Wednesday, January 28, 2015

Testimoni fatima - " Sebelum ni saya tidak pernah tahu pun apa itu slipped disc"

Assalammualaikum kak cery.

Nak berkongsi cerita pasal slip disc.
Sebelum ni saya tidak pernah tahu pun apa itu slipped disc. Sampailah suatu ketika saya sendiri yang menghidapinya. Simptom yang saya alami tidak terlalu ketara. Selalu juga saya mengalami sakit pinggang terutamanya ketika datang bulan semasa menuntut di kolej. Walhal sebelum-sebelum itu saya tidak pernah mengalami senggugut. Namun, dek kerana kurangnya ilmu, saya abaikan saja kesakitan tersebut dan menganggap ia hanya masalah senggugut.
Dan saya terus melakukan kerja-kerja harian seperti biasa tanpa menyedari yang saya sebenarnya telah pun mempunyai masalah slipped disc tersebut.
Antara simptom-simptom yang saya alami sebelum saya dibedah adalah sakit pinggang yang keterlaluan, tidak boleh berdiri tegak ataupun tunduk, sakit kaki seperti cramp dan jalan terdengkut-dengkut.
Ianya berlaku dengan sangat pantas. Suatu pagi saya bangun dari tidur untuk bersiap pergi kerja, terkejut bila bangun tidur seluar, tilam basah. Tak sedar pun buang air kencing dalam tidur. Mungkin disebabkan saraf rasa itu kurang berfungsi saya pun tak faham. Saya cuba bangun...tetapi saya tidak mampu untuk berdiri tegak hatta tunduk sekali pun. Akhirnya saya mengambil cuti sakit dan ia beransur pulih menjelang petang. Seminggu selepas itu, saya alami lagi kesakitan itu. Namun memikirkan bekalan ubat masih ada, saya hanya meneruskan pengambilan ubat tersebut tanpa merujuk pada pakar.
Dua minggu seterusnya, apabila bangun pagi, saya dapati kaki kiri saya sakit dan tidak mampu untuk berjalan seperti biasa. Pada mulanya saya menjangkakan kaki saya sakit akibat terlampau banyak berdiri untuk tempoh yang lama sewaktu bekerja kerana sampel terlalu banyak...masuk tanpa henti, ataupun mungkin akibat cramp sewaktu tidur. Kebetulan sehari sebelum itu, sampel untuk blood test memang overload. Saya bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. Jadi, kaki saya memang terasa lenguh yang amat sangat. Balik rumah, saya mandi solat dan sapu minyak angin pada kedua-dua belah kaki dengan harapan esoknya semakin pulih.
Tapi rupa-rupanya bermulalah episod penderitaan kesakitan akibat slip disc. Saya meneruskan aktiviti harian seperti biasa, menunggang motosikal ke tempat kerja seperti biasa. Ianya berlarutan hampir seminggu sebelum semua persoalan itu terungkai. Dalam tempoh seminggu itu juga saya pergi dan balik kerja dengan kaki yang terdengkut-dengkut.
Saya turut merasa hairan, andai kata hanya mengalami cramp ianya tidak akan mengambil masa yang akan lama untuk pulih seperti sediakala. Dan seingat saya, saya tidak mengalami cramp pada malam tersebut. Rata-rata rakan di ofis turut melahirkan rasa bimbang dan memaksa saya untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan akhirnya saya dibawa oleh seorang rakan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun sangat menyedihkan, doktor tersebut hanya memberikan panadol sebagai ubat tahan sakit dan pil kalsium sahaja.
 Dan yang membuatkan saya agak terkilan apabila doktor tersebut mengatakan "awak baru seminggu sahaja jalan terdengkut-dengkut macam ni. Tidak mengapa, seminggu lagi awak datang, kita buat blood test."
Bila saya bersoalan jawab balik dengan doktor tersebut dengan menyatakan tahap kalsium saya  adalah normal kerana saya telah pun membuat ujian darah. Apatah lagi saya bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan, masa kan saya tidak mengetahui bacaan kalsium saya sendiri. Namun, beliau berkeras menyuruh saya datang seminggu lagi untuk pemeriksaan lanjut.
