Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika - Master Hafsah Mardhiah

[SUCCESS STORY: Perjalanan Master Hafsah Mardhiah menggapai bintang~]
Jom baca sedikit coretan salah seorang daripada 5org master July...
Jemput baca...
_________________________
Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share kisah perjalanan saya dari distributor hingga Master.. mengimbau balik apa susah payah jerit perih yang dilalui hingga sampai ke puncak Master. Mungkin ada sesetengahnya sudah diketahui, tapi takpe.. saya cerita lagi. Agak panjang, sila jangan muntah hijau yer.. hihi (Even baru perenggan pertama dsh tau akan jadi panjang)
Saya mula mengenali Shaklee selepas bersalinkan Reem.. Ada masalah susu masa tu, jadi sebab dulu pernah keluar dalam majalah Pa&Ma, maka husband saya bawak majalah tu tunjuk kt kaunter.. Nak beli sebijik yang macam dalam gambar ni. Itu permulaan kisahnya. Tepat sekali kalau dikatakan asbab Reem saya kenal Shaklee.. Jalan yang Allah bukakan untuk saya.
Sejak mengandung memang dah niat nak berhenti kerja.. nak jaga anak sendiri. Tak sampai hati bagi orang jaga. Bila lepas bersalin lagi kuat perasaan tu.. sekaligus dengan perasaan dah tak nak kerja, sebab dah betul-betul rasa tak tahan.. Keep rasa diri under performer & a failure buat sesuatu yang tak minat.. Thanks to boss saya jugak yang memudahkan saya untuk buat keputusan resign.. hihi. So lengkap pakej.. ada push factor tak nak kerja situ dah dan pull factor yang kuat untuk jaga anak sendiri. Nekad buat keputusan dengan suami meninggalkan security dan comfort zone, even masa tu loan belajar Petronas ada lagi dalam 60k. Pegang prinsip 'Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup'. (ulang lagi.. hihi)
Itu detik mula bagaimana tercetus niat untuk buat bisnes. Allah buka jalan melalui Shaklee, since sendiri dah guna.. Allah hantar plak ilham melalui mak saya kak Nur Zahirah.. Segalanya bermula di situ, telah tercatat semuanya dalam pengetahuan Dia.
Bila resign ada tekanan.. Self esteem jatuh.. Daripada seorang engineer Petronas yg bergaji cukup bulan 5k, tiba-tiba dah tiada pendapatan sendiri. Perasaan sedih sebab menghampakan harapan mak ayah.. Mak ayah memang agak sedih.. mungkin agak kecewa dengan keputusan tu sebab sebelum ni menjadi anak yang banyak membantu keluarga dari segi kewangan. Sejak tu memang nekad.. "Tak kira macam mana pun, aku akan buktikan aku boleh berjaya even dari rumah. Aku akan menyumbang kepada masyarakat even as suri rumah". Masa tu memang berazam nak menaikkan martabat suri rumah, dan WAHM sebagai alternatif pilihan untuk ibu-ibu bekerjaya yang ingin membantu suami.
2 tahun tempoh perjalanan.. Yes.. agak panjang compared to certain ppl.. Tapi itu perjalanan yang Allah aturkan terbaik untuk saya Saya dah tak pandang kiri kanan.. From day 1 saya dah start bersungguh sepenuh hati.. ada BURNING DESIRE menyala-nyala dalam diri. Saya redah semuanya.. Hujan panas ribut petir segala. Toksah cerita bab mula-mula tak ada orang beli.. tak ada orang like komen pun.. Tak ada sales berminggu.. customer back off.. Customer beli dengan orang lain.. Pastu kalau dah naik jadi leader anak2 plak lemau tido koma semua ada. Saya yakin semua leaders, Masters pernah lalui pengalaman itu. Jadi kalau anda hadapi perkara macam tu, jangan patah semangat.. Percayalah kami pun pernah melaluinya dulu.
Perjalanan daripada distributor, mula akhir Ogos 2011 seminggu nak raya.. bulan kedua naik supervisor (Sept 2011).. then lama amek masa kat situ sebab terlelap lupa arah nak gi mana.. Satu masa tersedar bila yang lebih baru dah naik dulu. Eh.. 6 bulan tido.. hihu. Ruginya masa! Then start push diri, terus naik Senior SV (Mac 2011).. Sini part yang sungguh mencabar.. Masa nak naik codi.. Hampir2 nak give up.. Sebab percubaan berbulan-bulan masih tak dapat2.. Rasa nak campak ke laut je. Laju sorang-sorang, anak-anak koma belaka masa tu.. hihi. Rupanya Allah ada perancangannya. Nak latih kesabaran, nak teguhkan pergantungan pada Dia.. Selepas 7 bulan berusaha Allah hantar anak-anak yang serius dan laju. Sebab banyak keladak, amek masa lama sikit nak sental diri.. hihi. Terus shoot naik codi terlebih point, 4pt (Oktober 2012). Baru faham manisnya buah sabar. >> Masa ni Hafsah dah lebih sabar, lebih kuat, lebih positif, lebih tabah
Tarbiah Allah datang lagi..
