Monday, December 1, 2014

Cerita Magika Nadiah Suhaidi

Salam sejahtera warga jutawan yg saya kasihi....Petang ni saya nak kongsikan kisah kejayaan Pn nadiah..2nd level dibwh saya..direct dibwh Master Iffah... Beliau ni lama dah mkn Shaklee..cuma hujung 2011 baru register member dan march tahun ni br start buat business shaklee...Jom kita baca... bagaimana dia start di smenanjung..kemudian pindah di Miri dan businessnya berkembangggg (jadi bukan lagi alasan jauh dari branch, brg mahal,blabllabla, takde market... sbb jika Nad boleh skor 5 angka.. kenapa tidak kita,, ..dan oh yer.. beliau juga sedang berbadan dua... so hamil bukan alasan ye.). Jom baca
________________________________________________________
[PERJALANAN DALAM SHAKLEE]
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua. Dah beberapa lama tertangguh nak bercerita dengan anak cucu cicit piut dek kerana kesihatan dan masa yang kurang mengizinkan.
Alhamdulillah malam ni ada masa untuk menyelit, inshaAllah Nad akan kongsikan pengalaman Nad selama menceburkan diri dalam Shaklee dengan harapan dapat memberi inspirasi dan semangat buat semua memulakan dan meneruskan perjalanan 

