Monday, December 1, 2014

Cerita Magika CIk Pau (Fauziah Chillun)

Salam pagi semua... Pg ni kita bersantai.. mari baca kisah cikpau... beliau dah pun bergelar Sr Supervisor Oct baru2 ni....beliau antara 'anak' yg bermula agak lambat.. sbb tak fokus dan tak serius.. tapi once dia serius dan fokus... mmg laju rentaknya... well. jalan beliau tak sama dgn jalan org lain.. begitu juga dgn jalan kita semua.. Kita semua berbeza... yg samanya adalah... semua ada peluang utk merangkul setiap rank tersebut .. it just the matter of time... Jom baca..agak panjang..ala2 tulis blog.. tapi sy suke baca.. so just santai2 free2 time baca..
__________________________
Alhamdulillah Oktober bulan rezeki mcm mama juga dapat title master bulan oktober. Saya naik pangkat satu tangga jerk tapi cukup bermakna sebagai langkah permulaan nak mendaki lagi dan lagi. Saya nak kisah saya nih kawan2 ambil mana yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan panduan. Saya terpaksa cerita dari hal zaman sekolah sebab ceritanya berkait. Ready…? Ayomat geset go….
1) Zaman sekolah dulu saya ada suka budak nih. Nama dia S tapi dia budak kelas last skali dan saya budak kelas no 1. Tapi sebab dah suka punya pasal… I suka tak kisah laa kelas ujung ke mana ke… lepas tu masa tingkatan 4 duduk asrama kami masih lagi berhubung. Sampai masuk u masih lagi berkawan. Dalam pada berkawan tu ada sorang adik nih satu U dengan saya… dia berjiran dengan S. dia kata S pernah cakap yang dia segan nak kawan dengan i sebab I nih budak pandai masuk U sedangkan dia sekolah biasa. SRP pun tak lepas rasanyer. SPM dia amik ker tidak tu tak tau laa kan. Malas nak tanya sebab benda nih mcm sensitip. So lepas adik tu kata gitu I pun fikir… kuat ker aku nak hidup dengan dia? Nanti bila gathering kawan2 kita sumer laki bini doctor… engineer… lawyer… cikgu… laki aku? Kang nanti segan sendiri. So masa tu dah 50-50. So saya pun kawan ngan budak lain…
2) Di pendekkan citer… masa saya kawan budak lain nih saya berdoa dia pun ada kawan orang lain jugak. At least dia tak laa rasa ditinggalkan oleh saya. Ayah saya tau saya kawan dengan budak S nih. Dan saya bitau ayah yang saya kawan dengan budak H jugak. Ayah saya nih ada belajar ilmu tilik orang yang di panggil tajul muluk. Sebelum kita nak berpacaran dia akan tilik dulu nasib in future… haha… hebat tak hebat? Masa dia tilik I dengan S dia kata boleh hidup senang. Tak banyak tempuh ranjau berduri… eceh… kalau saya dengan H, hidup jadi susah, banyak tempuh kesukaran, ditimpa penyakit dan kematian…. Hati dah ketar. Lepas fikir2 buruk baik kedua2 belah pihak saya memilih H (yang menjadi teman hidup saya kini) sungguhpun dah tau nasib saya kurang baik selepas tu base on apa yang ayah cakap ler. Sebenarnya pilihan tu mmg banyak berat kepada H sebab saya bimbang sukar nak bentuk S. tak puasa… tak solat… tak sekolah… jadi saya takmo benda2 mcm nih memberi impak pada diri saya dan anak2.
3) Saya dan H mula berkawan di alam maya. Berkenalan di MIRC dan tiba2 tersuka sesama sendiri. Mmg itu aturan Allah… huhu… dia di timur tengah saya di Malaysia dan hubungan jarak jauh tu berlangsung dalam masa 2 tahun. Dengan tak jumpa… rupa mcm mana… tak tau hati budi dia. Masa tu kirim2 gambar jerk lah dan declare laa nih kata orang muda. Lepas dua tahun kawan dia pun balik mesia. Masa tu baru laa jumpa… dalam hati mcm tertanya2 jugak dia nih tengok aku live nih ntah suka ker tidak mcm2 boleh jadi. So bawak balik jumpa orang tua. Tengok ayah saya okeh jerk dia mcm happy menyambut kedatangan tetamu. Rasanya mcm signal boleh on laa tu. So saya pun kawan. Then H balik ke timur tengah semula… blajar lagi dua tahun pastu grad balik mesia. Maka bermulalah cerita yang sebenar2nya tilikan ayah saya tu.
4) Balik mesia 2003 H susah nak dapat kerja. Kebetulan opis saya bukak jawatan kosong so dia pun masuk walaupun jawatan tu utk lulusan SPM sebenonyer. Kerja dua tahun dalam masa tu asik sambung kontrak jerk setiap 6 bulan. Tahun 2005 kami bernikah dan hidup dengan keadaan cukup2 belanja jer. Pada bulan syawal 2005 merupakan sambutan aidilfitri yang pertama buat kami yang menerima ahli keluarga baru dan yang terakhir buat adik dan ayah saya. Tak lama selepas hari raya aidilfitri tiba2 saya mendapat perkhabaran yang adik lelaki saya meninggal eksiden. Dangg!!! Adakah benar tilikan ayah saya? Antara percaya dengan tidak… balik kg buat urusan kematian… tolong bekas isteri arwah berurusan dll. Selepas dua bulan kematian adik saya, ayah saya meninggal… Danggg!!! Sekali lagi balik kg… adakah ini benar seperti apa yang ayah saya kata? Saya menerimanya dengan redha. Semasa ayah saya pergi, saya hamil 4 bulan. Anak saya lahir june 2006 dan di dapati kakinya clubfoot atau talipes (bahasa melayunya capek). Danggg…!!! Mcm yang ayah saya cakap jerk? Turun naik hospital jugak laa simen kaki… operation urat keting apa sumer tu… hospital dah mcm rumah no 2.
5) Di kala anak saya menginjak ke umur setahun, H nekad nak cari kerja lain sebab kat opis tu asik laa sambung kontrak. Bila mintak jawatan tetap alasannyer sijil tak kena dengan jawatan la… bini dah der kije sini laa… ini utk kelulusan lain laa… padahal semua situasi tu ada jerk orang yang tak berkenaan dapat jawatan tu. Dah namanyer tadek rezeki kot… Danggg!!! Mcm yang ayah saya tilik jugak. Tak lama lepas tu ada dapat peluang kerja dengan so called Dato’. So benti kije opis kije plak ngan dato’ cari2 projek. Ini kalau tadek cable mmg tak jadi nih. Masa tu duit tak berapa nak ada, nak keluar2 jumpa orang entertain client sumer nih. Mana nak isi minyak… mana nak belanja minum kopi… Saya pun buat loan pastu invest konon2 kat tempat yang betul. Masa tu ada beli laptop sebab hb nak guna so banyak laa hal2 kerja H dalam tu. Baru 3 bulan pakai… kete kena pecah… laptop kena rompak…. Danggg!!! Dapat susah lagi… mcm yang ayah cakap jerk… H stress masa tu sebab pada dia bila dah dapat kerja nih dia nak pulun kumpul duit utk kuarga tapi yang terjadi sebaliknya dan dia menangis di bahu saya. Katanya… Agaknya mmg betul cakap2 abah…. Hidup dengan I akan menyusahkan u… u takkan hidup senang selama hidup dengan I… dan dia menangis semahu2nya. Saya dapat teka dia rasa kecewa kerana gagal menjadi seorang suami yang bertanggungjawab keatas keluarga. Balik2 kesusahan juga yang dia bawak. Ketika itu saya terfikir… kalau aku kawen dengan S adakah keadaan jadi sebaliknya? Saya cuba pujuk H dan saya kata… itu cakap2 manusia… dan manusia bukan Tuhan. Semua akan kembali okeh… sort of nak sedapkan hati pun yer juga.
