Tuesday, January 20, 2015

Testimoni Hana - Shaklee banyak mengubah kehidupan kami selepas kemalangan

Assalamualaikum kak cery, 

Kisah cinta diantara saya dan Shaklee terlampau banyak. Yess banyak sangat, bermula penghujung tahun 2010 sampai awal tahun 2015 ni. Allahuakbar jatuh cinta berkali-kali. Nasib baik suami tak cemburu lebih. hehehe

Kisah cinta ini mungkin yang paling tak boleh saya lupakan. 

20/9/2013: saya, suami dan anak-anak kemalangan hanya 3 batu dari rumah kami. Tapi Allah telah tentukan segala-galanya. Hatta depan rumah pun boleh jadi kan? Allahuakbar, tak boleh digambarkan. Anak kecil baru berusia 10 bulan ketika itu, duduk dipangku. Allah Maha Besar, Allah Sebaik-baik perancang. Anak kecil ini, abangnya dan hubby selamat. Tiada kecederaan. Tapi saya? Terpelosok terus jatuh di bawah kerusi. (Saya duduk di sebelah driver). Tak boleh digambarkan lagi keadaan sebenar sebab 5 minit sebelum kemalangan, anak kecil ini duduk main di bawah kaki. Allahuakbar. Menangis bila kenangkan betapa Allah sayangkan anak kecil ini, ahli syurga. 

Dalam keadaan terpelosok di bawah kerusi itu, saya mengalami kecederaan yang paling teruk. bibir terbelah, patah peha kanan, dislocate pinggul kiri sahaja pada mulanya. Setelah di x-ray dan ct scan, rupanya pinggul kiri saya pun retak. Perlu dimasukkan besi di kedua2 belah kaki. Peha kanan plate percuma, tetapi pinggul kiri perlukan 2 jenis plate berharga RM1800 dan RM600. Allahuakbar, dalam keadaan ini Allah permudahkan segala urusan. 

Sebelum pembedahan, pakar bahagian tulang cakap kaki kiri saya mungkin akan cacat kekal dan tak boleh pijak. Saya hanya mampu senyum dan saya cakap xpe, operate je masukkan besi. Saya terima. Pakar tu macam nak takut-takutkan saya pulak ek. (Pakar ni pilih bulu tau, masa baru masuk hospital saya masuk wad ke3 habis ditengking2nya saya ni tapi saya senyum je, lepas tukar ke wad ke2 - selepas suami serahkan GL barulaa die nak cakap baik2 dengan saya). Selepas menjalani pembedahan, tekanan darah saya sangat rendah iaitu 80/40 dan hb saya juga turun iaitu 7 sahaja. Tidak dibekalkan sebarang vitamin oleh hospital pada mulanya dan saya ambil 2 biji vitalea, 1biji vit c dan 1 biji b complex untuk upkan bacaan hb saya. Selepas 2 hari, bacaan saya naik kepada 10. Alhamdulillah. Tapi masuk juga darah 2 pine. Takpelah, untuk kebaikan saya juga kan?

Pam susu ketika di hospital.

Dalam keadaan terbaring tak bergerak, saya pam susu di hospital dengan bantuan nurse praktikal, nurse-nurse yang bertugas, adik, ex student semua tolong saya. Alhamdulillah. Sampaikan diorang pegangkan pam. Tapi nak buat macam mana? Terpaksa. Anak masih menyusu badan ketika itu, nasib baik ade stok ebm. Dan Alhamdulillah saya berjaya susukan dia tanpa susu formula sehingga dia berumur 2 tahun 2 bulan sekarang ni. Blm berjaya wean off. SET MENYUSU Shaklee banyak berjasa pada saya. Kalau dah terbaring, rasa2 ada tenaga tak? Suplemen really helps me.

