Monday, December 1, 2014

Cerita Magika NINI NISRIN

Selamat pagi semua... Memandangkan ramai yg cuti panjang..bonus pun lambat lagi masuk kan..hihi.Jadi jom spend sedikit masa baca kisah success story sahabat2 kita.... Dibwh ni kisah Nini anak didik Puan Farihah..... Saya baru sekali je berkesempatan bertemu nini di majlis double master celebration last year, lembut comel molek sahaja orangnya.. tapi kecil2 cili api ya..
Kalau u all rasa kisah hidup masalah u all sangat berat, takde modal nak buat biz shaklee, takde org nak beli, org pandang rendah, byk tanggungan hidup... BAIK YOU ALL BERHENTI MENGELUH DAN BACA DULU KISAH DIBWH INI... kerana NINI dah membuktkan yg EVERYTHING IS POSSIBLE IF YOU HAVE FAITH and PASSION.. InsyaAllah.. JOm baca intro daripada puan farihah dan seterusnya kisah Nini... daripada zero ke heroin.. daripada distributor biasa, insyaAllah dah hampir menjejak ke coordinator dan tak mustahil 5 angka..anytime .. rank dan duit tak lari.. kerana setiap detik yg berlalu dlm hidup nini, NIni telah memberikan yg terbaik..JOM BACA... Semoga menyuntik semangat caj2 positif buat anda semua
_____________________________________
"....Nini adalah salah seorang anak saya yang sangat positif. Dia tak pernah mengeluh "Takde orang beli pon?" Sungguh optimis dengan cita-citanya membuatkan saya melopong melihat GUVnya yang shoot hampir 3x ganda dari bulan lepas. Semua orang yang positif boleh berjaya, saya yakin.
Nini baru lepas fleet pertama car bonus 5Kuv, dia sebenarnya skor 6K++ guv, wooww!! dan bulan ini berjuang untuk 7.5Kuv. Dengan sarat mengandung, dia tidak pernah mengalah atau menangguhkan kejayaan / cita2nya. Jombaca kisah Nini. Mudah-mudahan impiannya menggapai cita-cita Jutawan Muslimah akan berjaya.
=====================
Assalamualaikum, hari ni 5 november. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai ni'mat iman dan islam serta menyedut udara dan berpijak dibumi Allah ini. Satu perkara yang jarang2 saya syukuri sebenarnya, mungkin tidak cukup masa, atau memang diri sendiri jenis mudah lupa. Tp alhamdulillah, terasa terpanggil untuk menulis serta membaiki diri. Mudah mudahan kita mampu menjadi orang yang hari ini lebih baik dari semalam.insya allah. (panjang pulak intro nye :-))
Ok, straight to the point.
Pertama sekali mula mencungkil bakat dalam berbisnes pada bulan jun 2011. Masa tu anak saya nak masuk 3 bulan. Dan masa tu jugala kali pertama saya pandai membeli online. Waktu tu saya beli clothdiapers dan saya mula simpan angan-angan, nanti nak buat bisnes clothdiapers juga. Alhamdulillah,saya terbuka hati untuk tanya penjual clothdiapers peluang-peluang untuk saya jana pendapatan. Saya jadi ejen dropship dgn modal 0. Saya mulakan dengan jual clothdiapers tu dengan meletakkan harga saya sendiri. Maka bermulalah saya sebagai seorang peniaga online.
Masa awal-awal tu agak ambil masa jugak untuk dapat pembeli sebab saya masih belum dikenali sebagai seorang penjual  so, masa tu masa saya perkenalkan diri. Macam-macam saya buat. Tidur sampai pukul 3 pagi sebab study tentang cloth diapers, update blog, update fb dan bagai2 ..letih sangat. Terkejar2 dengan anak kecik dan suami yang memang juga sgt sibuk dengan tuntutan kerja dan masyarakat.
Awal-awal tu x ramai yang beli, tp saya x putus asa, sampailah saya ada customer. rasa saaaaaaaaaaangat excited x terkata. Walaupun hanya dapat untung dalam RM20, tp saya sgt suka, sebabnya saya tak kerja dan tiada pendapatan sendiri. Jd, dgn RM20 sy boleh kumpul untuk beli brg yg sy nak. (segan nk mintak ngan suami,huhuhu).
Masa tu income x byk pun. Tp alhamdulillah, itu rezki dari Allah atas usaha saya. Benar sgt, duit rm20 yang sy dpt dengan usaha ni sgt sy hargai berbanding masa sy kerja dulu. Mgkn sy lagha dgn keje dulu kot. Xbekerja sungguh-sungguh kot.huhu
Then saya kembangkan sikit dengan kopiah kait. Sebab sy suka kopiah kait dan kemudian dapat idea repack kerepek yang sy beli borong:-) so, dapatlah juga pendapatan sikit-sikit.
