Monday, December 1, 2014

Cerita Magika Pn Lydzar

Agak panjang cerita ni.. tapi apa kata baca ala2 bedtime stories..ambil mana2 yg baik utk kita INJECT DIRI kita dgn serum2 positif dari kisah kejayaan org lain..berikut kisah Pn Lydzar yg baru bergelar Coordinator.. beliau cucu saya.. anak kepada Master Lyna... OKey jom baca kisah suka duka...
_______________________
"Sedikit perkongsian kisah saya bermula dan menapak dari satu ke satu step sehingga Oktober lepas, berjaya naik tahta Coordinator. Seronoknya bukan kepalang sebab saya target dari bulan Ogos untuk naik, fuhh Oktober baru dapat!
TQ so much pada promosi ESP.
Promosi ESP tahun lepas saya masih dalam fasa merangkak. Ya Allah susahnya nk jual ESP yang harga beratus nih. Mungkin sebab masa tu saya sendiri pon masih menganggap ESP terlalu mahal untuk dimiliki dan hampir mustahil nk beli dan minum something semahal ini. Saya sendiri tak pernah minum lagi ESP masa tu. So saya memang takut dan ragu nk buat promotion benda yg saya tak amalkan..Saya tak makan, macammana saya nk ceritakan kt orang kesannya, kan?

