Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika - Abby Misaha

Berikut saya kongsikan kisah cucu saya.. anakdidik Master Nur Laila..dari KK.. kisah Puan Abby Misaha. 7 bulan dalam Shaklee dah pun berjaya mendapat title SrCo dan income dlm Shaklee mencecah 5 angka... ni Bakal Master dari Sabah..hhi.. JOm baca kisah beliau... suka duka beliau sebelum menjejakkan kaki menjadi master ..lagi 3step..
Baca, selami & ambil pengajaran.
__________________________________
Saya tak berani declare cerita ini adalah success story saya, sebab perjalanan saya belum sampai ke destinasinya. Mungkin agak panjang, tapi saya harap dapat beri inspirasi buat semua.
Saya mula mengenali Shaklee pada Oktober 2012, masa tu lagi seminggu dua nak bersalin. Google kat Internet berkenaan set breastfeeding dan terus consume ESP. Sepanjang cuti berpantang, husband dah mula bagi hint tak mau hantar baby ke nurseri, dia nak saya jaga Aysha sepenuh masa. Fulltime housewife memang impian saya tapi... saya tak yakin saya boleh survive jadi surirumah sepenuh masa, 24jam melayan anak. Saya kata kat husband, ok saya akan resign bila saya jumpa peluang bisnes yang baik.
Selepas saya buat statement begitu, peluang bisnes muncul depan mata. Bukan 1 malah ada 3 pilihan!! Alhamdulillah.. Februari 2013, Allah bukakan pintu hati untuk buat bisnes Shaklee.
Saya contact schoolmate saya, Pija. Memula risik-risik ja dulu, berapa bonus bulanan dia dapat? Dia kata, 4 angka. Woowww!! Saya terus buat keputusan nak register bawah Pija.
Bulan pertama, saya target 2000uv. Masa tu, product knowledge langsung tiada. Masih malu nak buat sharing di FB. Tapi, saya betul-betul nekad mahu membuktikan bahawa bisnes ni boleh bagi saya income 4 angka. Sebab tu saya tak pandang 150uv atau 300uv atau 600uv atau 1200uv.
Masa tu umur baby baru 3 bulan lebih. Waktu malam saja saya dapat pegang laptop, saya baca semua tips yang ada dalam group Jutawan. Saya buat semua list dalam Master Checklist. Stay up sampai pukul 3 pagi untuk buat poster-poster iklan, update blog dan sebagainya. Setiap hari saya akan buat sharing di FB pada jam 8am, 12noon dan 4pm, setiap hari tidak pernah miss.
Bulan pertama, ramai kawan-kawan kenalan sahaja yang order Shaklee. Jadi, saya buat penghantaran bersama anak-anak saya. Saya sebenarnya tidak expert memandu, sebelum tu saya hanya berani driving dari rumah ke tempat kerja saja. Tapi, demi 2000uv, saya beranikan diri dengan hanya berpandukan GPS Waze, saya boleh sampai ke tempat-tempat yang asing bagi saya.
Alhamdulillah.. Usaha saya tidak sia-sia. Closing Feb saya dapat kumpul 2070uv. Masa tu dah ada dua orang downline yang ambik Shaklee untuk kegunaan sendiri saja, belum aktif bisnes. Terbukti bisnes ni sememangnya mampu bagi saya income 4 angka, saya terus draf surat perletakan jawatan sebagai Pegawai IT di UMS.
Then ada yang tanya.. Macamana boleh buat keputusan untuk resign? Belajar sampai degree, sudah pernah rasa kerja di swasta, dan sungguh bertuah dapat kerja kerajaan... Tak rasa sayang kah?...
Ya. Memang saya sayang nak tinggalkan kerja makan gaji. Di UMS, saya incharge 8 buah online systems, there are like my babies. Memang rasa berat untuk tinggalkan.. Saya istikharah, fikir panjang. Husband mau saya resign, fokus jaga anak-anak saja. Mamy saya pun setuju, mentua pun tidak halang. So.. Saya tiada lagi alasan kukuh untuk terus bekerja. Memang rasa berat hati sangat..
Bila saya dah hantar surat resign, saya rasa seperti baby yang terlepas dari tangan ibunya. Takut... Seriously!! Tapi saya pendamkan saja ketakutan itu, saya ganti dengan keazaman untuk serius dengan Shaklee. Dan semangat itu lah yang membawa saya ke bulan kedua bersama Shaklee.
Bulan kedua, Mac 2013, saya target 2000uv ke atas, tidak mau turun. Tapi, bulan itu Sabah diceroboh Sulu. Awal-awal bulan bisnes tak berapa lancar. Saya panic, tak tau apa lagi nak buat untuk cari customer, sebab bulan lepas dah buat semuanya. Tapi, saya keep on sharing di FB. Update blog. Buat-buat cool, padahal dalam hati risau sangat kalau performance menurun.
Husband ajak dinner di sebuah restoran japanese semata-mata mau menghiburkan hati saya. Sedang makan-makan tu, tetiba salah sorang waitress berminat nak beli produk Shaklee dari saya. Masa tu baru teringat rupa-rupanya waitress ni ada dalam friendlist FB saya. Waaa.. Seronoknya!! Baru saya sedar, rupanya customer saya bukan saja di FB, malah ada di mana-mana.
Bulan Mac juga saya mula buat order melalui emel, pos ke semenanjung dan sarawak. Maknanya semakin ramai customer jumpa blog saya. Saya semakin busy!! Masa 24jam tu rasa macam tak cukup. Buat COD sana sini dengan anak-anak, memang betul-betul mencabar, sampai ke hari ni saya dah biasa. Kadang-kadang sambil driving, sambil breastfeeding, nasib baik keta auto. Hihi.. Closing Mac saya dapat 3008uv, naik rank Supervisor. Alhamdulillah.. Masa tu saya ada 4 orang downline baru yang beli Shaklee untuk sendiri sahaja. Hanya sorang yang berjaya buat sale sikit.
Kisah saya ni mungkin tidak lah menyayat hati sangat. Tapi, bila mamy saya tengok keadaan saya di rumah, tak berhenti bergerak ke sana sini, sekejap layan anak, sekejap layan kerja rumah, sekejap layan phone, sekejap lagi start enjin kereta... Dia geleng kepala. Dan saya pun tak sangka.. saya sanggup lalui semua ni, sedangkan sebelum ni saya sudah ada kerja tetap, duduk di ofis yang ber-aircon, tekan-tekan keyboard saja, hujung bulan confirm gaji masuk 3K++. Bisnes Shaklee memang luar biasa.. Berjaya menolak saya dari zon selesa.
Bulan ketiga 3403uv, bulan keempat 5134uv, bulan kelima 7900++uv, naik rank Senior Supervisor. Bulan keenam saya mula buka mini stokis di rumah untuk bantu anak-anak downline, dorang semakin aktif dan saya dah ada cucu dan cicit seluruh Malaysia, dapat lah kumpul 15000++uv, naik rank Coordinator. Dan yang terbaru ni bulan ketujuh, Senior Coordinator, rasa nak pengsan tengok bonus mencecah 10K. Alhamdulillah... Sujud syukur.. Bergenang airmata.. Rasa nak peluk semua upline downline masa tu juga.. Mereka dah seramai 70++ orang.
Alhamdulillah.. Saya percaya rezki itu hanya dari Allah. Saya tidak pernah paksa customer beli barang, saya tak pernah tag sesiapa dalam iklan-iklan saya di FB.. dan downline-downline saya dorang sendiri yang approach saya. Bak kata Master Cery, bergantung harap sepenuhnya kepada Allah. Itu lah yang saya buat. Yang penting saya dah usaha sebaik mungkin.
Cabaran saya sama macam orang lain juga, kadang-kadang penat balas emel/ pm customer tapi tak jadi order. Ada yang order tapi tak jadi ambik. Saya fikir positif saja, kalau dia tak jadi ambik bulan ni, mungkin bulan depan. Rasa down bila kawan kita order dari orang lain.. tapi, cepat-cepat fikir positif lagi. Bukan dia sorang jer potential customer kan? Rakyat Malaysia berjuta-juta lagi di luar sana. So, move on..
Anak masih kecil juga suatu cabaran buat saya. Orang kata seolah-olah anak saya ni membesar dalam kereta. Huhu.. Setakat ni saya tak pernah lepaskan peluang untuk hadir Training Shaklee, dan begitu juga Aysha. Di mana saya, di situ lah Aysha.
Rahsia saya hanyalah target yang jelas dan yakin!! Bila target kita jelas, kita akan nampak jalannya, apa yang perlu dibuat? Berapa uv yang perlu? Berapa downline? Bila nak naik Supervisor? Bila nak Coordinator? Bila nak Master? Siapa potential customer? Siapa potential downline? Dan sebagainya.. TULIS! Tulis angka-angka itu, tulis nama-nama mereka. Review setiap hari. Monitor.. Visualize.. Action. Yakin setiap masa. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh kan? Push yourself!! Challenge yourself!! Jangan tunggu upline suap. Be indepedent!! That's all..
Mungkin ada yang bagi alasan.. Saya boleh buat sebab saya fulltime housewife. Ya.. Memang tidak dinafikan, kita boleh pergi lebih cepat kalau buat Shaklee secara fulltime, tapi cabarannya tetap ada. Saya mula bisnes Shaklee sejak Aysha berumur 3 bulan lebih sampai sekarang, dia masih perlukan perhatian lebih. Kalau ikutkan hati, memang saya tak sempat nak COD ke sana sini, Aysha mau melekat saja. Pegang laptop pun susah, kena tunggu tengah malam. Dan sejak tiga bulan lepas dady saya yang tidak berapa sihat pun tinggal dengan saya. Saya perlu sediakan semua keperluan anak dan suami termasuk lah dady saya. Bukan mau mengeluh tapi itu lah yang saya lalui. Rasanya semua orang pun tau, kerja sebagai surirumah is 24hour, non-stop. Ditambah lagi dengan bisnes Shaklee.. Tuhan saja lah yang tau.. Memang tiada rehat. Keperluan sendiri pun selalu terabai. Tengok tv? Huhu... Masa duduk-duduk menyusukan Aysha, masa tu jer lah saya sempat jeling sikit apa yang sedang ditonton oleh danieL atau abah dia, itu pun kalau tak terlelap seminit dua.
Tough!! But I like it. Rasa happy yang luar biasa bila dapat testimoni baik dari customer/ downline. Rasa happy dapat bantu lebih ramai orang. Jom sama-sama kita usaha untuk ke puncak kejayaan, never give up, always be positive.. Orang tak mau Shaklee, kita tak rugi, mereka lah yang sebenarnya rugi. Wish you all the best!!
Ikhlas,
Laurah Misaha
-------------------------
JANGAN TAG2 ANAK2..kisah ini bukan utk anda TAG anak cucu anda.. kalo nak gi copy tag kat umah sndiri
JANGAN SEMUA GI PM ANYA LAURA apa rahsia..apa tips..dia dah tulis semua dah kat atas tu.. BACA >>APLLY.. DONT THINK TOO MUCH..
Thanks for sharing dear.and thanks Master Laila atas kelahiran anak didik hebat... saya sangat kagum.. kenapa kerana semangat juang Laura SANGAT BESARR...cabaran beliau pun BESARR.. orgnya comel sahaja..hihi... kalau beliau boleh ..7bulan dah cecah 5 angka..dah jd SrCo.. ANDA PULA BAGAIMANA>. masih sibuk memikirkan alasan?.. masih sibuk mengeluh2.. merungut. bersedih 24jam... ingat ye.. dikala anda sibuk mengeluh..merungut...fikir too much.. ada ramai lagi insan seperti Laura yg TERUS BERJUANG DAN BERJUANG.... berhenti memberi alasan.. tapi tanya diri BANYAK MANA UOLL DAH USAHA..all the best for SEPTEMBER.. ada lagi 12HARI... anything is possible if you have FAITH...
-----
cery si kelip2
anyone can be a millionaire

No comments:

Post a Comment