Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika Dila Roslan

[Cerita Dila Roslan - Asam Garam Perjalananku Dalam Shaklee...]
Lama dah tak share success story.. pagi ni saya nak kongsi kisah anaksaya Puan Dila Roslan... bila saya baca kisah beliau.. yg sy boleh kaitkan adalah sejauh mana kita benar2 REDHA dgn apa yg Allah 'beri' pada kita... kerana jika kita benar2 REDHA.. insyaAllah.. Allah ganti dgn ganjaran yg BESAR.. yg kita tak sangka2.. sama gak dlm bisnes ni.. apa jua yg Allah 'beri'.. terima dgn hati yg redha.. istigfar dan selawat byk2..jom baca kisah beliau..
_____________________________________
Cerita ni dah lama saya nak share tapi asyik tertunda je…maklumlah,nak tulis ikhlas dari hati…Alhamdulillah, dah tertulis akhirnya…ok jom layan…
__________________________
Keluarga saya memang jenis makan Supplement, tapi disebabkan arwah ayah saya ahli Amway, maka tak langsung, satu keluarga kami pun makan Amway…Masa mengandungkan anak pertama, saya memang ikhtiar nak breastfeed sepenuhnya maka tengah cari-cari info tu, terjumpalah blog Kak Cery…Teruslah jadi customer nya..masa tu saya suka sangat baca blog beliau sebab banyak info dn sentiasa updated..hingga satu tahap tu setiap hari saya bukak blog Mamafaiz nak baca entry baru…sampai pernah masuk contest untuk ceritakan pengalaman dgn Shaklee dan menang sebotol Omega Guard…sampai sekarang simpan botol tu…hihi..
Lepas puas hati dengan Set Bf trial pack, saya pun buat repeat order sampai cukup RM650 untuk free membership…masa tu belikan sekali supplement utk mak saudara yang hidap kanser..saya join Shaklee Feb 2011…masa tu memanglah bonus Rm30 lebih je…masuk bulan kedua, Kak Cery tanya saya nak buat income tak? Masa tu blur lagi, tapi siapa yang taknak duit kan…so kak cery pun mula guide saya…memang banyak tips, info, sharing semua dah bagi..tapi saya tak “sedia nak menjual” sebab masa tu dah sibuk dengan kerja dan Shaklee ni saya set dalam mind set “Side Income”, maka income pun sipi-sipi lah…tapi, saya suka share tentang Shaklee dan pengalaman Breastfeeding saya…bila saya share tu, makin ramai orang tanya dan berminat nak beli…kiranya rezeki datang bergolek..
Bulan Mac/April 2011 bila Website saya Wondermum.my siap, makin ramai customer saya…Suami yang buat website tu dan galakkan saya buat bisnes Shaklee sebab beliau dah study tentang Marketing Plan Shaklee ni & sangat puas hati dgn system Shaklee. Makin banyak saya sharing, makin banyak order masuk…bulan Jun 2011 saya naik Supervisor…masa tu terbeliak biji mata sebab income 4 angka…so saya letak target baru, nak guna duit Shaklee utk bayar yuran nursery anak…masa tu dgn income tetap sebagai engineer muda dan kos sara hidup yang tinggi di Ampang, saya susah nak bagi mak ayah duit belanja….kene berjimat lagi…Beberapa bulan efektif sebagai Supervisor, memang seronok sebab dapat income lebih , dan saya mampu bagi mak ayah & adik-adik duit belanja….
antara kenangan yang saya tak boleh lupa:
1) Masa tu saya takde laptop, pinjam laptop suami nak update blog. Balik umah lepas keje, saya tido awal dalam kul 9..suami tido lambat guna laptop sampai pkul 2 pagi…saya bangun pkul 2 pagi untuk pam susu sambil update blog, packing order, follow up customer…klau sempat sebelum subuh saya tido sekejap
2) Kat opis Cuma ada internet di library. Jadi waktu lunch 1 jam, saya gunakan sepenuhnya. 15minit makan, 30minit pos barang, 15 minit update FB, cek email dan lain-lain…memang tak pernah/jarang sangat lunch dengan kawan2 opis..sbb nak kejar masa yg berharga.. Habis waktu kerja pukul 530pm, tapi saya balik lewat sikit untuk update blog di opis.
3) Waktu pam susu kat bilik stor cleaner, saya reply sms customer, dan berzikir sebanyaknya
4) Waktu kerja kat opis, saya memang buat kerja betul...reply call atau sms customer bila free atau break...saya cuba jaga amanah yg majikan berikan...Alhamdulillah, order menderu-deru...