I blocked my own mind kan. Haa dapat la habuannya, promosi lepas saya Cuma jual 2 canister sahaja.
Tp bulan Oktober 2012 memang mencatat sejarahnya sendiri. Apa yg saya rekod, ada 82 ESP tercatat dalam buku jualan saya!! Alhamdulillah, rekod besar tu. Berganda ganda improvementnya. Tp masih tak capai target jual 100canister kan. Insya Allah promo tahun depan saya score lagi J
Ok, saya cerita bagaimana saya bermula. Yess it start with desperation. Lahir anak ketiga membuatkan otak saya ligat fikir mana nk carik tambahan wang utk tampung yuran taska/tadika anak-anak. Hasil survey saya utk 3 anak, kosnya mencecah rm800. Fuhh 2x ganda kos taska utk 2 anak. Masa 2 anak pun, balance gaji saya hanya dalam rm400 lepas tolak itu ini utk bertahan sehingga next gaji. Pening mak! Yup selama ni hidup cara sederhana, Alhamdulillah saya pon bukan jenis suka sgt shopping dan sebagainya. Tp bila memikirkan balance rm400 ni nk gunakan utk bayar yuran anak ketiga, apa pulak yang tinggal?
Waktu dalam pantang, distributor saya Master Lyna Noh, previously saya beli Set B dengan dia masa breastfeed kan anak kedua, ada tinggalkan komen di wall :
“nak tak free Shaklee Membership? ” She touched me and go 
Saya Tanya bagaimana, dia dok diam je. Haha..tp memang ini lah detik mula saya terfikir utk sign up as member dan cuba cuba carik pendapatan sampingan. Saya minta izin suami, dia angguk je walaupun tak berapa faham apa yg saya cuba lakukan. Berbekalkan duit gaji yang tak digunakan masa dalam pantang, saya sign up dengan purchase worth rm650++. Master Lyna bagi saya beberapa jenis vitamin dan juga ‘starter kit’ for trial pack. Bermula lah alkisah saya sebagai Shaklee Independent Distributor.
I just go with the flow. Apa yang Master Lyna bagitau, saya buat. Blog, promotion di FB, Fanpage. 2 minggu bersengkang mata carik theme, carik template, mekap mekap blog, dan juga proses copy-paste-credit untuk entry entry dalam blog tu. Sampai terlungkup kepala ni punya la mengantuk nk siapkan satu demi satu entry.
Sumber info saya baca blog otai-otai, baca discussion di group Euphoria (awal-awal dulu la..skg ni dh ada supermaveles group keloaan nanny dan mommy ku), baca link tentang vitamin yang rakan-rakan group bagi. Dan promosi pertama utk kawan-kawan yang sama-sama breastfeed kan anak. Alhamdulillah, mendapat sambutan juga. Bila ex-schoolmate tau saya dh start menjual Shaklee, dorang beli trialpack dengan saya. Alhamdulillah, terima kasih atas sokong teman-teman. Dan salah sorang schoolmate, merangkap customer dan juga anak pertama saya Fara Fadzil. Terima kasih kerana menyokong saya J
First month total UV saya tak ingat. Tp bonus pertama yang masuk ke akaun saya adalah RM500. Sungguh gembira tengok angka ni dalam akaun. Wahh!! Memberangsangkan. Ingatkan bonus dalam seratus dua je. Makin semangat nk teruskan bisnes ni.
Bulan kedua sampai bulan ke enam, performance (in term of UV) saya turun naik. Sayangnya saya tak care berapa uv saya. Tak tau nk kira sebenarnya, so benda uv ni tak jadi my priority. Customer pon hanya ada 10-15 orang je setiap bulan. Lebih banyak yang ambil trial pack je.. tp saya masih bersyukur kerana sejak buat bisnes ni saya tak pernah kekeringan duit. Seminggu masuk rm80-200 cash melalui jualan trialpack tu pon memang dh rahmat besar sangat.
Saya takde target, main jalan je. Kalau ada, ada lah. Kalau takdek, pening kepala hehe. Sampai satu bulan tu, saya rasa mcm dh banyak sale saya buat, tapi bila cek bonus, saya hanya dapat rm200++ je. Sentap ok masa tu. Hihi.
Lepas tu terpikir, tak boleh jadi ni. Sepatutnya setiap bulan saya boleh dpt rm500 keatas, bukan hanya rm200.. Saya tak perasan bila, tp dalam masa saya melangkah masuk ke bulan seterusnya, Master Cery masukkan saya ke group Jutawan. Meriah sungguh mereka kt group ni. Saya belek satu persatu dokumen dalam group ni, then ternampak lah dokumen dan logbook pasal target. Baru saya tersentak, owhhh aku tak pernah ada buku ni!
Sebelum saya mula beli buku log saya, saya tuliskan target harian saya masa tu pada sticky note dan tepek dekat laptop saya...nk dapat sale sebanyak rm700 setiap hari. Next 2 week after that, masa tengah musim lepas gaji, hampir setiap hari saya dpt sale rm200-rm700.. ALHAMDULILLAH. The power of target. 
Dan lagi satu perkara penting, sokongan suami. Saya tau dia memang masih blur dgn apa yg saya buat. Yang dia tau, saya pack and pos vitamin. Cara saya market and promo malah info pasal vitamin dia tak tau. Banyak kali saya mengadu, saya tak cukup modal nk buat banyak stok trial pack, saya mengadu saya byk buang masa kt pej pos Kota Damansara ni. Dia kesian. Alhamdulillah dia mula hulurkan tangan ringankan beban saya, dia willing beratur dekat pej pos Uitm Shah Alam, kerja mengepos kini bertukar tangan. Dan rezkinya juga saya tumpang..dia dpt duit KWSP selepas konfem jawatan, jadi dia laburkan sedikit duit melalui pelaburan emas dan serahkan pada saya utk dirolling-rolling kan. TQ sangat-sangat kepada suami.
Effective Supervisor :
Feb 2012, masa ni tengah promo Mealshake. Saya ambil langkah proaktif. Offer diri utk jadi kepala utk sharing beli Mealshake dalam group Ladyboss tu. Ambil tanggungjawab dan menjadi komited dengan bisnes ni. Seronoknya bila bawak balik bercanister Mealshake. Wrap dan poskan. Saya bayangkan saya tengah pos order yang banyak utk para customer saya, walhal Mealshake tu utk adik beradik Ladyboss. Saya takde dpt apa-apa upah pon. Malah terpaksa bayar lebihan kos sebab pos Mealshake tu lebih rm6..saya mintak kt dorang rm6 je. Huhu takpe lah sedekah. Teknik visualising disini juga berkesan. Syukur.