Sehinggalah akhir tahun 2011, saya mampu ambik stok clothdiapers sendiri, dan suami bagi modal untuk saya buat bisnes tshirt muslimah. Alhamdulillah, sy buat semua tu demi keluarga saya. Saya ketepikan segala rasa malu. Isteri pensyarah bukak gerai d program-program tadika dengan bawak anak kecik, bersila atas tikar. setiap kali jumpa orang yang kenal saya, mesti ada yang cakap, eik…ni isteri si dia ni kan. Xletih ke jual-jual ni. Saya senyum dan dengan bangganya jawab..ya!!  diorg selalu tanya, kenapa saya x keje. Xpenah cari keje ke. Xnak keje balik ke. Sampai sekali tu, makcik saya sendiri cakap, degree tu buat gantung di dinding je lerrr…terkejut asben saya dengar, tp asben saya cakap, xpe, nanti dia akan tahu apa yang saya buat. Baru dia terkejut. Hohoho....ekceli banyak dugaan seorang pemegang ijazah yang bertindak menjadi surirumah sepenuh masa. Ramai yang pandang rendah. Ramai yang lihat kita sebelah mata. Jiran-jiran di politeknik ni, ramai yang asyik Tanya, x boring ke , cari la kerja dan segala macam la. Huuuu…tidakkkk….saya x kan mengalah. Gogogogoooo…
Saya xkisah dah apa org nak kata. Yang penting, sy x nak keje dengan orang, tinggalkan anak-anak saya dan semua-semua peluang yg seorang isteri dapat bila dia berada di rumah. Saya bukan xpernah kerja. Semua orang cakap, rugi saya berhenti kerja. Sedangkan dah ada tempat dan jawatan sesuai dulu. Tapi saya kata, saya x dpt life saya. Rasa tertekan memandangkan saya keje di husm, suami pulak di perlis, dua negeri yang cuti minggunya berbeza, sangat x bes. Baik berenti, dan saya yakin, ada sesuatu di hadapan yang saya boleh capai.
Sehinggalah 1 hari, saya termengenali seorang kakak. Dia tanya tentang cloth pad. Dan saya x de jual, cuma ada kawan yang jual. So, saya bagi la link tu kat kakak tuh. Masa tu x kenal lagi dia. Cuma kenal dia ni kakak kepada kawan di uitm dulu. Dan ada sekali depa adik beradik ni duk borak di fb tentang shake shake. Apa ntah. Resepi shake2. Hohoho. Jakun giler waktu tu. Maka bermulala cerita bagaimana sy mengenali apa itu shake2 dan apa itu shaklee.
Sy dah berminat nak beli set bf, tapi dsebabkan xdak duit sy hold masa tu memang sengkek.. Nak mintak dgn asben pun sogan. So, terbiar je la offer tu di situ. Tapi dalam hati, memang dah pasang angan-angan, nk makan vitamin Shaklee dan nak cuba buat bisnes shaklee jgk.
Sehinggalah ..........
Pada 1 hari, sy pening2,  cek2, waaaahhh.double line. Sy pregnant lagi.kui3…anak sulung baru 11 bulan masa tu.hehe.rejeki… Maka, saya cntactla kakak tu kembali sebab nk beli set shaklee fullpack hamil. Saya nak beli sebab saya dah decide x nak guna vitamin klinik dah. Vitamin klinik macam xde kesan sangat kat saya ,sebab saya carrier thlassemia. Jd nak cuba Shaklee pula. Masa tu beli la dgn duit utg jual cloth diapers. Kui3. So, beli share dengan kawan-kawan sebab nak jadi ahli free  . maka jadilah saya ahli Shaklee.
Start pregnant tu, saya kene morning sickness yang agak teruk. Shaklee pun xleh mkn. Esp lgsung xleh telan. Bcomplex lagila..kikiki...so, amek skip2. Sampai la 3bln pregnant baru morning sickness tu berlalu pergi. Mak Shaklee dah banyak kali nasihat makan vitamin, mkn vitamin hihi..dan baca manual Shaklee tu. 3 bulan buku manual tu terperap dalam beg xbukak-bukak, sebab pening xleh baca.
So, bila dah boleh mula baca, saya start baca buku manual shaklee, online n segala. Masa tu sy berkobar nk buat shaklee. Dan saya pun mulakan
Pada awalnya mmg sy rasa takut mmandangkan sy xpernah pun jual join mlm ni. Memang sgt anti mlm dulu. Masa nk jadi ahli tu pun, banyak duk Tanya mak Shaklee saya tu, halal ke mlm ni. Hehee. Alhamdulillah, semuanya diterangkan dengan sangat baik oleh mak Shaklee saya tenkiu mommy. Demi cita-cita saya yang tinggi, saya cuba. Sebab bagi saya , saya juga mesti boleh buat. Orang lain boleh kenapa sy x boleh . Tu la apa yang saya set dlm minda saya. Buang segala negative.
