Monday, December 1, 2014

Cerita Magika LIN CHALO

Bismillah..
[Background Saya]

Sebelum saya cuba menjawab soalan-soalan ‘leaders’ semua, saya nak cerita serba sikit mengenai ‘background’ saya supaya ‘leaders’ faham mengapa ada ‘certain’ soalan saya tak boleh jawab atau anda tak boleh nak ‘duplicate’ disebabkan berbeza situasi dan latarbelakang.
- Kehidupan peribadi

Saya seorang WAHM semenjak Januari 2012. Berhenti mengajar di sebuah ‘private college’ pada Disember 2011. Mempunyai 4 orang anak berumur 8 tahun, 6 tahun, 3 tahun dan 16 bulan. Tinggal di ‘apartment’ 3 bilik dan cuma mempunyai 1 kenderaan berjenama tempatan. Saya mempunyai lesen kereta semenjak 5 tahun yang lepas tetapi tidak pernah membawa kereta seumur hidup saya (hehe, nanti saya bagitau apakah kaitan semua ini). Pada permulaan suami saya tak ‘support’ saya join Shaklee, sekarang dia ‘supporter’ no 1 selain mak saya.

- Perjalanan Shaklee saya

Perjalanan saya di dalam Shaklee tidaklah terlalu cepat. Saya mengambil keputusan untuk ‘rilek2’ je dan menikmati setiap cabaran di dalam Shaklee ini sambil2 berusaha untuk mengaut semua faedah2 yang ditawarkan oleh Shaklee. Cuma saya memang target nak ‘complete’kan semua rank dalam masa 2 tahun. WAJIB!

Insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Shaklee kepada saya ialah Mommyku Ainul Malik yang tersayang. Kami sama-sama bekerja di Masterskill dulu. Saya memang sangat hargai semua tunjuk ajar yang dia bagi. ‘From’ 0 smpi saya jadi macam ni hari ini. 

Di bawah ni ‘rank’ saya yang tak seberapa nak cepat – tak seberapa lambat. ‘Just nice’ la orang putih cakap. 

Jan 2012 – Saya ‘register membership’ Shaklee
Feb – Jun 2012 (6 Bulan) – Saya tidur mati
Julai – Sept 2012 (3 Bulan) – Supervisor
(Dalam pantang baru lahirkan baby no 4 saya)
(Naik sorang2 – masa ni solo memang takde anak Shaklee walau seorang)
Okt – Jan 2013 (4 Bulan) – Coordinator (Saya lompat Sr SV)
Feb – Mei 2013 (4 Bulan) – Sr Coordinator
Jun – Sept 2013 (3 Bulan) – Key Coordinator
Oct – Nov 2013 (2 Bulan)– Sr Key Coordinator
Dis 2013 – InsyaAllah mengidamkan dengan penuh rakus Masters (hehe)

Ok itu serba sedikit mengenai saya. Data di atas sebab nak bagi senang korang semua ‘banding’kan ‘kesusahan’ antara kita dalam menghadapi rintangan dan halangan yang kita hadapi dalam mengembangkan empayar Shaklee kita ni.

Jadi untuk setiap soalan saya dah gabungkan mengikut jenis masing-masing. Saya akan cuba menjawab sejujur dan sebaik mungkin. Sebab dalam ni semuanya ‘leaders’ yang hebat-hebat belaka. Jadi saya akan ceritakan apa usaha saya yang sebenarnya dalam menghadapi kesemua cabaran yang dihadapi tanpa cuba untuk berlebih-lebihan. Hehe. Jadi bagi soalan yang tidak berkaitan dengan ‘background’ saya/atau tak pernah hadapi saya mohon maaf sebab tak dapat nak ‘sharing’ banyak.

[Cara Saya Bahagi Masa Keluarga & Shakee]

1st of all, saya adalah manusia biasa. Kita sama. Ada perasaan nak jadi yang terbaik. Perasaan nak jadi ‘supermom’. Perasaan berkobar-kobar dan sebagainya. Di awal-awal masa jadi WAHM dulu, saya akui saya memang agak ‘terkejut’ sikit sebab baru nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Sebab bila kita bekerja dari rumah, anak dan suami adalah ‘priority’ no 1.

So apa yang saya buat:

1- Saya memang suka tulis semua kerja yg saya nak buat ari tu dalam kertas. Senang nak ‘refer’ untuk sepanjang hari.
2- Saya akan pastikan anak-anak kenyang dan bersih terlebih dahulu sebelum buat kerja Shaklee saya. (Supaya dorang tak kacau kita – ‘at least’ utk sejam dua)
3- Saya takde jadual spesifik dalam buat kerja rumah dan kerja Shaklee cumanya saya seperti biasa akan tulis apa yang saya nak buat (termasuk kerja-kerja Shaklee macam update blog & fb)
4- Awal-awal dulu (dalam 5 bulan pertama selepas naik SV) saya selalu tidur lewat. Kadang-kadang pukul 2 atau 3 baru tidur. Tapi sekarang ni saya tidur normal. Kadang2 je lewat tapi bukan sebab Shaklee
5- Saya bukan jenis cerewet. Terima seadanya apa yang berlaku di rumah. (Hehe, u know what I mean). Walaupun duduk rumah tapi untuk sentiasa kemas itu macam satu impian yang agak mustahil lebih2 lagi dengan kehadiran 4 orang anak yg tengah membesar dengan aktif & gembira)
6- Cara ‘handle’ anak Shaklee.. Saya jenis ‘simple’.. Saya layan anak2 dalam WhatsApp/PM kalau saya free.. kalau tak free saya biar dulu.. (melainkan hal2 yg urgent). So kalau dari awal lagi anak-anak dah tahu ‘style’ kita macamana saya yakin dorang takkan kecik ati kalau lambat ‘reply’ sebarang persoalan etc.
7- Walau apa pun saya memang berusaha ikut semua yg upline ajar; buat RCA, buat checklist, amalan rohani (sangat bersyukur kenal group hebat macam ni) dan sebagainya

[‘Turning point’, ‘push factor’, ikhlas dan bangkit selepas jatuh]

Sebelum saya fokus pada Shaklee, saya memang 100% bagi komitmen pada kedai SweetBonda saya (Sebelum join Shaklee saya memang bisnes online barang-barang bf dan baby). Mula-mula lepas quit kerja, saya memang aktif menjual, promote di internet. 

Tapi lama kelamaan saya jadi letih sebab margin keuntungan kecil dan modal besar. Dan pada masa tu saya masih TIDAK ADA PASSION terhadap Shaklee. Saya cuma makan suplemen tapi saya tak nampak lagi bagaimana Shaklee boleh membantu saya dalam menjana income. 

Sebab tu selama 6 bulan yang pertama tu saya ‘main-main’ je dengan Shaklee. Tak semangat. Malas nak kenal produk. Malas nak baca info. Sebabnya saya lebih gembira dengan kedai SweetBonda saya tu.

So saya rasa ‘turning point’ saya adalah selepas melahirkan anak saya yang ke 4. Masa tu saya benar-benar berazam untuk serius dalam Shaklee selepas saya ternampak income Master Cery yang berjumlah RM80k masa tu. Hehe. 

Ok mmg tujuan utama saya bisnes sebab nak income. Dan saya bukan jenis yang suka nak minta duit suami untuk nak beli barang2 yang yang bukan di dalam kemampuan suami saya (kalau mampu pun segan weh.. haha). Kalau ada duit sendiri sesedap rasa nak shopping kan.. So, saya fikir masa tu.. kalau Master Cery boleh, why not aku? (Saya adalah jenis no 1 dalam posting atok yang terlatest.. cuma mau duit aja masa tu.. serius masa awal-awal aktif sebab nak ‘income’.. 

Dan saya rasa ‘mostly’ daripada kita join Shaklee sebab nak duit kannn?? , tapi sekarang niat utama dah bertukar iaitu cuba menjadikan lebih ramai orang yang mampu ada income besar2 walaupun duduk kat rumah je.. rasa puas bila downline merasa apa yang saya dah rasa).

Saya takde pengalaman yang jatuh teruk gila sebelum bangkit. Cuma sepanjang 6 bulan yg pertama tu saya selalu rasa tak yakin, tak semangat, tak suka nak buat Shaklee. Padahal katanya nak berjaya, tapi usaha takde, minat takde. So bila dah jadi macam tu kita tak dapat nak keluarkan yang ‘the best’ yang ada dalam diri kita.. 6 bulan pertama tu adalah zaman kegelapan saya dengan Shaklee. “Like attracts like” kan.. Bila saya tak minat dengan Shaklee, Shaklee pun tak minat la dengan saya.. huhu

Ikhlas dalam Shaklee.. ‘Honestly’, sejak saya naik SV.. Saya tak pernah rasa tak ikhlas buat Shaklee.. Sebab saya sangat mencintai Shaklee, saya suka sangat buat Shaklee.. sebab tu sanggup buat apa saja untuk kenbangkan empayar masa awal2 dulu (skrg pun masih lagi).. Jadi saya takde rasa macam malas dan sebagainya.

Secara puratanya, saya berada di satu-satu rank tu dalam 3-4 bulan. Saya memang buat target bila saya nak naik rank. Saya tahu bila saya mahu. Cuma saya bukan jenis yang paksa diri nak cpaai juga kalau tak mampu. Saya akan buat sehabis baik pastu ‘just follow the flow’ dan pastikan masih di dalam radar target saya. 

Biar lambat asalkan kita bergerak berusaha mencapai satu-satu rank tu. Kita jangan ikut orang lain; just be yourself.. hanya kita sendiri yang tahu kemampuan diri masing-masing.. dan rezeki itu juga sentiasa ada bagi yang berusaha. Bagi saya target peribadi itu lebih penting. Kejayaan orang lain kita jadikan sebagai pembakar semangat untuk kita capai target kita.

No comments:

Post a Comment