Thursday, December 11, 2014

Cerita Magika -Baizura Bahar

"My beautiful journey in Shaklee" by Baizura Bahar.
Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kalau orang lain biasanya bermula dengan consume Shaklee dan jatuh cinta pada produknya, saya tak. Saya mula jatuh cinta dengan shaklee sebab secret grup secret grup master2 semua-MSE,S2U & JUTAWAN.
Saya memang tengah mencari kerja yang saya boleh buat dari rumah masa tu.saya menjahit dan buat 3d interior design. tapi hasilnya tak seberapa, penat je lebih.
Sampai lah 1 hari, mama shaklee saya, shazwani aika bagitau dia nak bisnes shaklee.
saya emm je dan dia pun tak bagitau detail pasal bisnes ni. dah 2-3 bulan dia buat, saya sembang2 dengan dia, dia bagitau income dia dah 2k lebih.
So memang teruja sebab fokus saya nak cari kerja yang boleh buat dari rumah. saya tak fikir panjang,terus sign up member.
Lepas tu wani add dalam semua secret grup, wahh..lagi buntang mata saya.
ini lah yang saya cari untuk perbaiki kehidupan saya. sebab dulu saya jenis yang low self esteem, cepat nangis, negatif. so, bile masuk grup tu semua, saya percaya dan yakin, saya boleh jadi macam diorang semua. semangat saya memang membara dari 1st day daftar sampai hari ni.
saya keluar modal sikit untuk beli stok.
saya makan dan terus jual.
saya tak fikir pun yang saya kene ada testimoni untuk diri sendiri sebab niat saya memang nak jual.
apa wani suruh, saya buat.
apa yang leader2 suruh kat grup pun saya buat. saya tak tunggu wani suruh buat baru nak buat.
tiap awal bulan, memang saya report berapa target uv saya kat wani dan Alhamdulillah, memang tercapai.
bulan ke 3 bisnes, baru lah anak2 ramai.
mostly yang beli dengan saya tu lah yang jadi anak2 saya.
pada bulan ke 4,saya bagitau wani nak naik supervisor.
dari awal bulan memang dah terasa lain aura nya.
hampir tiap malam saya bangun tahajud.
usaha double triple.
Alhamdulillah, pada Disember 2012, saya berjaya mendaki rank yang pertama.
income dah start 1k lebih.syok nye tak terkata..
bulan saya naik supervisor tu, saya beranak ramai.
sampai pregnant anak kandung jugak..rezeki anak2..
tapi masa bulan february 2014, dua bulan lepas saya naik supervisor n positif pregnant, kandungan saya di sah kan tak jadi dan terpaksa buat DNC.
sedih sangat..
bisnes pun memang dah tak boleh fokus.
so, pegi hospital buat DNC.
petang2 lepas DNC tu, anak sulong shaklee saya SMS, ada great news kata dia.
guv dia dah 3000k..masha Allah..tak terucap dah..
Allah uji sebab nak bagi saya Senior Supervisor rupenya..
memang tak boleh lupa saat2 tu..
lepas tu, saya maintain jadi Senior Supervisor dengan seorang anak bisnes yang sangat indipendent.
dia lah my strongest leg(term dalam success journal), Siera Haiyi.
Alhamdulillah saya berjaya buat dia cemburu dengan saya sebagai motivasi untuk dia lebih berjaya dari saya.
sebab saya sendiri pun selalu cemburu dengan mama saya, wani aika.
Lama saya kat Sr Sup.
daripada income 2k tiap bulan, naik ke 3k dan maintain 3k je..
rank masih sama.dan rank saya sama dengan wani.
anak2 masih selesa dengan income shaklee bulanan masing.
tapi masing2 pun dah mula buat guv banyak.
Sampai lah bulan 6 2013..
Wani naik coordinator dan dapat car bonus.
wahh...tak boleh jadi ni.
saya mesti dapatkan salah 1.
Nak dapat coordi, saya belum ada sixth sense yang saya boleh dapat coordi.
pastu, saya cuba pulak tengok fleet car bonus saya. ada harapan!
saya mula pasang target uv yang saya perlukan.
kalau tak silap, saya perlukan 9000uv pada bulan terakhir untuk completekan fleet tu.
