Kisah saya dan set Menyusu SHAKLEE
Kisah saya dan SHAKLEE bermula sejak saya mula makan set 3M Menyusu yang HOT
tu.
Masa dalam pantang, anak saya yang kecil tu kerap batuk. Saya beranggapan kerana
cuaca, asap dari menyalai daging dan keadaan rumah saya yang betul2 di tepi jalan
utama. Kuning anak saya juga lama, 1 ke 2 kali bawa hospital untuk cucuk di kaki utk
dapatkan darahnya. Suami tak sanggup lagi, jadi ikhtiar cara lain. Daun beli di sensei
la dan akhirnya kami cuba Homepati. Masa tu jamu set bersalin tak boleh nak makan
atas saranan doktor. Jadi badan pun lemah. Jadi kami pun pergi Homeopati di Bangi.
Rupanya ramai ja ibu2 yang dalam pantang bawa anak ke situ untuk masalah kuning ni.
Jadi masa rawatan tu, tiba2 Ustaz tu tanya saya. “Anak awak ni kerap minum ke? Macam
tak kenyang2. “ Saya pun hairan lah sebab saya tak beritahu pun hal tu. Jadi saya kata
YA. Kemudian Ustaz Hassan kata lagi, “ Susu awak ni nak tak berkualiti” Tersentap
saya. Saya macam aaaa.. Sebab semua kata susu ibu yang terbaik lah. Jadi saya senyap
je la, takde pulak nak tanya lebih lanjut.
Kemudian hari berganti hari. Anak saya dah masuk 5 bulan. Masa tu susu macam tak
cukup. Puas saya perah, susukan dia macam tak cukup juga. Sampai ada 1 malam tu
saya dah bancuh susu formula. Rasa sedih sangat masa tu sebab saya sebolehnya nak
eklusif breastfeeding selama 2 tahun. Air masak pun saya cuba elakkan. Walaupun
mak saya selalu je bagi solusi suruh campur susu formula. Sebab saya bekerja penat
lagi. Sampai rumah pun dah malam. Nak menyusukan pun macam tak larat. Tapi saya
kuatkan semangat sebab memang dah azam saya untuk menjayakan penyusuan anak ke 3
ni.
Jadi saya GOOGLE la cara nak banyakkan susu. Saya jumpa banyak sangat topik
penyusuan dengan set Menyusu dari SHAKLEE. Testimoni-testimoni yang ada memang
memberangsangkan. Lepas tu baru saya tahu pasal susu yang pekat warnanya. Baru
perasan memang susu saya agak cair. Teringat saya kata-kata Ustaz Hassan. Betul la
dia kata. Susu saya kurang berkualiti dan lebih tepat lagi kurang bernutrisi untuk istilah
sekarang. Saya memang seorang yang memilih makan. Sayur dan buah memang takde
dalam piramid makanan saya. Boleh dikira la berapa jenis sayur yang saya makan,
bayam dan kobis sahaja itu pun kalau dimasak dengan cara tertentu.
So saya nekad la nak cuba set 3M Menyusu. Masa tu saya kata saya nak amik set yang
paling lengkap sebab nak dapatkan hasil terbaik. So next cari agen SHAKLEE. Terus
teringat kawan seuniversiti saya Yati Omar pernah PM saya pasal produk SHAKLEE.
Masa tu saya fikir kalau benda ni sebagus yang digembur2 kan saya nak jadi ahli terus
supaya saya dapat beli secara murah.
Bermula lah kisah saya makan Vitalea, B Complex, Vita C, Osteomatrix, ESP dan
Alfalfa.
Secara istiqamah saya makan set 3M Menyusu ni selama genap anak saya 2 tahun. Saya
perasan sejak makan set 3M ni susu bertambah pekat dan anak tidak menyusu lama
macam dulu. So tak da la luka cik B saya. Anak saya tidur lebih lama waktu malam.
Jadi takde la saya asyik nak kena bangun je macam dulu. Saya ni jenis cepat penat dan
tak boleh tak cukup tidur. Kalau saya tak cukup tidur, saya akan tertidur masa memandu
dan saya pernah accident kerananya. B complex memang membantu saya untuk mudah
bangun keesokan harinya. Kalau tidak dulu, lepas Subuh saya akan sambung tidur
semula dan saya memang masuk keje lambat sebab bekerja di tempat customer. Muka
memang tebal je la setiap hari. Osteomatrix pun sangat membantu saya tidur dengan
lebih di waktu malam dan memudahkan saya membuang. Saya ni ada sembelit dan
sakit kepala yang kronik sebenarnya. Nanti saya cerita tu dalam entri yang lain. Dan
paling saya suka masalah resdung saya pun bertambah baik, kepala kurang sakit dan rasa
bertenaga. Dulu hampir setiap hari saya sakit kepala tapi takut nak gi check doktor. Saya
cuma merawat dengan bekam sahaja jika saya tidak mampu menanggung sakit kepala
saya. Paling mudahnya saya tidur, tapi kekadang bangun pagi, peningnya tak hilang juga.
Yang paling tak tahan bila suami mengadu selalu tidur sahaja. Dah sakit kena bebel
pulak kan. Yang jadi mangsa anak2 la bila kepala dah sakit.
Kesimpulannya SHAKLEE memang banyak membantu saya memperbaiki kesihatan
saya dan sekaligus anak saya Ahmad Fawwaz yang dapat khasiat daripada penyusuan.
Kini anak saya sudah berumur 2 tahun 8 bulan dan masih menyusu :) Dan yang paling
saya suka, leader SHAKLEE ni memang islamik. Secara tak langsung saya banyak
memperbaiki cara hidup saya juga.
Nanti saya cerita lagi tentang kisah kurus saya bersama OmegaGuard dan semua vitamin
SHAKLEE yang saya dah cuba, kisah anak2 saya dengan Mealshake, kisah suami, ayah,
adik beradik dan semua customer kesayangan saya.
Dalina Ismail 010.2264635
Coordinator jan 2015 (3pts)
《 Help me to help you 》
Ardina2u-vitamin4me.blogspot.com
No comments:
Post a Comment