Thursday, December 11, 2014

Cerita Magika - Hadhatina Mkb

Petang2 ni rehat2.. amik masa break kejap ye.. baca pengalaman seorang cucu saya... berkongsi kisah suka duka dia dlm shaklee.. susah senang.. she's iron lady bagi saya.. pernah melalui phasa 'koyak'..maksud saya.. statik.. tapi lepas tu MELANTUN LEBIH TINGGI.. kita jemput baca kisah pn Hadhatina Mkb yg kini dah jd Sr Key Co... perjalannan dan perjuangan menjadi Master soon. insyaAllah... if dah rezeki tak kemana.. selangkah je lagi.
____________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali jutaan terima kasih buat Kak Cery kerana memberi saya peluang untuk berkongsi secebis kisah perjalanan saya bersama Shaklee hingga ke saat ini. Harapan saya, mudah-mudahan perkongsian saya ini dapat membangkitkan jiwa dan semangat anda semua untuk terus maju dalam perjalanan anda bersama Shaklee inshaALLAH. Oh ye! Mungkin agak panjang sebab saya memang suka bercerita.

Sememangnya insan yang bertanggungjawab menjemput saya masuk ke dunia biz Shaklee ialah Kak Cery sendiri, walaupun asalnya saya berurusan dengan 'mak' saya (Lyna Noh/Alom). Tapi, Kak Cery ni bukan jenis tamak .. masa dia detect saya ada potensi untuk maju dalam biz Shaklee, dia letakkan saya bawah mak saya.. walaupun saya sendiri tak kenal, tak pernah jumpa mak saya.. cuma saya tahu saya ni follower setia mysuperkids.net :))

Masa nak mulakan biz ni, saya cuma fikir "at least aku ada something berfaedah nak buat kat rumah dan dapat duit sikit2" dan boleh dijadikan alasan untuk tidak perlu keluar bekerja. Saya taknak kerja luar! Saya taknak bagi orang lain jaga Icha hatta parents/parents-in-law saya. Saya nak besarkan sendiri anak-anak saya dengan tangan saya, mata saya, mulut saya, hati saya .. saya ada sebab peribadi untuk ini :))

Oh ye! Saya tidak bekerja ye masa tu. Saya berhenti kerja sebagai Project Coordinator di DiGi masa saya hamil 4 bulan. Lepas tu, saya ada dapat offer as Project Manager di DUA buah company Melayu .. company kecik. Tapi, saya tak terima offers tu sebab memerlukan saya kerja di hujung minggu, outstation, tak nak tampung kos bersalin dan tak mampu beri gaji at least sama macam gaji kat DiGi ( RM2.8k). Saya tak desperate sangat nak kerja semata2 untuk menyiksa diri saya dan biarkan orang bully saya. Saya pernah terbaca ayat ni, "It's a funny thing about life ; if you refuse to get anything but the best, you very often get it". Itulah saya, memang demanding. Sebab tu saya dapat Shaklee kot ..

So, masa mula2 buat Shaklee memang saya tak serius. Bulan pertama Jun 2010 saya mula biz secara official. Ingat lagi Kak Cery sms saya (10 Jun 2010) " akak dah registerkan u tadi. Now dengan rasminya akak announce Hadha sekarang ialah Shaklee Independent Distributor. Welcome onboard!" hehe .. lebih kurang gitulah.. masa tu tak tau nak kata happy ke nervous ke excited ke.. sebab apa? Sebab Kak Cery telah membuat saya rasa 'something' about myself yang saya sendiri tak pernah explore. Yes, memang kemahiran akak sorang ni menyentuh life orang. Buat pengetahuan semua, saya start with 0 modal. Kak Cery lambakkan stok vitamins dan supplies, dan bagi masa saya DUA MINGGU UNTUK HABISKAN. Masa tu belum daftar lagi tau .. sebelum 2 minggu saya dah habiskan stok tu, dan lepas tu baru Kak Cery daftarkan as member. TRUE STORY. So, untung lambakan vitamin tu saya punya untuk dijadikan modal. Alhamdulillah .. bulan tu juga saya skor 1200 UV. Best kan?