6) Tak berapa lama kerja dengan dato’ ntah mana silapnya… berenti kerja. Dia kata dato’ tak buat kerja. Dia dapat projek pastu dia sub kat orang lain so dato’ dapat duit atas angin sedangkan dia nih nak buat kerja2 projek utk cari pengalaman. Dah jdi gitu H pun berentilah… So kerja dengan orang lain… syarikat kecik jerk. Masa tu saya dah ada anak ke dua dan dia seorang OKU kerdil. Danggg!!! Nasib lagi…. (Tapi saya yakin anak istimewa nih ada rezeki dia dan hanya utk org terpilih jer…) Kerja dengan sykt kecik tu dapat gaji sebulan jerk… kerja tiga bulan tapi lagi dua bulan tu tadek gaji… tunggu apa lagi baik berenti jerk.. Danggg!!! Lagiii… keluarga dah besar duit nak pakai banyak. Keadaan masih begitu. H tadek pendapatan tetap. Saya mmg masih bergaji tapi dah tinggal separuh sebab masa dia nak start kije ngan dato’ saya buat loan utk siapkan keperluan peralatan ofis mcm computer, printer, proposal… bla bla bla… yang bukan sedikit belanjanya.
7) Tahun 2009 saya hamil anak ke3. Masa nih H dapat kerja dengan syarikat pembekal buku. Saya org yg paling seronok sbb pencarian kerja kosong berakhir. Kerjanya keluar2 hingga utara selatan hantar buku. Kali nih mmg sempit duit betul sebabnya duit mmg tak berapa nak ada. Bila kena outstation kena pakai duit sendiri dulu pastu baru claim. Sampai satu masa saya terpaksa memilih duit yang ada tu nak lunch ke nak beli tambang balik. Kalau saya lunch, saya tak dapat balik. Kalau saya tunggu nak beli tiket balik sempat pensan tengahari tu sebab tak lunch. Yang paling tak boleh lupa masa tu tengah sarat sangat di satu hujung minggu H kena gi utara selama 2 hari mcm tu. Lepas dah bertolak tu saya siap2 nak masak. Tengok2 beras tinggal sepot setengah jerk. Duit mmg tak ada masa tu tak tau nak korek mana. Masak jugaklah… bahagi dua… satu masak hari nih… satu masak esok.. dari pagi sampai malam… esok pun sama… menunya bubur… dua hari tahan makan bubur satu setengah pot tu dengan anak yang berdua tu. Bila H balik dia sebak memikirkan apa yang saya dan anak beranak makan sebab tak teringat yang beras tak ada dan terlupa nak tinggal duit sikit utk belanja saya.
8) Masa preggy ke 3 tu jugak saya try buat part time insurans. Opisnyer kat phileo damansara. Naik komuter. Naik lrt tunggu bas kat asia jaya pulak. Atau pun dari sentral amik bas direct ke phileo. Seawal 7.30 pagi saya dah keluar rumah sebab janji mitingnyer jam 10 – 12 mcm tu. So saya akan sampai awal dengan sarat2 perut buncit tu. Harapan saya agar dapat mengubah nasib hidup kearah yang lebih senang sikit laa… malangnya kesungguhan saya tu disambut dingin. Kadang ahli lain pukul 11.30 tu tak nampak muka lagi. Boss pulak jenis nak tunggu semua datang baru miting nak start. Lelama I pun bosan. Dah tadek hati nak buat. Bukan tadek motivasi tapi surroundingnya mcm tak menggalakkan. Saya balik dengan hati yang bengkak dan saya benci nak hadap hujung minggu yang macam tu. Lewat petang baru sampai rumah sebab nak kena tunggu public transport. Kalau saper yang tau kat phileo tu ada jejantas… kat bawah tu laa saya dok tunggu bas kalau hujan. Kalau nasib baik, driver bas benti… kalau tak pasan I dok tahan bas… tunggu laa sampai ada yang perasan I kat bawah jambatan tu. Sebenarnya takut jugak sebab sensorang takut kena samun jerk. Dah ler masa tu kita nih insan yang lemah so senang orang nak amik kesempatan. Sepanjang berada bwh jejantas tu x putus2 berdoa semoga bas datang kadar segera. X larat nak tggu lama2.