Bermula dengan 29 Oktober 2011, Nad register dengan supplier Shaklee Nad iaitu Master Iffah Anuar. Itupun setelah setahun mengamalkan breastfeeding set Shaklee. Lama sungguh berkira-kira nak spend RM75 untuk register sebab keadaan kewangan yang kurang mengizinkan. Alhamdulillah Oktober tu ada duit sikit (setelah 7 bulan memulakan bisnes Baby Geniuses), share beli dengan MIL untuk dapatkan FREE membership.
Tak terus serius buat Shaklee sebab sibuk menguruskan Baby Geniuses. Cuma berkongsi sikit-sikit dengan family terdekat, dan PM kawan-kawan nursing and expecting moms setakat mana mampu. Tak tahu nak bermula share apa kat wall (maybe sebab kurang ilmu) dan malu juga (tak tahulah apa yang nak dimalukan, bukan orang nampak muka kita pun. Haha). Tak berapa kisah pasal bonus sebab tahu tak banyak. Dalam 2 angka je. Ada sekali dapat RM300 tunjuk kat hubby punya lah suka. Hehe.
Tapi bila selalu tengok Iffah buat recognition kat Shaklee2u, macam seronok pulak. Rasa best nya kalau nama naik kat situ. Walaupun masa tu tak faham tu apa itu Supervisor dan rank-rank seterusnya. Tak bukak member kit punya pasal 
Month #1: March 2012
Mula buat blog khas untuk Shaklee. Dalam kepala otak, macam-macam nak share. Sebab kalau Google je tentang Shaklee, macam-macam keluar. So modal nak bercerita sangat banyak. Testimonials mana-mana pun boleh jumpa. Memang yakin senang nak jual. Tinggal nak promote blog je nak suruh orang baca apa yang kita share tu. So Alhamdulillah bulan tu dapat la RM 1K+ dan jadi Supervisor.
Month #2 & #3: April & May 2012
Iffah membuka mata Nad setelah memberitahu Nad yang dengan Shaklee, tak mustahil income RM 10K. Wahhh memang teruja sangat masa tu. Makin bersemangat bisnes  Alhamdulillah bulan ni Effective Supervisor. Income dalam RM 2K+.
Month #4: June 2012
Tengah bulan June, Nad berpeluang coaching dengan Master Cery MamaFaiz kat KB. Seronok dapat jumpa geng-geng Jutawan yang lain. Barulah terbuka minda. Aura dah disedut dari Kak Cery. Lepastu terus register 13 orang 'anak'! Haha. Tak sangka dan jadi tak tentu hala juga la sikit sebab tiba-tiba ada ramai anak! Dari takde group terus kena buat group sendiri. Buat 'rumah', 'hias' rumah slowly supaya lengkap sebagai guide untuk anak-anak memulakan bisnes. Tup-tup nama keluar Top 5 Enroller for June! Yang the other 4 semua dah rank tinggi. Nad sorang je Supervisor  Dan tak tahu pun ada benda tu sebelum ni hihi. Alhamdulillah. Income bulan tu RM 3K+
Month #5: July 2012
Bulan puasa, hubby Nad, Amir Marzhuki report duty di Miri. Nad dan Zahin tak follow lagi. Rumah Kerteh dah kosong. Nad berbisnes dari Besut, rumah parents. Barang-barang rumah di Kerteh dah diangkut ke Miri. Dugaan jugak lah sebab kena angkut stok barang-barang Shaklee dan Baby Geniuses ke kampung yang tak banyak tempat nak simpan barang. Masa ni jugak terpaksa pulun buat clearance sale di Baby Geniuses sebab taknak angkut bawa ke Miri. So agak busy tapi Alhamdulillah akhirnya dapat melahirkan seorang Supervisor iaitu Shazwani Aika. Naik rank Sr. Supervisor. Income RM 3K+
Month #6: August 2012
Lepas raya, Nad dan Zahin pindah ke Miri follow hubby. Tempat baru. Mungkin mencabar tapi dalam otak Nad, should be no problem sebab online business ni dari mana-mana pun boleh buat. Tapi kena approach baru iaitu Shaklee yang poskan barang-barang kepada customers sebab harga Shaklee products untuk Sabah Sarawak tak sama macam harga di Semenanjung. So setiap order yang masuk Nad akan emailkan kepada HQ. Bagus jugak sebab dari situ je dah boleh track performance kita. Cuma sebelum ni kalau barang kecik-kecik lebih murah pos pakai Poslaju. Tapi takpe think positive. Bila customer tanya harga, just bagitahu harga termasuk pos terus. Masih murah sangat  Income RM 4K+
Month #7: September 2012
Lahirkan seorang lagi Supervisor iaitu Noor Zawani Suhaimin. Income RM 4K+
Month #8: October 2012
Naik rank Coordinator setelah melahirkan seorang lagi Supervisor iaitu Maria Hj. Abas. Masa ni promo ESP. Memang satu group semangat. Income double from previous month iaitu RM 9K
Month #9: November 2012
Bulan ni dah start macam-macam dugaan. Bermula dengan kecurian di rumah. Tengah bulan, dapat good news, Zahin akan jadi abang  Tapi badan lemah sikit sebab alahan. Tapi sambil rehat baring-baring, tetap layan PM/Whatsapp/SMS dari anak-anak/customers. Cuma kurang kencang promo di facebook dan blog. Tengah bulan baru start promote tapi Alhamdulillah tetap mencapai target PUV. Tapi dalam banyak dugaan, banyak jugak achievement pada bulan ini. Seorang lagi Supervisor dilahirkan dalam MSE iaitu Siti Fatimah Adliah. So dapat naik rank Sr. Coordinator. Dan akhirnya passed requirement untuk dapat Car Bonus from Shaklee  Income RM10K+ (first 5 digits!). Rasa macam tak percaya pun ada apa yang Iffah beritahu Nad 7 bulan yang lalu, kini Nad dah rasainya sendiri.
Month #10: December 2012
Masih lagi alahan. Sama macam bulan sebelumnya, tengah bulan baru mula promo. Awal bulan Nad doa banyak-banyak supaya stok di Miri ni habis. Alhamdulillah memang ramai orang Miri contact lepastu. Semua pakat COD. Baru tahu demand Shaklee di Miri agak tinggi rupanya! Mereka tahu dari blog Nad. Hujung bulan, stok boleh kata licin jugakla. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang Allah plan untuk kita, kan? Rezeki ada di mana-mana. Alhamdulillah! Bulan ini, lahir lagi 2 Supervisors iaitu Jacky Bass dan Melissa Raffur. Dan lahir juga Supervisor di kalangan cucu iaitu Baizura Bahar, so maknya Shazwani Aika jadi Senior Supervisor. Income terbaru, RM 13K+. Alhamdulillah!  Penutup tahun 2012 yang penuh nikmat.
Moral of the story:
1. Semua pun bermula dari kosong, tak tahu apa-apa. Tak tahu macam mana nak mula, tak tahu nak share apa. Tapi itu semua tak penting. Yang penting kita willing to learn. Cari dan gali sumber yang ada. Jika tak faham, refer your mentor.
2. Always start with what you have. Macam Nad, mula-mula tak tahu nak share kat Facebook tapi Nad tahu bagaimana berkongsi di blog. So Nad start with blog.
3. Think positive. Walaupun kena pindah Miri which is tempat yang Nad tak pernah sampai, tak tergambar macam mana tempatnya. Takpe, just fikir semua akan ok. All is well, inshaAllah semuanya akan smooth 
4. Law of attraction. Jika sebelum ni mungkin Nad caj RM6 sahaja jika barang ringan, tapi sekarang kena caj RM10 (flat rate Shaklee), tapi jika kita fikir ia masih murah, orang pun akan fikir ia MURAH.
5. Kadang-kadang kita nampak berat je ujian kita terima. Tapi sebenarnya Allah nak beri lebih lagi kat kita. Bersabar dan redha lah jika diuji. Kerana setiap ujian Allah janjikan 2 kesenangan.
6. Berdoalah jika mengalami kesukaran. Kerana Allah datangkan ujian tu supaya kita merayu-rayu pada-Nya. Doa ialah senjata kita umat Islam.
7. Keep updating your blog. Kalau blog kita selalu update, senang lah nak appear kat Google result kalau orang search.
8. Kejayaan atau kesenangan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan kesabaran, ketekunan, kerajinan, kesungguhan, dan istiqamah. Jika anda mungkin rasa anda masih berada di bawah sekarang, tak mustahil anda akan berada di puncah kejayaan suatu hari nanti. Just hold on to it and believe you will. InshaAllah. Dan mintalah pada-Nya.
9. Nad state income kat situ sebab Nad nak tunjukkan apa yang Shaklee boleh offer. If Nad, Iffah, dan Kak Cery boleh buat, tentu susur galur Nad dalam MSE ni pun boleh buat. WE ARE POSSIBLE!
____________________________________________________
Moral of the story: lengkap dah nad share di atas... Tahniah Nadiah dan organization anda....3langkah je lagi nak bergelar Master Coordinator
Apa yg sy ingin tambah... Dlm bisnes ni.. nak seribu daya. taknak seribu dalih..Rata2 yg sy lihat sape2 yg rajin, sabar.tak byk mengeluh, tak byk bg alasan, apa upline suruh buat, buat., duplicate.... memang akabn berjaya..tapi jika byk alasan yg diberi, jawabnya memang tak kemana.. jadi muhasabah diri .. sbb kita boleh bg mcm2 excuse kat upline tapi kita taklih tipu diri sendiri.. ...
Jika Nadiah boleh buat.. anda juga boleh buat.. InsyaAllah... dan oh ya.. no matter how long it takes utk anda skor 5 angka.. 6 angka..or jadi master, jadi coordinator. jadi supervisor... .... 1 month... 6... months... 1 year..2 years..tak kisah... masanya tetap tiba.. anda akan mencapainya.. insya Allah... dgn syarat anda tak quit.. anda tak give up...Keep on going...have faith.. nak seribu daya..betul tak..
with Love
mamaFaiz si Kelip2

1 comment: