just take things for granted.
.
Tak lama kemudian, ekonomi meleset. Perniagaan saya agak merudum..so,  saya selalu blogwalking..sampailah saya jumpa sebuah page ni, magic kelip si peri peri...hahaha eyh silap magika cery si kelip-kelip ... Saya rasa tenang bila baca setiap perkongsian dalam page tersebut. Terasa di tarik tarik untuk membaca setiap hari. Terasa seperti sangat difahami bila membaca setiap perkataan dalam page tersebut, walhal bukan ditujukan pada saya pun..hehehe.. So, page tu jadi bahan bacaan wajib saya setiap hari.
.
Sampai satu ketika, stress dengan biz yang merudum, dan,  perasaan nak berguru dengan penulis page magik kelip si peri peri, saya beranikan pm. Heheheh...saya pm tengahari, dan petang tu dah dapat jawapan. Ohhh....terujanya saya... Beliau sangat humble, walaupun dah ada 50 000 ahli dari pelbagai level di bawah beliau. Beliau tetap melayan saya denga baik..hari pertama saya daftar, kelepukkk...berkepuk-kepuk assignment yanh saya dapat.. hehhehe...ada yang terus buat...ada yang esok siap...uhhh...terujaa......
.
Dan sekarang, walaupun belum sampai sebulan, saya sangat berpuas hati...kerana puan cery bukan sahaja bimbing saya untuk menjadi usahanita, tetapi juga jutawan muslimah. Serius, hidup saya terasa lebih bermakna sekarang...
.
Saya berharap untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dan mencapai kehidupan yang sihat tanpa ubat, secara semulajadi bersama SHAKLEE. Saya berazam untuk mendapat tajaan melancong ke luar negara bersama SHAKLEE, mengerjakan umrah bersama keluarga dan SHAKLEE dan mendapatkan kereta idaman saya melalui tabung kereta SHAKLEE.


🌸Maea Shaklee🌸
0145708903
Supervisor in March 2015

Monday, January 19, 2015

Testimoni Hamidah - Rawatan eczema shaklee

Alhamdulillah saya berjaya gak emelkan testimoni saya untuk tatapan semua cewahh

===========================================================

“Eh Midah, muka kau nampak berserilah, apa yang kau pakai ni?”
Itulah teguran pertama sejak saya mengamalkan suplemen Shaklee pada tahun 2012 untuk tujuan rawatan ekzema selepas beberapa minggu.
Sebelum ini, dah macam-macam krim saya sapu.
Dah macam-macam produk saya makan, minum dan telan.
Dah macam-macam petua orang bagi saya amalkan.
Hasilnya?
Eczema masih tak hilang.

Kenapa saya perlukan suplemen terutamanya produk Shaklee?

1.       Ekzema yang tak pernah baik sejak dari kecil
2.       Mengalami masalah buang air besar
3.       Berat badan berlebihan
4.       Mudah berasa letih dan lesu terutamanya selepas bangkit tidur waktu pagi

Itu baru pasal eczema, masalah saya yang lain seperti susah sangat nak buang air besar, badan dah macam tong, kulit kusam dan berminyak. Bila berat badan bertambah maka saya mudah dan cepat berasa letih dan penat. Saya jadi stress!

Belum masuk bab kehamilan lagi, yelah impian setiap pasangan suami isteri nak punya zuriat. Hampir setiap masa, ada je orang yang tanya soalan “bila nak ada anak?”, “merancang ke?”, “tak teringin ke nak timang zuriat sendiri?”

Yes, I am PCOS-er
Hampir-hampir mengalami diabetes, doktor kata “you’re at boarder Hamidah”
Makan ubat yang doktor bagi.
Pergi urut sana sini konon untuk betulkan peranakan.
Bab makan minum sapu bagai tak payah cakaplah, pun sama dah bermacam-macam cuba.

Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu perasaan hambaNya yang lemah ini.

Selepas mengamalkan suplemen Shaklee ini, Alhamdulillah banyak sangat perubahan positif yang berlaku.
Pertama-tamanya, eczema saya mulai hilang, kulit saya semakin cerah dan saya mudah lawas.
B-Complex, Alfalfa, Vitamin C SR dan Herbalax menjadi penawar!

Oh yea, berkat hasil usaha kami suami isteri yang mengamalkan set kehamilan, akhirnya dengan izin Allah saya disahkan mengandung.
Alhamdulillah saya berjaya hamil pada tahun 2013 dan selamat melahirkan puteri sulung kami!
Sepanjang awal kehamilan hinggalah berpantang, masih tegar menggunakan Shaklee.

1.       Jarang mengalami morning sickness
2.       Tidak mudah letih dan penat
3.       HB sentiasa cantik, tak pernah kurang daripada bacaanya yang sepatutnya
4.       Semasa berpantang, luka jahitan cepat sembuh
5.       Rasa bertenaga walaupun dalam berpantang dan menyusukan bayi
6.       Lepas pantang, muka saya sangat berseri-seri
7.       Susu badan yang melimpah ruah

Orang kata kalau makan suplemen nanti, bila baby lahir mesti besar.
Yeke meh?
Ketika dilahirkan, anak saya seberat 2.92kg
Alhamdulillah ‘baby Shaklee’ saya sihat walafiat. Tak mudah demam, batuk dan selsema.

Sebenarnya banyak lagi cerita menarik yang saya sendiri alami selepas mengamalkan produk Shaklee.
Apa yang buat saya yakin dengan Shaklee sebab Shaklee selamat dan semula jadi.
Hanya bermula dengan set asas, saya dah jatuh cinta dengan hampir setiap produk Shaklee.
Apa yang penting ialah kita sendiri kena yakin apa yang kita makan, istiqamah selalu.
Jangan berputus asa untuk diri sendiri.
Janganlah baru makan sehari dua kata takde apa-apa pun, padahal awak sakit dah lama mungkin dah bertahun-tahun.
Bak kata pepatah “TAK KENAL, MAKA TAK CINTA”

Bukan setakat vitamin malah pencuci muka, toner, whitening cream, shampoo, sabun pencuci serbaguna, sabun basuh baju & softner dan sabun cuci botol anak pun semua daripada Shaklee.

Jutaan terima kasih pada upline saya Pn. Shareena a.k.a kak long, Pn Fauziah a.k.a cikpau, rakan-rakan seperjuangan dan tak lupa juga pada PM Cery yang banyak membimbing saya dari segi konsultansi produk dan juga bagi saya duit poket EXTRA melalui Shaklee.

Pendek kata, syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya diberi peluang untuk beroleh nikmat sihat sejahtera yang mana mungkin tidak semua orang boleh dapat. Membantu orang lain untuk sihat juga adalah satu nikmat untuk saya.
Pucuk pangkalnya bermula daripada diri sendiri sama ada nak pilih kehidupan yang bahagia atau derita. Wallahualam.


Hamidah Abd Rahman
www.amiedami.blogspot.com | 016-313 0533
Supervisor SID 910982