Minggu terakhir Feb, anak saya Hilda Marissa dijangkiti bronkitis pulak. Warded 3 malam, dan saya stranded di DEMC. Waktu ni memang saya tak declare pon lokasi saya kt mana. Saya tak nak customer tau saya kesusahan dan berada di hospital. Promo FB dan blog tetap on. dan order menderu-deru masuk. Ah sudah, order banyak tp cemana nk pegi pos ni. Saya bagi dorang alasan utk pos hari hilda discaj sebab tak sempat nk keluar. Once Hilda discaj, balik kerumah dan bersungguh2 saya wrap dan tinggalkan Hilda yang tengah tidur dengan suami utk ke pejabat pos. Setel urusan pos, memang sangat lega. Sebab dah setel. Tapi masa ni saya tak dpt pon nak call Shaklee nk tau UV dan closing bagai. Saya malas nk pikir yang uv dan bonus, asalkan order yang saya dapat tu dah setel..saya lega.. tak sangka esoknya Master Lyna bagitau saya, saya dpt lengkapkan uv saya utk jadi efektif supervisor. Bermula lah detik saya jd Supervisor dengan jayanya. Hehe!
Alhamdulillah,
Senior Supervisor : Jun 2012. By June sebenarnya anak-anak saya memang dah ramai. Tapi saya belum ada leadership skill lagi. Saya tak tau apa nk buat dgn dorang ni. Bila Master Lyna masukkan saya dalam group Project Coordinator dia..lagi sekali sentap. Mak aiii..aku baru je dpt efektif dah suruh jadi coordinator ke?? Haha rasa tak keruan, tp rasa tak mustahil. Then dpt lagi satu lampu kesedaran, utk lebih maju kedepan. Dari Supervisor, cari ruang untuk naik ke Senior Supervisor plak. Saya perhatikan anak-anak saya. Masa ni yang paling aktif adalah Maznifaeza. Dan saya pilih dia untuk saya follow up secara rapat. Alhamdulillah, Jun 12..prestasi seorang anak saya agak cemerlang. Berkat kerjasama dan teamwork, follow up dan bagi kata-kata semangat pada anak-anak, saya berjaya break seorang Supervisor. Sejak itu setiap bulan, saya break seorang anak. Dan target saya lepas ni nak break 1 atau 2 Supervisor setiap bulan. Saya yang baru baru belajar jd leader ni memang seronok la tengok semangat anak2 sama naik.
Coordinator: Dari Ogos lagi saya cuba sahut cabaran mak saya untuk naik Coordinator. Dan promosi ESP memang rahmat. kt group Jutawan dan Ladyboss cabar jual 100 canister. Tp saya hanya cabar anak2 saya dpt jual 50 je. Huh tak mencabar langsungkan!! Layannnn..anak-anak pon nmpk bersemangat dengan promo ESP ni.
Memang saya dh set target, bulan oktober saya mesti dapat naik Coordinator dengan 3 point. Tak kesah la promo apa pon. Then pada 15hb saya dapat tengok GE saya. Saya analisa dan list kan anak-anak yang bakal jd perhatian saya. Promosi ESP memang buat beberapa anak saya melonjak salenya. Wah rasa-rasa macam bukan 3 point boleh dapat ni, tp 5 point! 2-3hari sebelum closing, base saya utk genggam Coordinator dah lepas, saya cuba stretch juga utk break lagi 2 orang Supervisor . Ya Allah, saya nk sangat lagi 2 point ni sebab saya memang rasa saya akan dapat. Dalam masa 2 hari tu takhenti saya berdoa dan berharap agar saya dpt apa yang saya mahukan.
Hari closing yang sangat mengujakan. Saya ambil half day leave. 1/2 day penghabisan annual leave saya tahun ni. Excited punya pasal, sanggup perabis cuti semata2 nk closing. Hihi. Saya ke HQ, print GE. Lama jugak tekan2 kalkulator, tenung-tenung GE saya. Then pegi tambah stok nk tambah UV sendiri. Sebab saya masih percaya saya akan dpt point kelima. Tekan lagi kalkulator, ahhh tak cukup pulak. Hampir jam 5.30pm, saya balik. Tp saya belum submit lagi borang transfer uv dan closing saya. Saya masih percaya saya akan dpt point kelima. Balik rumah, keluar makan celebrate birthday hasben tanpa memikirkan lagi mcm mana nk dpt point kelima tu. . Esoknya, dekat opis. Saya salin balik borang closing mana yang salah mana yang betul. Tekan calculator lagi. Kontek master Lyna dan Master Cery macam mana nk buat. Dan akhirnya cukup!!! Alhamdulillah, saya senyum dalam tangis sambil tekan butang Send hantar email closing ke Idawati. Alhamdulillah. Lega. Happy. Membara. Terkejut. Semua ada.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah kisah hari pertama saya mendaftar sehinggalah hari ni mula merasa kejayaan demi kejayaan.
Apa yg saya dapat simpulkan, TARGET adalah paling utama dalam apa juga yg kita buat. Kita kena tau apa yg kita nak. Kita nk bonus rm200 ke, rm2000 ke. Nk uv 300 atau uv 3000. Target yang akan memandu kita mendapatkan apa yang kita mahu. dan jgn lupa, jadikan Allah sebagai business partner anda. mohon bersungguh-sungguh. Nyatakan dengan detail apa yang anda mahu. Amalan rohani perlu dijaga. dan elemen terpenting utk bisnes online kita ni adalah sharing dan promotion. Jangan malas malas update blog atau fb ye.
Terima kasih pada Master Cery dan Master lyna yang banyak tunjuk jalan..Untuk anak-anak saya, saya mahu kalian pun berjaya bersama-sama. Akan saya pastikan mereka juga mengecapi impian dan harapan mereka. Insya Allah.
____________
Thanks Lydzar Rusman for the great stori.. kepada yg lain.. ada 3hari berbaki utk berjuang.. THERE CAN BE MIRACLE WHEN YOU BELIEVE.. percayalah... hanya anda yg dapat membuang jauh2 rasa takut dan was2 tu.. bukan org lain... Dan mlm ni adalah malam tahajud cinta..tahajud cinta ni salah satu rahsia terbesar murah rezeki. leh tgk kat link photos tipsnya.. semoga esok akan BANJIRRRR dgn order utk semua warga Jutawan
yg benar
MamaFaiz si Kelip2

No comments:

Post a Comment