lagi 3 hari sebelum closing, saya masih perlukan 3000uv lagi.
saya tak give up.saya mesti dapatkan jugak 3000uv tu.
Apa saya buat adalah, tiap kali solat, dalam sujud terkhir saya, saya akan niat ya wahhab 44x dan doa,
"ya Allah, aku perlukan lagi 3000uv, KAU berikanlah sales pada anak cucu cicitku sehingga cukup 3000uv."
dan hasil nya, Alhamdulillah...saya berjaya completekan fleet car bonus program..
1st car bonus saya RM1k dan bonus saya 4k masa tu.
Lepas tu,saya mula buat target untuk coordinator pulak.
saya buat lagi doa dalam sujud terakhir tiap kali solat tu,
saya doa nak anak2 bisnes yang hebat macam kak cery, iffah n nad.
saya doa minta Allah gerakkan hati anak2 bisnes yang sedia ada untuk berbisnes.
Alhamdulillah, Allah kabulkan.dan anak2 saya mula perform dengan bergaya sekali.
dan akhirnya, saat2 yang saya tunggu menjelma jua.
pada closing Oktober 2013 saya berjaya lahirkan seorang coordinator (siera haiyi), dan 3 orang supervisor sekaligus (asiah, suhana & salsabil).
tak terucap rasa seronok dapat bantu anak2 keluar dari kepompong distributor mereka.
8 bulan saya tunggu saat ini.
dan yang lebih manis sekali, income saya dah cecah 5 angka! rm13k..
syukur sangat sangat....
tak pernah mimpi akan dapat income banyak ni.
tapi dengan shaklee, ia menjadi realiti!
dan bulan ni, November 2013, in shaa Allah, saya dalam usaha melangkah setapak lagi, Senior Coordinator.
sama rank dengan mama saya..hihi..
Ada beberapa push factor yang buat saya betul2 struggle dalam bisnes ni, antaranya:
1. sebab keinginan yang membara nak kerja dari rumah.
2. sebab mama shaklee saya.
Honestly,saya tak anggap wani sebagai 'mama' saya..tapi saya anggap dia sebagai pesaing saya.
apa dia dapat, saya mesti nak jugak.
in fact, timbul perasaan yang saya mesti dapat lebih dari dia.
(ampun ye mama..hehe)
sebab tu saya tak perlu tunggu dia 'suap' saya.
saya yang cari sendiri.
marketing plan saya study sendiri.
ada apa2 event saya pegi je, tak payah tunggu ada mak baru nak pegi.
bagi saya, INDEPENDENT tu penting.
tapi of course saya tak abaikan dia.
semua benda saya akan report pada dia.
Akhir sekali,apa yang saya belajar dari bisnes ni adalah;
1. untuk kekalkan semangat bisnes ni, kita mesti berada di kalangan orang2 yang positif dan berjaya.
2. untuk capai hajat kita, kita kene fokus pada jalan kita. jangan sibuk2 hal orang lain dan jangan cepat down bile tengok orang lain berjaya.
3. untuk dapat lebih dari yang kita mahu, kita perlu beri berganda2 lebih pada orang lain. beri ni subjektif..boleh jadi beri ilmu atau beri harta (sedekah)
4. untuk terus kekal dalam bisnes ni, kita kene sabar..bisnes ni bukan skim cepat kaya..memang makan masa untuk dapat hasil yang lumayan. kalau tak sabar, memang takkan berjaya.
5. untuk terus berjaya dalam bisnes ni, jangan lupa asal usul kita..kekayaan dunia ni hanya sementara..sebaik2 nya, kejarlah kekayaan abadi di akhirat sana..solat dhuha, solat tahajud, zikir yang kita amalkan selama ni, teruskan lah buat walaupun income dah ratus2 ribu.
in shaa Allah...hidup kita akan lebih diberkati.
MNS: Terima kasih Sr. Coordinator Baizura Bahar sudi berkongsi kisah inspirasi bersama sahabat-sahabat MSE.
Lihatlah ciri-ciri orang yang berjaya:
- tak tunggu 'mak' suap
- amalan rohani tak tinggal
- buat saja apa mentors suruh, tak banyak tanya
- sentiasa memberi, sabar memberi, sabar dengan ujian-Nya
- meminta dengan Allah sebab Dia lah Yang Maha Pemberi. Bukan meminta pada manusia

No comments:

Post a Comment