Nov 2012 - Mak mertua saya (arwah) mula sakit.. Kami nomad hampir 2 bulan di semenanjung. Ulang alik ke hospital, dan berjaga kat wad.
Dec 2011 - Naik Senior Coordinator.
Jan 2013 - Bawa balik mak mertua ke Bintulu untuk jaga sendiri di sana.. Intensive care bagi makan basuh berak segala sendiri bersama suami. Sampai ke tahap dah hilang semua fungsi badan, terlantar tak boleh bergerak langsung.
Feb 2013 - Naik Key Coordinator.
April 2013 - Pindah balik kl. Mak mertua meninggal seminggu selepas pindah. Sibuk dengan urusan pindah dan urusan pengebumian.. Tambah dengan emosi sedih pilu semua.. Tapi alhamdulillah efektif juga Key codi.
Ohh.. bila mengimbau balik perjalanan masa tu, sangat besar sebenarnya masalah..Suami unpaid leave untuk jaga maknya.. Nomad hidup merata2.. Ada tanggungjawab baru uruskan sendiri mak mertua sakit.. dengan baby belum 2 tahun lg masa tu. Alhamdullillah sepanjang tempoh tu dapat efektif siap dapat naik rank lagi. Because I'M BIGGER THAN ANY PROBLEMS & I HAVE ALLAH TO HELP ME!
Jun 2013 - Pergi umrah.. Alhamdulillah dapat taja suami dan anak pergi Umrah dengan bonus Shaklee Dengan izin Allah.. berkat doa kat sana, kejutan naik rank Senior Key Coordinator even masa closing di Mekah Sebelumnya key dgn 7/8pt saja, tapi masa tak ada anak2 semua bangkit efektif sendiri, ada few yang buat comeback dari koma sebelumnya.. hihi.. Dapatlah 11pt. Thanks to mak sy kak Ira yg tlg jagakan anak-anak saya dan buatkan closing untuk saya.. Thanks untuk anak-anak leader yang menjadi tulang belakang saya. Menjadi penyubur semangat saya setiap masa Juga anak cucu cicit yang sentiasa bersama
Julai 2013 - Detik indah bersejarah. Closing dengan 14pt.. Alhamdulillah. 13pt semua efektif dan naik rank sendiri. Sorang lagi sikit je tambah naik new sv.. Surplus lebih 700 uv lagi masa closing.. Syukur ya Allah, dengan izinnya jua!
----------------------------------
APA BEKAL SAYA SEPANJANG PERJALANAN?
>> POSITIVE MINDSET - Law of universal attraction.. LIKE attracts LIKE..
THOUGHT LEADS TO FEELING,
FEELING LEADS TO ACTIONS,
ACTIONS LEADS TO RESULT!
>> BURNING DESIRE - DO WHAT EVER IT TAKES!
IF YO REALLY WANT IT, GO FOR IT! Saya pernah habis beribu amek tiket flight dari bintulu ke kl sbb nak attend course DAO RM50... Setiap kali turun kl ikut husband course, mintak nak jumpa Kak Cery utk coaching..
Even saya suri rumah aka kerja dari rumah, saya amalkan disiplin macam kerja pejabat.. NO TV, NO movie, x ada tido siang.. Start lepas subuh (Subuh kat Bintulu sebelum pukul 5 dah masuk waktu) sampai tengah malam baru tido. Awal2 dulu sampai pukul 1-2 pagi baru tido.. sebab belum establish. Dan macam2 'mende gile' lagi sy buat sebab saya betul-betul NAKKKKK!
>> PASSION
Ada passion yang tinggi bersama Shaklee.. High energy & full of spirit setiap kali bangun tido, bersemangat sangat nak masuk ofis shaklee saya Saya tak kisah orang mengata saya, kawan2 ramai lari negatif tengok saya dh tukar haluan hidup.. takut sy kejar derang join (even sy xbuat pun keje tu..hihu).. Kena fitnah.. Macam2 lagi dugaan lain, saya tetap teruskan tak pandang kiri kanan. Asalkan ada suami support saya.. Yang lain saya tak kisah.. sebab saya ada LOVE & PASSION yang tinggi pada shaklee..