Bulan kedua saya terus jadi SUPERVISOR. Uniknya, saya jadi Sv masa tu 'mak' saya pun lambat tahu hihihi sebab saya masih belum kenal Alom dari dekat masa tu. So, malu2 nak contact Alom. Masa tu pun, pioneer Shaklee on9 ni pun masih blur2 nak uruskan kami2 ni hahaha (sorry! bocor rahsia!!!). Orang pertama tahu saya jd Sv ialah IDAWATI sebab tiap kali buat order pi tanya UV. Masa tu, Shaklee offer, naik rank ni selain dapat duit, kita dapat water filter yang pasang kat sink tu. RM1k++ kot regenya filter tu. So, itulah yang jadi motivasi saya nak jadi Sv masa tu. Setiap Sabtu saya gi restock barang2 kat Shaklee. Lepas beli barang, dah tahu UV, saya akan SMS Kak Cery bagitahu UV saya sekian sekian .. nak buat apa.. minta tips dan macam2. Hari2 update blog, cari testimoni, blogwalking dsb sampai Kak Cery pesan, max update blog 2-3 kali je sehari hehehe .. punyalah NAK kan water filter tu (bukan rank tu sangat pun). Alhamdulillah .. sehari sebelum closing, 30 Julai saya dah jadi Sv. Best je rasa time tu. Best kan? Hihi :))

Pastu, saya slow balik sebab takde downline yang buat biz. Sebab masa tu saya tak tahu kalau xde downline wat biz pun saya boleh naik Sr Sv. Dan satu lagi, sebab MOTIVASI saya dah habis.. water filter dah dapat. Dan saya dah kembali berada dalam comfort zone. Tapi, yang buat saya tersentak masa NC tahun 2011 tu… saya jeles dengan seseorang time tu. So, saya buat azam baru. Next NC saya mesti NAIK PENTAS!! Alhamdulillah Mac 2011 saya naik Sr Sv. Azrin Sv pertama saya. Alhamdulillah. Jun 2011 saya jadi Coordinator. Julai Sr Coordinator. Pastu saya stop. Tak stabil balik sebab ada 'sesuatu' buat motivasi saya terganggu, plus saya ngandung dan asyik travel sana sini (overseas). Tapi group saya terus membesar dan membesar dan membesar .. sampailah sekarang. Walaupun sales saya slow, saya tak effective masa tu, tapi saya fokus untuk sebarkan kebaikan dan keseronokan Shaklee dengan cara lain. Kisah travelling saya buat ramai orang teruja, saya tahu. Saya jadikan diri saya idola untuk ibu2 jadilah wanita yang bekerja dari rumah, anda akan ada masa lebih untuk suami dan anak2, duit pun dapat .. yes, saya tukarkan kelemahan saya masa tu jadi kelebihan saya. Saya tak fokus sales atau naik rank, tapi saya buat orang ramai yang mengikuti saya fikir betapa bestnya biz Shaklee, bukan sekadar duit!

So, masa saya slow down, anak2 Shaklee saya ada yang merajuk .. sampai gi berguru dengan Kak Cery dan nenek diorang, Alom. So, lepas bersalin .. time dalam pantang .. dah tinggal rumah baru.. saya pasang azam. Saya nak buat COME BACK! Ikutkan saya target jadi Master Jun 2012, tapi sebab salah strategi saya terkandas sekejap. ALLAH kasi peluang saya rehat, ALLAH kasi peluang anak2 saya jadi berdikari, ALLAH kasi peluang kami anak-beranak SUPERMOM jadi lebih kuat tanpa disuap sepanjang saya slow down. Itu yang saya nampak. Saya buat come back kerana 'anak-anak Shaklee' saya. Saya kesian tengok mereka. Saya rasa berdosa biarkan mereka. Saya ada tanggungjawab BESAR dan mereka AMANAH saya dari ALLAH. Syukur ALLAH makbulkan doa saya. Saya effective Coordi Mac lepas, tu pun sebab mak saya ketuk. April eff Sr Coordi, May naik Key, Jun sampai Sept saya Sr Key Coordi.. OKTOBER? Mohon doakan yang terbaik untuk saya dan anak2 saya. 

