Cerita saya...
Mula kenal Shaklee? Dah lama kot. Lupa dah. Masa sekolah rendah kot. Tapi memang tak hirau la kan. Tahun 2012, saya tengok sepupu ipar saya, nama dia Farihah Abu Kassim jual Shaklee. Saya like page dia. Tapi tak berapa menghiraukan sangat. Masa tu saya sedang fokus dengan Etiqa Takaful. Dia sembang2 dan ajak join bisnes Shaklee, saya tolak.
Saya terbaca dalam sebuah majalah, seorang wanita, kerja swasta, berhenti kerja dan fokus buat Shaklee. Pendapatan bulanan dia RM50 ribu. Saya terpegun juga. Tapi bila saya jalan2 di pasaraya atau kiosk2 jual produk kesihatan, tak pernah jumpa botol Shaklee, jadi saya tertanya-tanya, macamana dia boleh kaya dengan Shaklee? Jual kat mana?
Hari demi hari, saya dapat request friends dari SID. Saya mula membaca post2 mereka. Sangat menarik post2 mereka. Memang saya tak kenal pun, tapi saya baca juga. Tahun 2012 tu juga saya mula buat dropship baju dan jubah. Ada 2,3 customer saya PM, bagitahu dia jual Shaklee. Ooooo... Macamani cara mereka perkenalkan diri. Mereka juga pelawa saya join dan jual Shaklee. Saya tolak baik2.
Pertengahan 2013, saya terima pelawaan Puan Master Farihah untuk sertai group Surijunior. Saya baca di blog Surijunior dan jumpa pasal Family Day di Cameron Highland. Wah, best juga group ni.
Akhirnya saya mula berShaklee. Fokus sharing guna FB dan blog. Pelanggan semakin bertambah setiap hari. Saya belajar cara-cara jual diri. Banyak group2 bisnes saya sertai. Tiada group Next Project, tiada group New Supervisor atau group yang fokus untuk naik Supervisor. Saya pun tak fokus nak naik SUpervisor bila.
Oktober 2013, saya sertai Magic Aura di Ipoh. Dengar pengisian berapi dari Master2 Jutawan, pelbagai tips dan pengalaman. Saya bulatkan tekad. Bulan ni, nak naik Supervisor juga. Apa jadi pun, jadilah! Hari itu 19 Oktober. Bermula 19 Oktober 2013 saya usaha sehabis baik. Sehinggalah 31 Oktober 2013, saya rank up sebagai Supervisor.
Apa yang saya dapat sebagai Supervisor?
Bonus bulanan 4 angka. Saya akan habiskan dalam masa tak kurang 4 hari. Hahaha...
Saya ada mak yang berusia 65 tahun yang masih gigih menoreh. Inilah orang pertama yang saya ingat untuk berikan duit.
Saya ada kakak beranak 6 yang sangat susah. Kakak saya inilah orang yang dalam ingatan untuk saya bantu.
Saya ada anak angkat di Gaza yang yatim piatu. Anak ini saya hulurkan duit setiap bulan melalui NGO From Gaza With Love.
Saya ada hutang PTPTN, bil telefon, caruman takaful dan pelaburan dalam MAA Mutual yang saya bayar guna bonus Shaklee.
Saya ada jemaah yang sangat disayangi dan sangat memerlukan dana.
Saya ada 2 anak lelaki yang saya berikan sedikit reward untuk menceriakan hati saya sendiri.
Ok, itu sebahagian yang saya lakukan dengan bonus Shaklee.
Jauh daripada itu, saya sangat hargai peluang berada dalam group hebat ini.
Tahajud
Zikir
Sedekah
Solat sunat
RCA
Kasih sayang yang tiada bertepi.
Semua ini menguatkan kami.
Saya tidak akan berundur atau berpaling. InsyaAllah. Saya yakin, saya mampu gapai Master Coordinator. Saya sudah mula bayangkan bagaimana diraikan dalam Master Celebration nanti. Sudah tak lama.
insha allah
ReplyDelete