Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika - Master Yani

[success story master yani]
thanks yani for sharing...nnt claim hadiah amsterdam yer..haha
. jemputlah baca yerr semua oranggg
-------
RAHSIA KEJAYAAN MASTER YANI
~24-12-13-jam 1 pagi-Hospital Sultanah Nur Zahirah~
Malam(pagi) ni bersiaran dari kamar hospital menjaga emak Yani yang baru sudah menjalani operation Apendix..alhamdulillah keadaan mak makin ok..tenang dan damai je malam ni..dengan angin sepoi-sepoi dari Laut China Selatan..terasa nak mencoret sambungan kisah Yani suatu masa dulu..lama dah nak tulis tapi biasa laaaaa(tak nak listkan sebab tak suka nak sebarkan aura negatif ahahaha) hanya berbekalkan application notes di telefon pon boleh...dari dulu Yani cakap pada team...tak perlu bagi alasan takde komputer..dari awal Yani join Shaklee sampai lah sekarang pon hanya telefon ini medium untuk Yani berbisnes...jangan letakkan alasan tapi ambik sebanyak mana PELUANG dari setiap perkara
Kisah dari Yani mendaki setangga ke setangga menuju ke rank MASTER COORDINATOR..kalau dulu cerita Yani terhenti pada impian Yani nak capai 5 angka dalam masa 5 bulan join Shaklee yang sebenarnya bila dikira balik hanya ambil masa 4 bulan sahaja Alhamdulillah Allah memberi rezeki lebih awal pada Yani...dah capai bonus car pada bulan ke-3 join..5 angka pada bulan ke-5 join dan Master pada bulan ke-8 join bukan lah satu benda yang perlu dibanggakan...ia sekadar menjadi BUKTI pada anda semua bahawa benarlah kata orang MENTOR merupakan short cut untuk kita mencapai kejayaan...mereka dah lalui semua tu..perit jerih 7 gunung air mata..7 gunung kesabaran..dan mereka sentiasa NAK berkongsi apa yang perlu anda buat dan apa yang anda TIDAK perlu buat..buat apa kita masih ragu-ragu dan mengulangi kesilapan yang sama...kan dah buang masa..pada Yani setiap apa yang Kak Zura share adalah benda yang sangat BERNILAI kerana Yani tao semua itu bukanlah rekaan semata TETAPI semua itu adalah pengalaman beliau dalam membesarkan empayarnya
Antara FAKTOR yang mendorong Yani untuk berjaya adalah:
1) JADI KATAK PEKAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari awal Yani join..Yani nekad nak buat sampai berjaya...nekad Yani tu sampaikan apa sahaja halangan yang datang jadikan kita sebagai KATAK PEKAK
hari pertama stater kit sampai ke ofis..HR dah sound "dulu adik big boss kita buat Shaklee ni la..sampai lupa pada keluarga dan kerja" fuuuh makan dalam beb!!Yani tao dia nak sound indirectly so senyum jela
Ada pulak antara kawan ofis cakap "aku tak boleh la join bisnes ni..kawan-kawan aku bukan jenis makan supplement..nak jual pada sape?"
"Rugi la beli dengan Yani..takleh nak claim dengan ofis.."siap ada yang ambik snap time Yani COD barang pada customer di kedai makan...post di group whatssap "syok sangat bisnes tu..sampai akwan lalu pon tak sedar"
Yani senyum je..masa tu dari awal lagi nekad aku taknak fokus pon pada budak ofis...so layankan aje...yup boleh dikatakan majoriti budak ofis consume Shaklee dan kami beli di klinik untuk claim atas bill kesihatan..termasuk lah Yani suatu masa dulu...
Kak Cery pernah cakap kalau nak buktikan sesuatu pada manusia...buktikan dengan KEJAYAAN..tak guna nak meroyan dan sentap..so kat sini semuanya terbukti bila setiap hari sekotak demi sekotak barang Shaklee sampai ke ofis...sampaikan kawan-kawan pelik ramai orang beli Shaklee eh?padahal dah ramai sangat dah yang jual Shaklee...lagi 'terbakar' bila bonus pertama Yani 4 angka...haaa masa tu baru lah buntang mata semua..sorang demi sorang mula meng'ofer'kan diri untuk join Shaklee dan sekarang majoriti dari mereka customer dan juga team YMS...tak pernah Yani paksa tak pernah Yani promote...apa yang buat mereka terpukau sampai lupakan claim dengan klinik tu??tak lain tak bukan kerana KEJAYAAN...Alhamdulillah Yani mampu membantu sorang demi sorang kawan ofis untuk menjana pendapatan...
2) KELUAR DARI COMFORT ZONE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
owh sangat SELLFISH bila ingatkan balik..sampaikan kawan-kawan tanye pasal Shaklee Yani jawab pegi la tanye pada penjual...Yani xtao pape..malas nak ambik tao dan share kesan yang Yani rasa...siap bagi nama Kak Zura if ada yang berminat nak beli Shaklee..langsung tak nampak peluang untuk menjana income..konon selesa sangat la dengan income masa tu kan??padahal tak sampai hujung bulan dah korek tabung...pernah je makan bihun time lunch hour sebungkus kongsi dengan suami...nak beli nasi tak mampu dah...tapi takpe semua tu proses untuk mematangkan fikiran dan membuka mata ini "kenapa perlu keluar dari comfort zone"