Saban malam saya menangis kesakitan dan tidak dapat tidur akibat kesakitan yang tidak tertanggung. Pun begitu saya tetap pergi ke tempat kerja. Pada malam yang sepatutnya saya oncall, saya tak dapat buat oncall dek kesakitan yang melampau. Walaupun begitu, saya dah standby di hospital untuk tunggu masa oncall.. Saya disarankan oleh rakan pergi mendapatkan rawatan kecemasan. Semasa menerima rawatan kecemasan, saya disuntik dengan ubat penahan sakit yang agak tinggi dosnya. Namun, kesakitannya sedikit pun tidak berkurangan bahkan semakin sakit. Saya dihantar pulang ke rumah sewa oleh rakan sekerja. Keesokkan paginya dalam kesakitan dan kepayahan, saya pulang ke rumah kakak yang mengambil masa hampir 1 jam dengan menunggang motosikal. Kemudian, pada petang itu saya kakak dan abang ipar membawa saya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Saya diberikan lagi suntikan yang juga tinggi dosnya namun kesakitannya tidak langsung berkurangan.
Doktor menjangka sesuatu yang tidak kena pada kaki saya dan beliau mendraf sepucuk surat rujukan untuk dirujuk kepada pakar ortopedik.
Ya, saya masih ingat hari itu... hari itu hari Jumaat. Setelah 2 hari diberi cuti sakit, saya kembali bekerja dari rumah kakak. Saya sepatutnya masuk bekerja pada shif petang. Sampai di makmal,rakan-rakan sekerja berkeras menyuruh saya terus berjumpa pakar ortopedik di Putra Specialist Melaka. Dalam kepayahan untuk berjalan saya menapak juga untuk menemui doktor pakar tersebut. Pertemuan dengan doktor, saya sekali lagi diberikan suntikan tahan sakit yang tinggi dosnya dan Usai doktor memberikan suntikan tersebut, beliau bertanya adakah kesakitan tersebut beransur reda atau sebaliknya. Saya hanya menjawab ianya tetap sama..kesakitan tetap terasa. Ini bermakna, saya diberikan ubat tahan sakit yang sangat tinggi dosnya selama 3 hari berturut-turut.
Doktor tersebut mencadangkan saya agar masuk wad untuk tujuan pemeriksaan lanjut. Malam itu, saya menjalani pemeriksaan melalui MRI. Dan malam tu juga, doktor berkehendakkan saya melakukan traction untuk tujuan release saraf tersebut..malangnya tak juga berhasil. Keesokkan hari, doktor datang untuk pemeriksaan dan beliau bertanya "Apa yang kamu buat sampaikan disc kamu pecah macam ini...badan kamu kurus mustahil disc kamu jadi teruk macam ni."
Dalam keadaan pemikiran yang agak blur saya hanya mampu menjawab memang dari kecil saya selalu kemalangan. Saya pernah kemalangan dengan bas kilang sehingga kaki kiri saya patah sewaktu berusia 8 tahun. Saya juga pernah dilanggar motosikal daripada belakang sehingga tercampak dan mengalami patah pada pergelangan tangan kiri sewaktu berusia 12 tahun. Dan saya pernah jatuh daripada motosikal sewaktu hendak curi-curi bawak motor waktu usia saya 15 tahun dan mengalami keretakan pada pergelangan tangan kiri. Kira saya ni jenis tak serik. Saya nangis sekejap saja.. esoknya dah boleh tersenyum macam biasa. Tapi jawapan itu buatkan doktor bertambah marah. “Biasanya orang mempunyai saiz tubuh yang besar sering alami masalah slip disc tapi kamu, kalau setakat accident takkan jadi teruk macam ini”.
Beliau menerangkan bahawa slipped disc boleh berlaku jika kita mengalami hentakkan yang kuat, postur badan yang salah sewaktu mengangkat barang, jatuh dari tempat yang tinggi dengan hentakkan yang kuat. Saya langsung tidak teringat akan insiden saya jatuh daripada batu yang agak tinggi ke bawah sewaktu mandi di Air Terjun Lata Kinjang, Tapah akibat tergelincir. Bila saya fikir-fikirkan balik aktiviti harian saya sewaktu remaja juga mungkin menyumbang masalah slip disc ini.
