Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika - Farina Al-Khareid

[Success story cik puan Farina Al-Khareid..cicit saya [farina-zura-laila-cery]
jom baca... beliau baru naik rank key.. dua langkah je lagi nak ke master coordinator... saya sangat berbangga dgn beliau... she's start from ZERO ye..malah ni baru je habis pantang.. ketika beliau pregnant pun masih KUAT buat shaklee...dgn ada anak kecil lagi.few times admitted lagi. haaaa. kerja fulltime lagi..sbb tu sae2 yg suke bagi alasan.. tapi tak bergerak.. mmg rugi laaa.. sbb beliau boleh. kenapa anda tak boleh... eh byk lagi laa... uoll baca sendiri.. takperlu lagi tanya dia apa TIPS.. just apply je....jom baca
-----
Salam Semua....saya dah bersedia nak share kisah saya yg tak seberapa ni. Harap dapat beri inspirasi kat sahabat2 yg saya syg dalam ni.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum to warga FMC yang sangat saya kasihi….
Sebenarnya saya nak tunggu saya naik Key Codi baru share kisah saya tetapi Zura minta saya tulis sebelum closing October ni. Bagi sesiapa yg kenal saya, family saya sederhana je, tak susah and tak la kaya. Gaji SIRIM pon not bad la jugak (walaupun it is considered low). Cuma saya ni duit cukup2 je tiap2 bulan sebab hutang banyak. Dah umur 30+ masih bergantung dengan parents and tinggal dengan diorg lagi. Nak beli apa2 pon berkira. Kalau nak kata beli rumah, gerenti bank tak approve sampai saya tak penah consider nak beli. Dalam pertengahan 2012 saya nekad untuk cari side income. SAYA INGIN UBAH HIDUP. Saya siap ada list business apa nak buat. Ofcourse MLM biz takde dalam list sbb saya tak minat cari orang and nak tebalkan muka jual2 produk.
Saya penah jugak jual tudung, tapi penat nak keep up with the trend. Dah la tak minat nak pakai tudung awning, so susah gak nak jual benda yg kita tak minat. Org akan tanya, kau dok recommend kat aku, naper kau tak pakai? Salah satu biz yg saya tulis dlm list ialah jual baby quilt yg kononye saya nak jahit sendiri. Padahal pegang mesin jahit pon tak penah!! Umi dan husband pernah ketawakan pasal ni…sbb diorg tahu, mesti hangat2 taik ayam kalau saya buat. They understand me better than I understand myself.
So kisah saya start terjebak mkn Shaklee mula bila susu badan tetiber merudum, so kalut nak tambah supply. Bila makan, Alhamdulillah susu banyak tetapi yang paling saya syok, anak saya tido lena smpai pagi. So saya pon dapat rest secukupnya. Itu yg saya rasa Shaklee ni best. Tak lama lepas tu, orang start tanya kenapa saya makin slim. Saya tak suspect Shaklee pon, sbb saya ingat saya penat jaga budak. Tapi bila org start komen muka saya makin cerah and glowing and tanya saya makan apa, saya pon cerita la…secara tak langsung saya share dari hati (masa ni belom tahu konsep ni). Kalau share dari hati, orang yg mendengar mesti tertarik nak cuba jugak….and people started to order….THATS WHEN MY SHAKLEE JOURNEY STARTED! Saya joined August 2012.
First bonus, 2 angka. Setengah org mungkin boring la kan dapat sikit. Saya lak pikir, sapa nak kasi duit ni. SYUKUR SGT! Kalau dok diam, tak dapat la. Bulan tu jugak, Zura ajar saya mcm mana nak set target and RCA also zikir2. Sambil tu, saya selalu PM dia and tanya mcm2. Nasib baik dia nak layan saya walaupun dia cakap saya byk soklan yg bg dia pening. Lagi dia jawab, lagi bersemangat saya rasa. So bila saya set target that month ikut 6 step tu, saya achieved double. Bulan berikutnya, target saya dapat double lagi. Saya ikut apa dia cakap (with plenty of questions ofcourse). Masa tu, hari2 tido pasal produk, 2-3 pagi baca, pasang strategi, bungkus order and trial packs. Setiap kali pos, saya doa org yg makan tu makin sihat. Saya follow apa zura ckp…..always stay positive. Bila memberi, jgn expect anything in return.
October 2012, promo ESP saya naik Supervisor . Bonus first time dapat 4 angka and bila sharing kat FB, tak sangka ramai pulak impress dengan bonus saya sebanyak tu. Termasuk la best friend saya, Ima, yg tak penah buat apa2 business dan tak suka MLM. Tetapi dia terbuka hati nak join and now dia merupakan strong leg saya. Organisasi dia sangat gempak and leader dah sampai Level 5 dah kot. Semangat saya makin membuak2 bila saya jumpa Cery kat Empire. Siap ambik half day, gigih tunggu dia sampai walaupun neves mcm nak jumpa artis. Saya mintak jugak nak tgk bonus statement. Masa tu dekat RM80k. Banyak tu pon saya dah terbeliak. Apa lagi skrg dah lebih setengah juta bonus.
Disember 2012, daripada Sup, saya lompat terus ke Codi. Saya baru tau, tak ramai yg lompat mcm ni. Alhamdullilah saya ada leader2 yg nak start kembangkan empire masing2. Masa level Codi ni, saya banyak spend time coaching. Tak kira level anak ke, piut ke, saya guide dengan apa yg saya tahu. Sambil tu saya belajar jugak untuk improve diri. Tapi, walaupun effective, saya dok bersarang kat codi beberapa bulan. Masa ni, silap saya ialah saya tak kembangkan empire sendiri. Saya go deep je. Tak go wide. Later baru saya sedar yg level awal2 ni sgt crucial untuk COACH anak2 dan BERANAK lagi ramai. Masan i bonus dlm RM3000-4000. Saya teringat Cery ckp masa ni, lama sikit nak break keluar dari nilai ni. Alhamdullilah bulan Feb kalau tak silap, saya dah layak untuk criteria CAR BONUS…so first car bonus RM900+ masuk masa bulan April….masa tu baru la mulanya bonus semakin meningkat.
Sebelum June 2013, ada mcm2 challenges. Masa tu baru tahu saya pregnant anak kedua. Husband dan anak admitted hospital beberapa kali. Ada anak yg mempunyai potential untuk gemilang, tetiber give up terus nak buat Shaklee. Ada juga anak2 yg saya all out nak bantu tapi dia sendiri tak nak bantu diri dia. Kat tmpt keje pon saya down sbb dah berzaman saya tak dipromote. Ada lagi la dugaan and bagi saya down kejap. Tapi yg best hidup saya skrg ni semenjak join, saya ada ramai sgt sahabat2 yg saya boleh mengadu and bagi saya move forward balik. Especially lepas NC, semangat saya mcm kena renjatan electric. Mungkin sebab husband saya juga terkena cas masa NC.
June 2013 saya naik Sn Codi…dah berbulan2 saya cuba and akhirnya berjaya. Sangat puas bila usaha kita berhasil. Genap setahun dengan Shaklee, saya dapat bonus 5 angka!! Siapa sangka setahun dulu, saya dapat merasa bonus banyak ni. Saya juga tak sangka yang saya bakal MEMPUNYAI RUMAH SENDIRI. Saya dapat bagi duit belanja RM xxxx kat umi and walid. Dapat bayar bersalin sendiri, cash. Dapat simpan duit dalam bank untuk diri sendiri dan anak2. Dapat bersedekah lebih. In short, I am halfway to FINANCIAL FREEDOM. Hari ni 31 Oct, saya hantar anak ke nursery/play group sebab tak lama lagi saya akan naik kerja. Kat rumah, saya la yg paling excited nak hantar Emran ke school. Saya tahu dia mesti suka ada kawan2. Tapi lepas hantar, mmg saya tak sangka betul bila saya dilanda satu perasaan yg sedih sebab tinggalkan anak saya yg lg seminggu nak umur 2 thn. Walaupun nampak cikgu and nursery tu sgt best. Saya menangis sorang2 kat luar gate sementara tunggu bapak saya amik kat situ. I have to work hard for my kids....so I can always provide the best and yg penting SAYA ADA BERSAMA MEREKA SENTIASA!
Perjalanan saya masih jauh…..banyak lagi nak belajar, nak tolong, and nak inspire anak cucu cicit FMC. Tapi one thing for sure, Shaklee banyak bantu merubah hidup family saya dari segi kewangan dan kesihatan dan terutama sekali, rohani. Sangat2 bersyukur that I am so passionate to do this. Saya doakan Allah sentiasa tetapkan hati saya untuk teruskan perjuangan dengan Shaklee. Lagi satu, saya sgt2 bersyukur dengan moral support yg diberi oleh parents and husband. Bringing two small kids is not easy. Saya dah buktikan pada family saya boleh and takde perangai hangat2 taik ayam mcm dulu. Doa mereka yg membantu saya sehingga hari ini. Restu dari husband dan family juga adalah barakah untuk kita buat sesuatu. So prove to them that you can do it and they will support you! Redha Allah juga penting. Mcm mana nak dapat? Sentiasa bersedekah. Jika ada rezeki tu, Allah redha la tu. Jika rezeki takde, pasti ada hikmah and kita muhasabah balik.
Untuk anak cucu cicit FMC, saya tak pasti samada kisah saya ni dapat beri inspirasi atau tidak. Tapi kalau you all nak ubah hidup, do it now. Jangan tunggu2 lagi. Kalau saya boleh buat dari 2 angka ke 5 angka, YOU ALL PON BOLEHHHHHH. Apa beza saya dgn u all? Saya juga start dari ZERO. Takde downline, takde knowledge pasal semua ni. Tapi saya sanggup belajar and follow tips2 yg upline bagi. Semua orang ada kisah yg berbeza and matlamat berbeza. Tak kisah la kita semua dalam ni lain2 background, tapi yang penting ialah PASSION. You all kena passionate buat business ni. Jadi bila sharing, bila approach orang, apa yg keluar dari mulut kita adalah sgt sincere / jujur and direct dari hati, terpancar kat wajah. Bila buat Shaklee ni, buat betul, PUT YOUR HEART TO IT. Buang ego yg ada dlm diri. Buang perasaan malu dan takut. Sentiasa memberi and jangan harap apa2 balasan. Spt yg cery ckp, focus ke Shaklee selama 12 bulan and true enough, lepas 12 bulan, mmg terbukti! Bertindak skrg jika you all nak ubah hidup. Kena keluar dari comfort zone. Sacrifice apa yg u all suka buat…suka tido, main game, lepak2…Jangan bg banyak alasan, sbb yg tu la yg menahan u all drp apa yg u all impikan. SO MOVE FORWARD….YOUR DREAMS ARE WAITING FOR YOU TO GRAB IT!!
Salam salam sayang daripada saya,
-Pah-
Master Coordinator in 2014
Thank you for your guidance and unconditional support. Zura Betty and Cery MamaFaiz
------
kepada susurgalur farina.. haa rugi kalau u tak follow mak uoll rapat2. dan kepada semua Jutawan... sila lah dupicate dan apply tips yg diberikan.. STOP ASKING START DOING...
with love
mamafaiz si kelip2

No comments:

Post a Comment