Saya bermula untuk jual produk shaklee masa saya pregnnt 3 bulan, iaitu dalam bulan 5.2012. Baru sangat lagi, permulaan saya dengan buat promosi produk. Saya tahu ramai yg jual produk shaklee, tapi Allah janjikan rezki bagi setiap nyawa yang diberinya dengan apa cara sekali pun asalkan kita berusaha. Jadi, saya yakin dengan itu. Negatif dibuang jauh2.
Saya pun bermula. Promot,dan ramai yang mula bertanya. Bermula dari situ, saya dapat customer. Masa tu saya belum pegang stok lagi. Sebulan kemudian, baru saya beli stok dlm rm600 dan mula buat stok untuk pek trial. Alhamdulillah, sambutan sangat bagus dan saya makin bersemangat. Mak Shaklee saya selalu cakap, kita kene bersedia, barulah ada yang datang. 
Pada awalnya saya dapat generate income dalam rm300 je pada permulaan sy buat bisnes shaklee. Dalam 700uv kot . sebulan kemudian, naik ke 1400uv. Rm300 bg sy pd ketika itu dah sangat banyak. Saya boleh beli barang2 yang saya nak. Alhmdulillah. Sgt bersyukur.
Bln ramadhan pula tiba, dan masa tu sales saya sangat bgus. Saya dapat 4 angka bulan tersebut dan dapat naik rank ke supervisor. Alhmdulillah, rezki ramadhan dan dapat guna untuk pulang berhari raya nanti. Namun, allah uji kami dengan kereta rosak dalam perjalanan, saya masa tu terfikir, alhamdulillah, sy boleh ringankan beban suami saya dalam repair kereta dan byr duit hotel mlm tu sb kami x bleh meneruskan perjalanan pada hr tu. So, bila di total up, jumlah perbelanjaan repair kete dan hotel n segala tu dalm rm700. So, bonus shkalee ada lg balance dan balance tersebut digunakan sepanjang meniti hari sebelum dapat gaji bulan depan. Alhamdulillah ya allah.
Bulan ogos, sy juga berjaya dpat 4 angka. Mgkn masa ni sy dh makin dikenali. Orang semakin ramai bertanya, walaupun ada yang tanya2 saja tapi bagi saya ia sudah sgt bgus, sb mmg ada yg suka dgn produk ni.
September juga x kurang. Sy dapat beli gajet kegemaran sy dgn bonus shaklee.  alhamdulillah. Tiada apa yg boleh sy katakan lg.
Oktober, sy makin teruja . Dengan income 4 angka lagi, sy sudah bleh mnyimpan . Dan kami berazam akan mula mnyimpan utk masa dpn kami. Memandangkan suami jg byk tanggungan dan sy perlu bantu dia. Mg perjalanan sy ini diredhai dan d berkati Allah.
Dan saya ada anak-anak dan cucu-cucu. Saya yakin mereka sangat hebat, jauh lebih hebat dari saya. Jadi, saya doakan mereka untuk terus Berjaya dalam bidang ni. Dan pada mami Shaklee saya KAK FARIHAH, I luv u so much. Ekekekkkkkeee…terima kasih atas tunjuk ajarmu sifu 
Ok, tu je dari saya. Xpandai nak karang panjang2. Cuma, akhir kata, saya ada sesautu yang saya nak capai, dan ia adalah push factor bagi saya dan saya mesti berusaha untuk dapatkannya. Go go go 
==============
Thanks for sharing Nini dan juga farihah...Jumpa anda dipuncak.. NIni dah buktikan yg everything is possible ....Tukarkan semua masalah menjadi CABARAN yg akhirnya menjanjikan kejayaan YG MANISSS.. PErmulaaan semua orang tak sama,lambat atau cepat.. cabaran juga TAK SAMA.. tapi penutupnya, semua pasti akan memegang title MASTER COORDINATOR.. insyaAllah..
Ambil masa utk mencari dengan lebih JELAS apa PUSH FACTOR anda,apa yg anda inginkan dari bisnes ini.. anda sahaja yang mengetahui apa yg tersirat di hati anda..
Jadi anda semua bagaimana? masih merasakan masalah hidup anda paling berat sehingga tak mampu berjaya dlm shaklee? Sendiri renung2kan ya.. NAK SERIBU DAYA..
with love
MamaFaiz si kelip2

No comments:

Post a Comment