Dulu saya jenis buat kerja semua sendiri, saya nak ubah susun atur bilik saya, saya tolak almari, katil seorang diri. Nak buang sampah yang kadang-kadang agak berat pun saya angkat sendiri sebab saya tak suka tunggu atau nak minta bantuan orang lain. Takbur sangat rasanya waktu tu....sebabnya selalu fikir “aku boleh buat semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain....nak minta tolong orang lain lambat.” Tulah kot Allah tarik nikmat tulang yang penting ni.
Ok sambung balik pasal slip disc tu...lepas doktor tu tengok keputusan MRI saya, beliau menyatakan bahawa saya perlu melakukan pembedahan dengan kadar segera, jika tidak saya akan menjadi lumpuh buat selamanya. Ini kerana disc plate saya rosak teruk dan jika tidak dibuang ianya akan terus menekan dan menghimpit saraf tunjang tersebut yang akhirnya boleh mengakibatkan kelumpuhan. Saya masuk ke hospital pada hari Jumaat untuk tujuan pemeriksaan melalui MRI...hari Isnin (1/4/2010) berikutnya adalah hari pembedahan saya.
Agak sedih juga tiada sedara mara kerap datang menjenguk. Sehari sebelum pembedahan, mak ayah datang dari kampung ke rumah kakak dengan menaiki bas dengan hasrat nak melihat anak bongsunya menjalani pembedahan. Pada malam sebelum pembedahan, saya lakukan solat taubat dan hajat memohon agar Allah permudahkan. Pada hari, pembedahan mak ayah, dan kakak saya datang untuk memberi kata-kata semangat. Namun begitu, saya sikit pun tidak berasa takut. Saya hanya senyum dan ketawa...tatkala saya meminta maaf pada semua yang hadir, mak memeluk saya sambil menangis tapi ajaibnya saya sikit pun tak menangis. Mungkin Allah berikan kekuatan sebab waktu saya buat solat taubat dan hajat tu saya dah menangis semahu-mahunya.
Jadi, saya dibawa masuk ke dewan bedah dengan hati yang sangat tenang dan damai seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walhal kalau diikutkan teori pembedahan melibatkan tulang belakang adalah berisiko tinggi. Kemungkinan besar boleh koma sepanjang hayat sebab saya dibius seluruh badan dan risiko-risiko yang lain. Tapi Alhamdulillah saya tenang saja. Pembedahan tersebut dilakukan untuk mengeluarkan disc yang telah pecah yang menekan saraf tunjang tersebut.
Dan kini, saya tidak lagi mempunyai disc plate yang mencukupi seperti insan normal lain. Ianya menjadi kecacatan kekal. Ia juga tidak digantikan dengan mana-mana disc plate tiruan kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan berbahaya. Mana tidaknya, jika penggantian disc plate tersebut dilakukan setiap 5 tahun saya perlu menjalani pembedahan lagi.
Ianya berlaku terlalu drastik. Pejam celik pejam celik 4 tahun sudah berlalu . Pada awal pembedahan, saya bagaikan robot...berjalan tegak, tak boleh tunduk-tunduk. Mana tidaknya pakai corset untuk support belakang badan. Bila tak pakai corset saya dapat rasakan tulang belakang saya seakan hilang, saya cenderung untuk kebelakang.  Hatta saya bersolat secara duduk selama setahun sehingga ada mak cik menegur “Kenapa solat duduk ye, bukankah anak masih mampu berjalan dengan baik. Saya hanya menjawab saya mempunyai masalah tulang belakang.” Dari situ banyak saya belajar cara bersolat cara orang sakit dan sebagai.
Setelah kembali daripada cuti sakit selama 3 bulan, saya pergi bekerja dengan menaiki teksi ataupun menumpang kawan. Sampai suatu ketika, kami kekurangan staf untuk membuat tugasan oncall..bermula lah era saya drive sendiri ke tempat kerja. Saya dah ada lesen selama 5-6 tahun tapi disebabkan saya bukan berasal dari orang senang, maka saya tiada mempunyai kereta. Selepas sebulan saya kembali bekerja, saya membeli sebuah kereta tanpa downpayment.