>> SABAR
Kunyah mamah hadam sabar cukup2 sebab tanpa sabar memang tak kan sampai ke Master.. Allah bagi kita tarbiah tru Shaklee.. grab la peluang itu. Sayang kalo join Shaklee tapi diri tak berubah, masih sama.. Tak ada added value pada diri. Tak ada peningkatan dari segi ibadah, akhlak, keyakinan dan motivasi diri. RUGI!
>> HAVE FAITH
Have Faith pada diri sendiri. Bina keyakinan setiap hari kalau orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita? Allah maha adil.. sikit pun tak kan zalim pada kita.
Have faith pada produk dan syarikat
Lu kata la apa pun, wa tak heran.. AAK. Sebab saya sangat yakin!
Have faith pada Allah. Ni paling penting! Bila kita belajar lepaskan, berserah 100% pergantungan pada Allah, InsyaAllah kejayaan tu lebih dekat. Susah untuk kita, sebab kudrat kita sangat kecik. Tapi sungguh mudah bagi Allah, sebab Dia maha besar lagi memiliki segala sesuatu. Hanya Kun Fayakun bagi Allah.. Jadi jom pilih untuk jadi hamba kesayangan Allah.. Kun Fayakun kata Allah, kejayaan pasti milik kita! Nak jadi hamba kesayangan Allah kena tingkatkan ibadah, zikir, tahajud, Dhuha dan jangan lupa TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA! >> pesanan untuk diri juga..
Buktinya? Berbulan2 saya usaha guna kudrat saya untuk naik Sr Key tak dapat2. Tapi once saya lepaskan, serah sungguh2 kt Allah, mudah sangat Allah bagi even masa saya xde untuk closing... Masa saya kt Mekah. Sob sob.. pengajaran yang berharga!
>> INFAQ / SEDEKAH/ ZAKAT
Zakat yang wajib ni memang semua tahu wajib buat.. Tapi salah satu rahsia kejayaan juga adalah infaq.. Boleh kata bonus selalu separuh hilang.. Ada rasa 'gila' nak bagi Infaq.. Selalu xleh tgk kalo ada orang war-warkan pasal infaq, mesti rasa nak bagi. Lagi2 bila bonus makin bertambah, lagi membuak-buak rasa nak bagi Infaq lebih banyak.. Especially untuk perjuangan Islam dan tolong mak ayah adek beradek.
Kalau ada RM100 dlm dompet, RM100 tu bagi.. buang rasa sayang, even dlm tu ada lg not RM1, RM5, RM10, Rm20.. Kadang2 bagi je seluruh isi dompet yg ada (kad kredit dgn kad atm tak la.. hihi).. Yakin tak akan miskin orang yang bersedekah, malah Allah akan gantikan lebih lagi. Bersihkan hati, bersihkan jiwa dan bersihkan harta yang bertakung supaya mudah mengalir.
Banyak lagi kalau nak listkan semua.. Tapi point di atas kunci utama kejayaan saya smpai Master. Saya yakin formula kejayaan semua orang di dunia xkira lah DAO, Irfan Khairi, Donald Trump, Robert Kiyosaki atau sesiapa tetap sama.. Cuma yg lebih kalo kita Muslim, kita ada Allah yang maha berkuasa!
Perjalanan sampai Master bukan penghujung, tapi sebenarnya baru bermula! Peluang untuk menyentuh kehidupan lebih ramai orang.. Perjuangan untuk jihad ekonomi.. Untuk menjadi Jutawan Muslimah yang dermawan untuk Islam.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua anak cucu cicit Inspirasi, Mak saya Master Nur zahirah, Master Nur Laila dan PM Cery MamaFaiz atas sokongan dan tunjuk ajar selama ini..
All the best semua
Touch the Heart, Touch the Lives,
__________________________
Thanks dear for sharing.. tak perlu saya komen ape2.. dan anda semua tak perlu dah nak tanya banyak2 kat kiri kanan.....sebab semuanya dah terbentang depan mata.. Mcm apa yg master hafsah ckp..kena sabar banyak2..banyakkan MEMBERI....YAKIN.. |FAITH. . sume tu tak terbina dlm masa sebulan dua. |IT TAKE YEARS...YEARRRR.>ni ada dugaan skit dah mengeluh..camne nak berjaya. yer ta...,,.. InsyaAllah..at the end of the day. you will reach your dream
_____
mamafaiz si kelip2

No comments:

Post a Comment