Dan NC 2012 alhamdulillah saya dapat 5 awards. Tercapai impian tahun sebelum tu, terbalas dendam saya. Next NC, saya NAK naik pentas ambik awards BERSAMA ANAK CUCU CICIT SAYA. Saya bagitau impian saya ni pada ahli team Supermom. Sebab tu saya frust sangat2 apabila dekat2 closing jika ada yang PM saya "sorry hadha ni je yg mampu saya buat bulan ni .. ada masalah bla bla bla". As emak, saya frust sebenarnya, tapi saya doakan yang terbaik untuk mereka. Pada saya, saya akan bawa siapa yang nak ikut saya dan hargai pertolongan saya dengan cara tingkatkan prestasi diri .. bukan mengharap disuap selalu

Perjalanan saya dalam Shaklee ada juga saat dukanya, terutama masa awal2 buat biz ni. Saya pernah rasa terhina sebab jual vitamin, trial pack lak tu.. bila orang tanya saya kerja apa, saya diperkenalkan as 'dia tak kejeee .. dok rumah je'. Now, orang yang pandang rendah kat saya tu yang nak serius buat biz ni dgn saya. Most of the time, perasaan terhina tu la buat saya jadi kuat dan lebih semangat nak buktikan yang mereka2 tu SALAH! Memang pun diorang SALAH. 

Kak Cery ada minta saya share sikit macam mana saya handle anak2 time bekerja. Ye.. saya memang agak kalah bab anak2. Icha - dalam fasa 'the trouble two' + Bella - belum setahun pun. Secara umumnya saya boleh bagitau pertama, antara biz dan anak2, saya lebihkan anak2 sebab punca rezeki saya adalah anak2 saya. Kedua, minta betul2 dengan suami supaya ringankan tulang bantu kita serba sedikit. Ketiga, kurangkan cerewet. Keempat, gunakan masa secara optimum. Kelima, fikirkan pahala. Keenam, DOA DOA DOA. Saya akui saya tidak sempurna sebab kadang2 saya kena marah juga dgn customers sbb lewat reply, curier lewat saya tak dapat nak tlg track, anak2 minta tlg saya busy .. ada masa saya down jugak, sedih, kecik ati, marah, frust .. saya manusia normal kan? Tapi saya positif. Mak saya pun dah mula tahu, kalau saya diam2 je tu masih ok la tu .. sebab kalau tak ok, saya akan kacau dia dari subuh sampai subuh balik :D

So, kesimpulan saya nak buat di sini ialah untuk berjaya, katakan pada diri yang anda NAK BERJAYA. Once anda cakap NAK, seluruh sistem tubuh anda akan mula bekerja untuk menjadikan IMPIAN anda menjadi REALITI. SEMUA! Daripada minda, hati, jiwa, perasaan, fizikal, dan semuanya .. mereka akan bekerjasama untuk menjadikan impian yang anda nak , yang anda tanam akan jadi realiti. Anda akan jadi kreatif dan pro-aktif secara tiba-tiba. Satu lagi tips, TAHU RULES/UNDANG2.. ni pun penting.. nak rangka STRATEGI pun kena tahu rules. Ibarat bermain rugby, kena belajar undang2, baru boleh atur strategi.. baru boleh menang! Dan DOA jangan lupa.

Akhirul kalam, TERIMA KASIH buat semua yang sudi luangkan masa baca sharing panjang lebar saya ni. Saya doakan grup Jutawan bakal meletup Oktober ni. Nak ke tak nak? ;)
_____________________________________

Tu dia panjang lebar... tujuan saya kongsi kisah2 sahabt2.. bukan utk kita lari fokus tapi utk MENAMBAH SEMANGAT.. jika org lain bole. kenapa kita tak boleh... PERCAYALAH DGN KEHEBATAN DIRI DAN KEBOLEHAN ANDA.. susah senang.. suka duka. jatuh bangun dlm bisnes.. dlmlife.. its normal... utk menjadi LUAR BIASA.. anda harus ada FAITH yg tinggi.. jom kita teruskan perjuangan OCTOBER.. .jika Hadha,wanita kecil comel molek anak dua boleh buat.. oleh jadi Master (soon insyaAllah..... takkan kita tak boleh..dia juga manusia biasa.. mcm kita.. SO JOM JADI LUAR BIASA BULAN INI DAN SETERUSNYA

_______________________




No comments:

Post a Comment