9) Tiba masanya I bersalinkan bb ke3 tu di bulan sept. masa tu berpantang kat kampong… beberapa hari lepas balik kg tu dapat call dari H… tanya khabar saya dan anak2… nadanyer mcm lain mcm jer mcm ada benda tak kena. Pastu dia kata nak balik kg jumpa I n anak2… I pun pelik… tak kerja ker? Pastu baru dia cakap… kena benti. Danggg!!!... dalam saat2 kritikal nih? Adeehh… I tau dia bernada sedih dan kecewa. Orang kata anak bawak rezeki… tapi rezeki tu kita yang kena cari. Kalau asik kena benti jerk cemana nih? Dan kata2 arwah ayah berlegar2 lagi dlm kepala saya. Berulang-ulang…
10) Lepas pantang saya tak mampu nak letak anak2 dekat taska. So option yang ada hantar semula budak2 ke bbsitter di kl sebab bbsitter cas murah sikit. Saya masih buat insurans suam2 kuku jerk. Masa nih dah register id Shaklee sbb beli banyak… bukan sebab nak jual pun. Boss insurans pun brainwash saya sebab sales tak banyak. Sebenarnya saya kerja ofis. Kalau nak keluar jumpa client kena naik public transport so amik masa. Nak call2 orang banyak reject. Duit tak de asik nak kena topup jerk tapi customer tak dapat pun. Sudahnya I pun stress. So plan B is jual Shaklee. Masa dia brainwash tu ada laa kuar kata2 yang mencabar saya tentang masalah sikap dan sebagainya. Dan dia kutuk jugak laa susah jual ubat nih sebab nak kena modal. Padahal dia tak sedar nak jual insurans pun kena modal jugak… dan yang paling tak boleh blah dia ada sentuh sikit tentang sensitivity kekeluargaan… pada saya kalau awak belum kawen tak perlu nak pandai2 bagi panduan hidup berkeluarga. So I pun sign surat resign sebab tadek aura positif pun kat opis dia tu. Hohoho… lepas dah resign tu rasa ringan kepala otak. I feel good…
11) Lepas resign tu buat Shaklee suam2 kuku jugak. Pastu cuba2 bidang fotografi. Seronok sebab benda baru dan dapat jumpa kawan baru. Tapi bila saya nak keluar hujung minggu… balik tak tau kul berapa… lelama saya dapat baca H tak berapa gemar keadaan itu. Sudahnya saya stop. Tiba2 cery ketuk balik pintu hati I utk meniaga Shaklee kali ini serius. … .. So selama dua tahun dari tarikh dah register tu mmg tak serius. Ada customer ada ler…tadek pun tak per… H neutral jerk. Sokong gitu2 tapi mudah bagi komitmen bila mintak tlg belikan stok dan poskan utk customer… sampailah pada suatu hari naik spervisor... Terkejut… teruja… mcm2 yang I rasa masa tu dan gembira mcm tak percaya bila dapat bonus kenaikan pangkat waktu tu. So sejak jadi supervisor tu lah saya tak berpaling lagi dan skang memandang kedepan jerk nak naik tangga lagi dan lagi…
Moral of the story base on each para:
1) Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan bersangka buruk pada orang lain. Dalam biz nih saya tujukan pada anak2 kita. Walaupun anak2 kita nih baru jer jadi member tapi sebab semangat dia nak meniaga tup2 kita dapat 1 point dan naik pangkat sebab dia.
2) Sedar tak sedar saya telah hidup di dalam kepompong minda negatif yang ayah saya ciptakan sendiri utk saya. Saya tetap yakini diri saya bahawa itu sekadar ramalan dan perancangan Allah lebih baik namun setiap kali ujian datang saya seakan mengiyakan cakap2 ayah saya tu. Walau siapa pun yang meramalkan masa depan kita, sentiasa percaya bahawa Allah ada perancangan yang lebih hebat untuk kita. Kalau dia tak bagi sekarang, di masa hadapan dia bagi juga. Kalau kita dah buat pilihan, sentiasa positif terhadap pilihan kita. Sebaiknya kalau ada masalah atau apa sekali pun cuba cari jalan penyelesaiannya.
3) Mcm mana boleh maintain hubungan PJJ? Kena ada yakin dan jujur. Saya tak pasang jantan lain dan yakin dia pun tak main perempuan lain. Dalam biz pun sama sebab kita nih meniaga online. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya cemana kita nak close deal? Kang awak tipu kang duit saya ke mana barang ntah ke mana… kena jaga niat kita insya-Allah di permudahkan. Ikhlas itu penting.
