Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika Fazliana

okey.. petang2 dah tengah2 bulan ni.. ada yg dah rasa mcm nak tarik handbrake kan.. ada yg rasa macam jauhnyer perjalanan dlm shaklee ni... tapi byk lagi tak trcapai.. okey. take 5.. mari kita baca kisah cicit saya,,anak kepada master ruziah.. kisah fazliana. yg kini dah menjadi Key coordinator.. beliau naik setapak demi setapak..sape sangka wanita kecil ni menggalas tugas dan tanggungjwb yg besar.. cabaran juga besar... tapi berjaya ke title key coordinator.. jom baca.
______________
Saya bangun seawal jam 5 pagi untuk membuat coretan ini...
Sebelum ini saya pernah kongsikan perjalanan shaklee saya cuma disebabkan group KSM bertambah dengan begitu ramai dari sehari ke sehari maka saya terpanggil untuk bercerita semula.. Sebelum ini saya memang tidak pernah dengar shaklee. Disebabkan kenekadan untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya maka saya ditemukan dengan shaklee. Masa tu bukan nak banyakkan susu badan pun tapi nak badan jadi sihat dan bertenaga. Bila amik shaklee masa tu saya perasan badan memang jadi bertenaga & bonus susu pun bertambah banyak.
Bila susu dah bertambah banyak... mula lah org dok bertanya... ye la yang 1st dulu 2 minggu je susukan anak.. nak pam 1 aun pun rasa nak menangis je. So ramai la yang saya rekemen amik shaklee ni.. Semua yang saya rekemen terus amik shaklee ni. So pengedar lama saya tanya why dun u jadi ahli je coz apa yang u jual semua laris... Fikir punya fikir... tanya husban kat sebelah.. die pun setuju untuk saya jadi ahli cuma kena cari upline yang dekat juga. Bila saya amik keputusan join ahli xde fikir nak untung pun cuma saya nak bimbing ibu2 bf jangan kecundang mcm saya dulu. Lagipun boleh lah buat cover set 3M saya tu... Masa tu pula memang rancak shopping on9 nye.. beli tudung sehelai sampai 2-3ratus.. So saya sangat memahami kenapa husban bersetuju..... 
Maka bertemu lah dengan mama g a.k.a ruziah amin.. saya beli barang rm650++ untuk dapat free membership tapi kesemuanya dah ada empunya pun.. So di awal pembabitan memang zero modal.. Apa yang saya buat b4 join ahli? Saya dok warwarkan pada kawan2 yg saya pengedar shaklee. So kumpul2 pembeli cukuplah nak bayar barangan untuk free membership tu.
Saya mempunyai kerja yang sangat sibuk. Kadang balik pun malam. Nak cuti pun susah coz kerja sangat lah banyak. Saya juga mempunyai anak kecil berusia hampir 2 tahun bergayut sepanjang masa. Rasanya dalam tempoh 2 tahun ni xpernah tidur nyenyak pun. Alhamdulillah berkat 3M shaklee badan masih cergas & bertenaga.
Bagi saya pembahagian masa itu penting. Balik dari pejabat saya akan menguruskan anak-anak & melakukan kerja-kerja rumah juga. Lepas itu.. sepenat mana pun saya akan meluangkan masa at least 20 minit untuk marketing... Tiada istilah SKIP marketing untuk 6 bulan pertama.. Barang-barang untuk di pos saya bungkus kadang pukul 2 pagi..kadang 3pagi... kadang 4pagi... Tu pun banyak kali la terpaksa berhenti coz menyusukan si kenit tu. Masa tu dah mula rasa penat... Tapi saya tetap buat... Masa ni pun belum mahu serius lagi.. langsung xde plan. Kalau tanya saya, yang saya tahu set menyusu je, lain produk, uv, bonus semua saya tolak tepi. Disebabkan buat dengan samseng saya pernah x effective sebagai sr supervisor sekali. Enam bulan pertama saya buat semuanya sendiri tiada downline. Kebanyakan info saya google & search sendiri tanpa menyusahkan upline. Mungkin keyakinan masih belum ada sebab tu tiada orang pun join ahli. Saya sendiri x berani promo untuk sesiapa jadi ahli bawah saya.
