Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika- puan Efie

[Success Story- Dari distributor ke Coordinator...dari zero ke hero..Srikandi KotaBharu]
Lama dh ye tak berkongsi kisah disini.. sebab ramai sangat busy mengarang.. jadi sy share mana yg ada je lah dulu..thanks Efie kerana beri izin utk sy berkongsi kisah anda....mari saya perkenalkan cucu saya puan Efie..dari KB.. 1st time jumpe di KB dulu.. saya tumpang bangga dengan kejayaan beliau dah menjadi coordinator.. nampak mudah tapi Tuhan je yg tahu cabran dan laluan beliau... daripda BUTA IT dah jadi heroin dlm biz online Shaklee
-------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim…
Saya bermula dengan Shaklee memang secara tak sengaja. Kalau orang lain bermula dengan set menyusu kebanyakannya, atau set hamil tapi bukan saya. Benar, saya pernah mengambil Shaklee masa lahirkan anak sulung saya, 4 tahun dulu. Masa tu beli dengan mak lyna la, sebab dia kawan saya kan. Tapi tak pernah pun teringin untuk join sama dalam Shaklee. Sekali je saya beli, tu pun cuma trial pack Set B. Lepas tu tak order dah pun. Heheh…
Kisah dengan Shaklee bermula 2 tahun lepas, seusia kedai maternity & breastfeeding saya, Mom 2 Moms. Masa tu memang dah agak kecoh2 la dengan set bf kan, jadi saya mengambil peluang itu untuk mengambil set BF untuk dijual di kedai saya. Masa tu tak tau pn Shaklee bukan sekadar set BF. Jadi saat itu segalanya bermula, Oktober 2011.
Namun, saya yang sememangnya sangat buta IT memang tak tau nak buat apa. Harap orang yang walk ini kedai jela. Berapa kerat je kan. Lama betul saya ambil masa. Sehinggalah Jun 2012, masa kak cery datang KB buat kelas, saya join kelas dia. Yang attend kelas tu ramai jugak yang dah supervisor, so saya memang terkebil2 la kan.
Dipendekkan cerita, lepas kelas pertama tu, saya baru rasa macam nampak jalan (the power of genuine human contact kan) . Padahal sebelum2 tu dah pun lyna bagitau secara general benda yg sama, tapi bila attend kelas, bertentang mata baru la nampak makin cerah. Hehe.. Jadi, kalo ada kelas kat mana2, join la. Aura dia memang lain macam.
Saya sebenarnya sangat buta IT. Saya tanya lyna, cmane nak buat blog, dia cuma cakap ‘senang je.. g kat blogger.com’. Oh apakah itu?? Saya buka blogger.com, tapi macam tikus tengok besi. Memang tak tau nak tekan apa. Hahaha teruk saya kan. Memang tak tau sungguh. FB pun saya baru je berjinak2 masa tu. Nak share pun tak reti lagi kot, apatah lagi nak create group ke create page ke memang haram laaa…
Saya nak tanya lyna lagi, apa yang saya nak buat kat blogger.com tu, tapi tak jadi. Sebab saya tau kalo saya tanya pun saya tak faham jugak. ‘Bahasa’ dia tinggi. Ya la, mungkin dia tak expect pn saya sebuta itu kan? Hehehe…
Jadi saya merisik2 dengan kawan2 yang celik sedkit daripada saya, kiranya tak buta la cuma rabun je.. Heheh… Ingat lagi masa dulu pernah kot tukar2 maklumat dengan Mai Md Saupi, Nasriah Ashikin Mat Nadzir n ada jugak saya tanya kawan saya yg bukan Shaklee. Saya boleh dikatakan macam bayi. Belajar satu2. Belajar mengiring, meniarap, merangkak, duduk seterusnya berjalan. Memang makan masa yang lama, tapi tiada ruginya kan selagi kita dalam proses pembelajaran.
Saya mula faham sedikit demi sedikit. Sehingga lah sekarang, saya masih lagi belajar. Blog saya masih tak sebagus otai lain macam Lydzar Rusman ke Wan Fatihanum ke even of course la blog mak lyna kan, tak secantik kawan2 yang kreatif yg lain macam Khadeejah Hasmad (dh la buta, tak kreatif pulak kan..huhu nasib nasib).. Kadang2 memang jeles dengan Deeja, dahla celik IT, kreatif, rajin belajar pulak tu.. Tapi saya tau, ilmu itu ada dimana dan untuk sesiapa sahaja. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri, sejauhmana kita berusaha untuk tingkatkan kemampuan diri kita. Sejauhmana kita paksa diri kita untuk keluar dari COMFORT ZONE kita. Kejayaan memang akan datang pada orang yang berusaha, percayalah.
Alhamdulillah, sekarang saya boleh berbangga, blog saya mula dikenali. Entry2 saya mula mendapat tempat di Google. Saya mula mendapat order melalui blog, bukan sahaja dari FB. Hasilnya sungguh manis 
Apapun, perjalanan saya masih jauh. Namun, saya tau SAYA BOLEH. Saya dahpun buktikan kemampuan saya, jika benar2 saya nak. Dari seorang yang BUTA IT, kini saya Coordinator dalam Shaklee. Alhamdulillah syukur pada Allah yang mengurniakan kefahaman minda pada ita… Permudahkanlah urusan kami semua ya Allah…
-------
KOMEN SAYA:
MORAL Of the story adalah.. SEMUA ORANG ADA peluang yg sama dalam Shaklee.. tak kira apa jua jawatan dan pekerjaan.. tak kira jantina.. tak kira.. semua tak kira tapi yg dikira adalah SEJAUH MANA DIRI SENDIIRI MAMPU MELAWAN RASA TAKUT .. RASA SELESA... ramai yg asyik memikirkan apa org lain ckp, fikir apa akan jadi kalau salah itu salah ini.. sedangkan KALAU tak mulakan langkah yg pertama. bagaimana nak belajar.. betul tak.. dlm bisnes ni. kita belajar dari PENGALAMAN.... ni bukan subjek mcm periksa PMR atau SPM.. takde skema jawapan... DLm bisnes ni.. u have TO DO IT.. make ACTION.. kalau baca sahaja semua tips yg mentor bagi.. baca berkali2 semua buku2 kejayaan, documen dlm file.. BACA sahaja tak jadi apa2 kalau tak BERGERAK.. jadi kenalilah apa push factor anda.. apa push factor yg boleh melawan rasa takut .. rasa takut semua org akan lalui.. NORMAL.. Kalau PUan Efie boleh.. kenapa anda tak boleh..JADI STOP BERI ALASAN.. but JUST DO IT..dari situ anda akan belajar macam2.. PENGALAMAN YG BERHARGA
SEMUA ORANG pun bermula dengan zero.. mcm baby.. dari baring mengiring meniarap merangkak berdiri berjalan berlari... insyaAllah..
Thanks Efie for sharing

No comments:

Post a Comment