4) Ujian yang Allah bagi tu sekadar nak meningkatkan keimanan kita. Dalam fasa ini yang kena didik hati sentiasa ingat Allah adalah sebaik2 pelindung dan sebaik2 tempat utk mohon pertolongan.
5) Jangan tutup peluang rezeki orang nanti Allah tutup peluang rezeki kita. Dalam kes saya nih mmg kena banyak sabar. Kalau mintak kerja asik kena cantas jerk, yakinlah bahawa peluang tu mmg bukan utk kita kerana tempat kita yang sebenarnya adalah lebih baik dari itu. Cuma jalan nak ke penghujung yang membahagiakan tu berliku2 sikit.
6) Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa kerana Allah maha mendengar.
7) Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sentiasa yakin ada rezeki utk kita. Kalau kita tak makan sehari, ada lagi yang dah lama tak jumpa makanan. Jadi setiap apa pun yang masuk dalam kerongkong kita hatta seteguk air pun bersyukurlah dengan rahmat Allah tu.
8) Apa pun ujian yang datang kena cekalkan hati dan sentiasa yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jangan putus asa panjatkan doa semoga Allah permudahkan walaupun waktu tu kita berada dalam keadaan yang sangat sukar.
9) Ujian demi ujian akan menjadikan kita berjiwa kental dan sentiasa berfikir mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Bukan hanya meratapi apa yang berlaku seolah2 esok dah nak kiamat. Yakinlah ujian tu sebenarnya kita dalam perhatian Allah. Samada kita sentiasa ingat dia waktu susah dan senang atau saat susah jerk ingat Allah… time senang babai sejadah… saya tak ingat dah…
10) Sentiasa yakin bahawa rezeki Allah nih luas dan tidak terhad pada satu bidang saja. Contoh mcm laa jual insurans jerk yang boleh buat duit. Banyak lagi benda lain Cuma kita jerk yang nak atau tak nak mencuba. Lagi satu, buatlah apa yang kamu suka dan bukan buat kerana terpaksa.
11) Bersyukur kerana berada di landasan yang betul. Secara jujurnya saya dapat banyak cas positif dalam group nih. Walaupun saling tak mengenali tapi saya suka dan sayangkan hubungan ini. Rasa mcm nak jerk tayang2kan dekat boss insurans tu yang saya kini boleh laa nak hidup senang dengan duit jual ubat mcm yang dia perlekehkan dulu.
Sepanjang jatuh bangun saya dalam kehidupan, saya amat berterima kasih pada bbsitter kerana sanggup menjaga anak2 saya tanpa meminta2 bayaran sehinggakan saya delay membayar duit selama hampir setahun. Saya bayar bila ada duit lebih jerk. Kadang dia mintak sikit sebab nak buat modal jual kuih. Saya yang segan sebab sepatutnya mmg hak yang dia patut dapat tanpa meminta2. Dari situ saya belajar erti kesabaran dan keikhlasan. Dan disepanjang jatuh bangun kita tu sebenarnya ada insan2 yang masih sudi meringankan beban kita Cuma kita yang tak perasan. Mulai sekarang, panjatkan kesyukuran pada Allah. pandang sekeliling dan ucap terima kasih kepada mereka yang pernah memberi dorongan, sokongan dan doa di sepanjang perjalanan kita menuju ke puncak kejayaan. Khasnya buat cery yang sentiasa percaya dan yakin dengan keupayaan saya dan tak jemu2 membimbing untuk sama2 menikmati seperti apa yang dia rasa.
Akhir kalam… semoga kita sama2 menjana kekuatan dan berfikiran positif utk terus maju ke hadapan dan jangan lupa utk bantu orang lain yang lebih memerlukan.
Sekian.
_____________
Thanks Cik pau for sharing.. Fauziah Chilun moga dream anda tercapai.. InsyaAllah..
Harap bermanfaat buat semua utk KEKAL POSITIF.. KEKAL MOMENTUM, SENTIASA POSITIF dalam mengharungi dunia bisnes bersama Jutawan2 Shaklee.... dan sentiasa bersedia menerima apa jua yg Allah beri.. dan YAKIN DGN KASIHSAYANG ALLAH,IHSAN ALLAH dan KEKUASAN ALLAH.. jgn sekali2 berputus harap...
yg benar
MamaFaiz si Kelip2

No comments:

Post a Comment