Wednesday, December 3, 2014

Cerita Magika - Amy Hafiz

[Success stories... Road to Supervisor] Amy Hafiz - Supervisor, December 2013
Jom baca kisah cucu saya ni.. Amy beliau anak kepada Master Azlin ...bonus dari rm86 skrg dah 4 angka.. alhamdulillah
*kepada siapa2 yg suka lari fokus. ...yang rasa nak jual itu nakjual ini..yang rasa susahhh sangat nak jd sup.. haa pun sangat digalakkan baca..hihi
---------------
[PENUTUP 2013 YANG TERINDAH]
Salam tahun baru saya ucapkan... Dah lama rasanya saya tidak berceloteh di sini, aktiviti harian saya yang terlalu sibuk tapi tak bermakna saya melupakan anak-anak Shaklee saya yang makin menyubur... Alhamdulillah...dengan izin Allah s.w.t akhirnya dapat juga saya naik rank sebagai supervisor setelah 9 bulan mendaftar sebagai distributor Shaklee..malam ni saya nak share kisah bagaimana saya mengenali Shaklee.
Kisah saya bermula dengan sebuah produk kecantikan.....
disebabkan kegilaan untuk menjadi agen kpd produk kecantikan tersebut, saya ditakdirkan bertemu dengan "mak" saya sekarang Rusmina Abdullah di mana saya mengenali beliau dgn sikap tidak pernah kedekut ilmu untuk mengajar saya cara mengendalikan blog. Padahal beliau langsung tidak kenal saya ketika itu, dan kami hanya berkenalan melalui telefon. Selepas saya berkunjung ke rumahnya, rupanya beliau merupakan penulis blog yang saya sendiri selalu mengikuti perkembangan blognya. Bermula saat itulah, saya menjadikan beliau idola dan cuba membeli set trial pack Shaklee (Set B). Ketika itu juga, masalah penghasilan susu saya semakin merudum. Setelah mencuba set menyusu dan mendapat khidmat nasihat dari beliau, saya jatuh cinta dengan Shaklee kerana susu saya semakin meriah kembali....lalu terus mendaftar sebagai pengedar dengan Kak Rus.
Pada mulanya memang saya tidak berhajat langsung untuk berbisnes kerana sudah muak dengan bisnes MLM. Lagipun, sebelum ini, sudah banyak MLM yang saya masuk, tapi semuanya sama....tetapi sangkaan saya meleset..apabila kakRus menjemput saya ke Group Jutawan..di situlah bermulanya niat saya untuk berbisnes dgn Shaklee setelah membaca rahsia-rahsia PM Cery dalam pahit getir berbisnes Shaklee.
Bulan pertama saya dapat bonus dalam RM86.00 dan saya semakin bersemangat...hanya sharing kebaikan produk di blog,Facebook, Twitter, Instagram dan bercerita dengan kawan-kawan, setiap bulan mesti ada pembeli...cuma sikit dengan banyak je. Yang peliknya, ramai orang kat luar sana jual Shaklee, tetapi ada juga orang beli dengan saya....haaa...itulah dinamakan rezeki Allah s.w.t ...jadi lepas ni jangan cakap lagi dalam diri u all's "siapa nak beli dengan aku, dah ada pengedar shaklee pun kat bangunan ni". Semua tips kejayaan saya ni adalah hasil duplicate dari master-master yg telah berjaya iaitu Solat Dhuha, Tahajud Cinta, Zikir Ya Wahhab 1000x sehari, Rahsia Cermin Ajaib(RCA) dan usaha untuk mengupdate FB. Semua yang saya sebut tadi mesti dibuat HARI-HARI dan lama-lama ia akan jadi tabiat.
Bercakap pasal kena buat hari-hari ni, saya sendiri tak konsisten...sebab tu jadual saya untuk naik supervisor lewat 3 bulan. Saya hanya bercakap sahaja “aku nak naik supervisor”, tetapi usaha saya kurang. Awal december 2013, dengan kecoh pasal kenaikan harga barang, wang gaji tidak mencukupi untuk belanja itu ini...kos nurseri semakin naik, saya semakin runsing dan atas desakan hidup, hampir setiap malam saya bersolat tahajud dan menyahut seruan Master Azlin Mohd Atan. Bulan itu juga saya tinggalkan bisnes lain yang saya jalankan selama ini semata-mata nak FOKUS pada Shaklee sahaja. Pada mulanya rasa berat hati jugak nak lepaskan perniagaan lain, tetapi bila teringat sharing dari Ummu Ainan masa saya pegi kelas kat Faizland tempohari, setelah beliau tinggalkan bisnes tudung AlyaSara semata-mata kerana Shaklee, dan dengan serta-merta beliau dapat naik rank. Saya dengan redhanya melepaskan bisnes lain dan kini hanya Shaklee semata-mata. Saya sendiri tidak menyangka sales saya bulan november hanya di paras 14% dan melonjak ke 21% pada bulan 12.... hanya kerana FOKUS, DOA, DHUHA, TAHAJUD, RCA, BACA SURAH AL-WAQIAH, USAHA.
Satu lagi, tips untuk menjadi magnet ialah dengan mengupdate status yang positif di FB dan elakkan dari meroyan tak tentu pasal di FB ye...(ekslusif dari Master Puteri Yusof)
Alhamdulillah, walaupun seminggu sebelum closing saya diuji dengan pelbagai dugaan dan musibah sehingga hari closing, akhirnya saya dapat juga jawatan SUPERVISOR...walaupun masih baru dan tidak sehebat orang lain yang dah pangkat master coordinator. Azam saya untuk tahun 2014 ni, saya nak naik pentas bersama anak-anak dan suami pada National Conference tahun ni.
Harapan saya semoga anak-anak di bawah susur galur saya konsisten dan jangan tinggalkan bisnes ni walaupun anda give up...sila follow mak masing-masing ketat-ketat jika anda nak kan pendapatan lebih dari biasa dan bukan biasa-biasa.
McAmy :: WAHM in the making — feeling awesome.
----------------
terima kasih Amy.. kepada yang lain.. amiklah pengajaran ye... usaha tangga kejayaan. no matter how long it takes.. pasti anda akan dapat.. dgn syarat... USAHA,NO GIVE UP, CLEAR GOAL,SMART DUPLICATE,rapat dgn mentor.. dan yg penting... amalan rohani, minta padaNYA..
sekian
withlove
PM-C

No comments:

Post a Comment