Satu lagi benda yang paling terasa adalah setiap kali nak menderma...jujur Yani cakap setiap kali ada tabung-tabung derma yang hadir note RM 5/10 je yang mampu dihulukan..terasa malu pada diri sendiri...tapi sebab MALU tu Yani ubah...sekarang alhamdulillah Yani terasa puas setiap kali menderma..
3) PUSH FACTOR
Dalam bisnes ini..kita perlu ada push factor...kerana dengan push factor ini membuatkan kita kuat dan teguh dalam bisnes...Abah merupakan PUSH FACTOR paling kuat untuk Yani dalam bisnes ini...dulu Yani malu pada Abah sebab tak mampu nak tolong dia seperti mana dia besarkan Yani tanpa pernah memberi alasan tiada duit setiap kali diminta...tapi bila Yani bekerja Yani tak mampu balas semua tu...dan masa tu buat Yani terfikir sampai bila aku nak teruskan hidup macam ni?asyik tak mampu je...malu dowhhh..kata nak jadi anak solehah kan?? Memang kata orang duit bukan segalanya tapi dunia sekarang SEGALANYA memerlukan duit..tambah lagi Abah masih menyara adik-adik bersekolah hanya berbekalkan duit EPF yang makin lama makin 'kurus' disondol..sebulan sebelum Abah meninggal dia dah ofer siapa nak sambung bayar kereta yang dia guna..or else dia akan jual..Subhanallah lagi la membuat Yani tersepit..masa tu Yani dah mampu nak bayar tapi Yani pon ada kereta impian sendiri kan?tapi Yani jawab Yani sanggup bayar...alhamdulillah sampai sekarang kereta tu masih lagi mampu Yani bayar dan merupakan salah satu kenangan dari Abah..sampai sekarang Hadif masih panggil tu kereta Tuki ��
Alhamdulillah jugak Abah sempat naik sekali kereta baru Yani..memang rezeki Yani dapat kereta hanya beberapa hari sebelum Abah meninggal...Abah sempat merasa income Yani..sentiasa tersenyum dengan cerita kejayaan Yani setiap bulan malah sempat Abah telek wajah Yani di Shaklee Today...majalah tu sampai pada hari pertama abah warded.. Abah happy bila Yani niatkan duit bonus Shaklee untuk bawak beliau ke tanah suci Mekah...walaupun tak sempat Abah rasa tapi niat itu sampai di hati beliau...tak pernah Yani tengok Abah gembira seperti itu..Abah selalu cerita alangkah bertuahnya Yani dapat kejayaan sesingkat ini..dulu macam-macam bisnes MLM yang Abah join semua tak menjadi(salah kan leader ye Abah hihi)
Syukur..syukur..syukur...Im do the best and Allah do the REST..tiada siapa duga dan tiada siapa sangka ajal maut seseorang...tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati Yani lebih awal untuk do SOMETHING for him
4) TUKAR ALASAN KEPADA PELUANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika difikirkan ALASAN Yani mampu bagi 1001 alasan tapi apa hasilnya?hanya sia-sia...kejayaan menanti mereka yang mempunyai 1001 IMPIAN dan USAHA...
Rasanya nak listkan semua alasan yang Yani ada sampai esok pon tak abes tulis..tapi antara 'dugaan' yang paling kuat Yani hadapi seperti yang ramai sedia maklum bila mendapat berita Abah kesayangan disahkan Kanser Usus tahap 4...dan meninggal sebulan kemudian...masa tu kalau nak fikir SEMANGAT macam dah dibawa pergi bersama Abah..longlai dan lesu...TAPI semua tu tak lama...Yani sentiasa fikir aku masih ada TEAM YMS untuk aku bimbing..aku masih ada keluarga untuk aku bantu..kenapa perlu berhenti??dan Yani buktikan semua ini pada bulan Abah meninggal Yani mampu naik rank Sr Key Coordinator dan sebulan selepas itu mendaki ke rank Master Coordinator..pada Yani apa pon alasan...misi perlu dihabiskan...malah Yani makin bersemangat nak buktikan pada team tiada alasan kalau anda nak BERJAYA...sentiasa fikirkan peluang !!
Rasanya itu sahaja perkongsian Yani pada kali ini...nasihat Yani pada semua...
"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"
Macam mana masam busuk pon sesuatu perkara...buat je..redah sedaya mungkin...Alhamdulillah Insyallah KEMANISAN menanti anda
ALLAH berjanji..siapa berusaha dia yang BERJAYA..bukan janji Yani..bukan janji upline anda malah bukan janji kerajaan pon�� sentiasa ingat rezeki Allah tu Maha LUAS..yakin dan mintaklah apa sahaja...benar rezeki itu milik Allah tapi Allah jua mampu mengurang dan memberi lebih bergantung atas USAHA kita..Allahuallam��
Good Luck buat semua terutama geng YMS untuk closing December dan moga perjalan mendaki ke puncak MASTER COORDINATOR dipermudahkan oleh Allah..aminnnn
Salam Sayang,
Master Yani
"Sentiasa tukarkan alasan kepada PELUANG"
----
haa baca. hadamkan. dan make some action.. jangan bacaaa jeerrr tak buat ape. tak jadi gak ye...gudluck uoll
withlove
PM-C

No comments:

Post a Comment