Bulan Dec 2011, saya berada dalam comfort zone …sebab masa tu company bagi bonus…jadi saya tak aktif bisnes Shaklee…buat pun ikut dan..akhirnya saya tak efektif supervisor….tapi bulan seterusnya saya efektif semula…dan masa tu saya takde downline…jadi lebih kurang setahun juga saya seorang diri..buat 2500UV…pada National Conference 2012, ramai kawan-kawan saya naik stage amik award…tapi saya tak dapat sebab 1 bulan yang saya tak efektif tu…balik drp NC, saya cakap kat suami, saya nak amik award tahun ni…dan sejak tu memang saya focus Shaklee…masa tu Allah kurniakan saya downline pertama pada April 2012 iaitu ummu Ainan …Awal bulan Jun 2012, saya ambil keputusan drastik utk berhenti kerja….padahal saya baru je dinaikkan pangkat sbg Engineer Grade A…Dan masa tu saya masih Supervisor..tapi saya nak sangat keluar dari comfort zone saya dan naik Senior Sup..saya rasa kalau dengan focus shaklee baru saya boleh focus…Antara factor ialah bila Hj Roslan kalau jumpa kat branch slalu tanya saya…”lamanya Sup…bila nak naik Sr. sup ni?” Saya cabar diri saya, bila resign ni income Shaklee mesti lebih drp gaji saya dulu.
Pertengahan bulan Jun 2012, ayah saya meninggal dunia secara mengejut, dan 2 minggu terakhir tu saya tak dapat focus Shaklee…Masa tu saya redha dah….Tapi sepanjang 2 minggu tu lah org order dengan saya meletup-letup…..Alhamdulillah, akhir bulan tu, saya naik Sr Sup…
3 bulan dengan title Sr sup, saya tekad nak naik Coordi dengan income mesti lebih drp gaji dulu…saya cabar diri saya…Alhamdulillah bulan Oct 2012 ada 2 sup baru saya Khairul Nisak & Norhuda Mazan....dan sy naik Coordi dengan income bersih hampir 2 kali ganda gaji Engineer A.
Lepas bersalin bulan 11, saya diuji dengan keadaan anak yang dilahirkan injap jantungnya sempit sejak lahir…saya perlu monitor 24jam…sejak lahir sampai umur 2 bulan, baby saya 2 kali admitted sebab demam panas dimana kali ke2 tu yg teruk…badan jadi gemuk sebab toxic terperangkap dalam badan & Nampak sangat susah dia nak bernafas. Makin teruk bila dia selsema ….masa tu pakar jantung kanak-kanak yg kami jumpa tu cakap performance jantung dia dalam 20% shj…klau normal 50%++...Esoknya terus doc lakukan procedure memasukkan bubble untuk besarkan injap jantung baby saya. Seminggu berkampung di hospital, memang saya tak dapat online, saya redha lagi…Subhanallah, masa tu lah datang order melimpah ruah sampai saya minta maaf kpd customers sbb tak dpt hantar brg. Customers saya semua memahami dan siap doakan kesihatan anak saya. Hari keluar hospital tu, terus pegi branch untuk amik barang sbb ramai sgt order..Alhamdulillah, akhir bulan tu saya complete Car Bonus Program dan cukup point untuk dapat 2 tiket ke Sabah.
Sekarang ni Alhamdulillah memang target saya dulu dah tercapai…Pendapatan stabil jauh lebih banyak daripada Engineer A, tiket ke Sabah, car bonus dan inshaaAllah naik stage amik award masa NC tahun ni..
Muhasabah untuk saya dan rakan-rakan:
1) Kalau kita benar-benar inginkan sesuatu, jangan takut untuk keluarkan diri dari zon selesa ..Cabar diri untuk capai apa yang kita benar-benar inginkan…segalanya tak mustahil dgn izin Allah. Dare to dream!
2) Hidup ini bukan sentiasa indah dan kita akan sentiasa diuji…Bila kita benar-benar redha dgn ketentuan Allah, pasti akan dikurniakan rezeki melimpah ruah.
Saya pegang amanat arwah ayah untuk amalkan ayat Seribu Dinar bila dilanda kesusahan:
Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Semoga bermanfaat..
_________
Thanks Dila for sharing.saya bangga dgn anda.. tahniah dan teruskan perjuangan..
Buat yg lain2.... mcm sy tulis tadi.. apa jua yg Allah 'beri'.. terima dgn hati yg redha.. istigfar dan selawat byk2.. sbb semua tu nak mendidik hati kita menjadi seorang yg hebat dlm bisnes ni.. insyaAllah... jauhi mengeluh dan merungut kay..Jika Dila boleh.. kenapa anda semua tidak boleh.. kita semua sama.. yg membezakan adalah bagaimana tindakan kita MENERIMA APA JUA YG ALLAH BERI.. okey ye sahabat2... insyaAllah kejayaan besar menanti anda bulan ini dan setrusnya jika anda redha dgn apa jua yg Allah beri pada anda
__________
MC

No comments:

Post a Comment