9/10/2013: Setelah 20 hari di hospital, saya dibenarkan pulang setelah berjaya cuba turun dan naik katil dengan sendiri setelah diajar oleh ahli fisioterapi. Dan untuk balik, saya diwajibkan beli kerusi roda dahulu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan urusan ini. Terima kasih mak abah, kakak, adik2 dan suami sebab berkorban untuk saya. Banyak terhutang budi . Doktor beritahu saya dijangka akan boleh mula berjalan sendiri dalam masa 12 bulan akan datang. Allahuakbar, saya senyum je. Takpe, saya redha. Owh lupa nak cerita, masa ni kedua-dua lutut saya tak boleh bengkok. Tegak je, yelah 20 hari tak boleh bergerak mau tak keras? Dan sejak masuk hospital, dah jadi baby pakai pampers. Hihihi. Masa nilaa baru saya tahu, sangat tak selesa kalau pampers penuh then lambat salin. Insaffff, hikmah ni semua. Hikmah, Allah nak tunjuk kat saya. JANGAN LAMBAT SALIN PAMPERS ANAK. 

Saya cepat-cepat order ostematrix, ajht dan omega guard. Ini SET SENDI ye, sambil tu pagi2 lepas subuh saya buat fisIo sendiri. Alhamdulillah, dalam 3 hari makan set ni ada nampak perubahan positif, boleh bengkok sikit walau tak sepenuhnya sehingga saya btl2 berjaya bengkokkan kaki. Tapi sakitnya tu toksah cite laaa kan. 

15/11/2013: Atas semangat yang kuat dan dorongan adik yang jaga saya, saya berjaya 100% tak pakai wheelchair lagi. Saya bergerak dengan tongkat je. Suami tak sokong saya 100% untuk bergerak secepat ini, tapi saya sendiri yang nak. Saya tak nak terbaring je lama. Saya ada anak kecik lagi time ni, kesian sangat kat dia. Saya kuatkan semangat juga, tahan sakit tu sikit-sikit. Sampaikan suami terpaksa juga ikat perut belikan saya vivix. Allahuakbar tak tahu mcm mana nak gambarkan, vivix sangat membantu saya pulih sepenuhnya. Banyak perubahan, mudah nak turun katil, mudah nak bergerak ke sana ke mari, sakit pinggang pun dah takde. 

12/12/2013: Tongkat mula pakai on off. Alhamdulillah, seronok yang teramat sangat. Sebabnya saya dah rasa susahnya bergerak dengan tongkat, lambat sampai. Hahaha nampak macam gelojoh kan saya ni. Tapi tulah saya rasa disebabkan perasaan saya yang tak sabar ni lah saya rasa saya dapat berjalan semula tanpa tongkat dan wheelchair. 

20/04/2014: Check up rutin di hospital, doktor terkejut saya boleh berjalan dan berdiri tanpa tongkat. Walaupun masih slow pergerakan tapi BESAR perubahannya. Doktor pun terkejut sangat-sangat sebab tulang dah bersambung sepenuhnya. Alhamdulillah cukup2 6 bulan, saya berjalan macam orang biasa tanpa tongkat cuma masih berhati2 dalam mengatur langkah. Doktor yang cek pun bukan doktor biasa tapi pakar tulang, Dr Mujahid (bukan pakar yang tengking tadi tu ye, ni pakar baikkk..hehe). Dia terkejut saya boleh berjalan dan terkejut kaki kiri lebih hampir 2cm. Hihihi, ini makan suplemen apa pun memang tak boleh bagi sama panjang semula, bagi sihat pun dah cukup. (haha saya gurau je ye).

Sepanjang tempoh 6 bulan ini, saya makan banyak sangat suplemen, add on dari biasa. 

  • Esp
  • zinc
  • vit c 
  • vitalea
  • b complex
  • alfalfa
  • lecithin
  • ostematrix
  • ajht
  • omega
  • vivix

Semua ni saya makan. Saya ikhtiar untuk kesihatan saya dengan izin Allah. Berurut pun saya pegi, apa sahaja yang orang kata bagus untuk orang yang patah kaki ni, semua saya buat tapi takde lah sampai yang boleh memesongkan akidah. Allahuakbar.

Terima kasih Allah
Terima kasih mak abah, adik beradik, mertua, ipar duai,
Terima kasih suami, anak2
Terima kasih Miera yang sanggup datang jaga hari2 kat hospital
Terima kasih kawan2 yang mendoakan. 

Kini dah setahun 4 bulan selepas kemalangan, Alhamdulillah saya menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Tiada cacat cela di mata suami dan anak2. Bibir yang jahit pun takde tinggalkan kesan. Parut di peha dan pinggul pun tak hitam. Alhamdulillah.

Hana 0127350070 - Sr Supervisor Jan 2015
SID: 866186

No comments:

Post a Comment