Bila kerja di pejabat semakin hari semakin banyak & kebanyakannya bukan tugas hakiki pun.. Asyik lah kene balik malam sampai pukul 10 malam. Timbullah kekuatan dalam diri untuk berjaya dalam shaklee. Sampai bila saya nak buat kerja macam ni. So saya pasang target dalam masa 10 tahun lagi saya nak pencen. Saya nak lebih masa diluangkan untuk anak2 & rumahtangga. Masa ni dah makin bertambah penat... Mana taknya habis kerja pukul 10 malam asyiklah kene singgah rumah kak ruziah ambil barang. Saya beritahu husban saya nak berhenti kerja awal. Sebaik sahaja saya utarakan niat saya tu, husban terus jadi super duper semangat. Dia lah yang mengambil stok kat rumah kak ruziah.. Menghantar barangan ke pejabat pos...sampai koyak2 beg husban. Dah lah pergi kerja naik motor je. Bila order dah semakin banyak, anak pula semakin kuat menyusu, so husban tawar diri untuk menolong kerja-kerja pembungkusan. Husban ajar buat simbol kat buku order.. hehe.. ada simbol untuk customer & ahli.. Alhamdulillah masa ni dah kurang sikit rasa letih coz dah xpayah bangun2 tengah2 malam untuk membungkus.
Selepas bertungkus lumus tanpa jemu selama 6 bulan saya mula beranak tanpa henti. Dalam masa 1 tahun saya berjaya mengorak langkah menjadi Coordinator. Saya cuba target bonus kereta pula. Alhamdulillah capai target. Sebulan selepas itu menjadi Senior Coordinator pula. Saya menjadi Senior Coordinator selama 3 bulan untuk elakkan terlepas cash reward shaklee tu.. hehe.. da pandai da.. Bulan ni bulan April bersamaan 1 tahun 4 bulan saya bersama shaklee.. syukur sangat2 saya berjaya mendaki 1 lagi anak tangga menjadi KEY COORDINATOR.
Now pun dah xde amik2 stok pada kak ruziah lagi. Dah standby banyak stok kat rumah. Percayalah bila ada stok maknanya ada gula di rumah. Maka banyaklah semut yang datang berkerumun. Beg husban pun telah diganti baru dengan beg heavy duty berharga RM400++ after diskaun dapat RM280... hehe..
Saya rasa amat bertuah berada dalam group jutawan bimbingan Master Cery, Master Iffah dan Master Ruziah... Yang paling bertuah bila dapat anak2, cucu2 & cicit2 shaklee yang super duper awesome. Anugerah dari Allah yang sangat berharga. Saya rasa sangat gembira kerana ramai ibu di luar sana yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan panduan dari saya serta bantuan dari shaklee of course juga kuasa Allah. Di pejabat dulunya saya seorang yang sibuk mengepam sekarang dah ramai yang mengepam juga... Niat awal untuk cover set 3M juga akhirnya dapat cover set untuk ibubapa, ibubapa mertua, suami & anak2 tersayang..
Kesimpulannya berhenti memberikan alasan... jadikan kelemahan anda semua sebagai kekuatan & perisai anda untuk berjaya. Tepuk dada tanya selera...
_______________
Tahniah Puan Fazliana Jamil kerana berkongsi kisah anda.. ada 2 langkah ke gerbang master .. insyaAllah.. masanya akan tiba..saya bangga dgn fazliana dan grup beliau. tringat dating dgn fazliana time kat kfc jusco melaka dulu.. hihi. time tgh bulan pose tu.. tapi kami bukan mkn kfc ye.. duk tepi2 je tumpang kerusi.. hahaha
.ye.. 16bulan bliau nak ke tapak keycoordinator. mungkin ada yg kata lama.. tapi bg saya takde istilah lama atau kejap.. no matter how long it takes.. masa anda akan tiba... yg penting adalah berapa lama anda nak 'menyediakan diri' anda menggapai IMPIAN BESAR ANDA
ingat yer.. lagi besar alasan anda.. lagi jauhla puncak kejayaan tu...
anda dah berada di kumpulan yg tepat..segalanya ada disini.. hanya tunggu anda utk duplicate sahaja...
saya doakan kejayaaan buat semua
*stabil di tangga key coordinator, bonus bulanan 5 angka sudah pasti sepastinya... taknk ke bulan2 masuk 5 angka dlm bank? dan yg lebih manis lagii anda berpeluang membantu lebih ramai dibwh anda menjana income 3-4-5 angka gak.. itu yg paling manisssss.. btul takkk..
____
mamafaiz si kelip2

No comments:

Post a Comment