Pada tahun yang sama, saya dapat offer kerja di UiTM Sungai Buloh dan saya terima kerana waktu kerjanya fix  (office hour). Bila kerja di UiTM Sungai Buloh, saya kembali buat pemeriksaan lanjut dengan pakar ortopedik kerana saya kerap sakit belakang. Dan saya menjalani latihan fisioterapi sehingga saya disahkan hamil, saya berhenti buat latihan fisioterapi. Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan, saya jarang sakit belakang dan hanya selalu alami cramp pada kaki. Sehingga hari kelahiran Allah permudahkan segalanya dan bersalin secara normal. Saya hanya sakit pada bahagian pelvik bukan pada belakang. Saya asyik minta nurse tu urutkan peha untuk atasi rasa sakit nak bersalin tu. Bila fikir-fikr balik lawak pun ada. Jenuh juga nurse-nurse tu nak tolong urut, gosokkan walhal ramai lagi patient lain yang dia nak tengok..
Dalam tempoh berpantang saya tak amalkan apa-apa jamu ataupun supplemen sebab anak kuning waktu tu. Saya hanya baca pasal penyusuan saja. Tak jumpa langsung pasal Shaklee..hihi.
Lepas habis tempoh berpantang, saya balik rumah sendiri dengan semangat nak buat stok susu untuk anak sebab masa dah suntuk tinggal sebulan saja sebelum naik kerja. Pump punya pump 2 oz  pun susah nak dapat. Saya pun mesej balik kawan yang pernah share info pasal set berpantang dan menyusu Shaklee. Cerita punya cerita, melayang juga lah dekat RM500. Saya beli Set Penyusuan 3M. Alhamdulillah tak sampai sebulan saya consume Shaklee, stok susu memang meriah.. tak muat fridge biasa terpaksa beli deep freezer. Memang seronok la....emosi pun stabil je. Sebab saya ni jenis cepat marah. Lepas beberapa bulan, saya dihantar untuk mengikuti attachment di LPPKN selama 3 bulan atas urusan kerja. Selama 3 bulan tu, stok susu mula merudum mungkin sebab penat travel hari-hari dari Sungai Buloh ke KL naik LRT...supplement pun jarang-jarang makan sebab bajet kurang.
Slowly saya stop ambil B complex, Vitalea. Yang maintain makan alfalfa, ESP dengan ostematrix je sebab saya ni alergik minum susu...minum je muntah tu pun makan kadang-kadang tak konsisten. Nak jimat punya pasal. Makin lama, stok makin kurang. Berat anak pun tak naik-naik...hati dah risau dah lagi 2 bulan dah masuk bulan puasa time tu.
Balik kerja saya ada terbaca iklan dekat rumah cara nak atasi masalah susu merudum.. saya pun jumpa orang tu dan beli ESP dengan mealshakes...jadi saya maintain consume 4 benda ni tadi tapi badan memang mudah penat.
Sampai lah suatu hari, saya rasa macam terdesak sangat nak pakai duit, saya google dan terjumpa satu blog cerita pasal Shaklee dan saya pun join member dengan harapan nak cari income. Lepas join member, time tu promosi Advanced Joint Health (AJHT), saya pun beli 6 botol...mungkin Allah nak bagi saya sihat dulu kemudian boleh kongsikan dengan orang lain. Lepas saya makan AJHT dan ostematrix tu, saya dapat rasakan belakang saya jarang sakit dan tak lagi rasa tegang. Saya google set untuk slip disc dan dapat tahu pengambilan omega pun membantu masalah sendi.
Walaupun kadangkala sakit masih menjengah, alhamdulillah saya masih mampu berjalan seperti biasa, melakukan kerja seperti biasa bahkan lebih aktif dari dulu. Selepas menjalani pembedahan, saya tidak mampu untuk duduk dalam tempoh yang lama dan saya juga tidak kuat untuk jalan jauh. Alhamdulillah dengan pengambilan set sendi Shaklee, saya kini lebih cergas seperti saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah slip disc dan melakukan pembedahan. Pun begitu, ada juga yang terbatas, saya tidak digalakkan untuk angkat benda yang berat-berat. Bahkan dukung anak pun jarang. Cuma dari aspek kecergasan memang berbeza dari dulu. Dulu selalu terlantar sakit akibat sakit belakang.
Jadi, saya ingin bantu lebih ramai orang di luar sana yang mengalami masalah yang sama untuk hidup dengan lebih sihat tanpa melakukan pembedahan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment